Jun 24, 2015
KAU KUNCI CINTAKU DALAM HATIMU
MALAM kelmarin untuk pertama kalinya penulis sempat lagi mengganti kunci pintu bilik belakang rumah merpati yang telah rosak. Sebelum ini kalau ada kerosakan dalam rumah, orang lain yang membuatnya. Tidaklah sepayah mana walaupun penulis seorang kaki bangku. Kelentang kelentung kelentang, 13 minit siap.
Nota lalat. Sila abaikan tajuk lagu nyanyian Ramlah Ram itu. Bebienornya penulis hendak meletakkan tajuk 'how to install a door lock'. Haa, gasaklah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 23, 2015
SCHOOL REPORT CARD COLLECTION DAY
Please move your mouse on top of the picture to see last year (2014) against yesterday picture of the boy. |
SEMALAM penulis telah mengunjungi sekolah anak-anak kandung penulis untuk mengambil kad repot sekolah mereka seperti tahun-tahun lepas. Di sekolah cina anak lanang bocah cilik penulis itu, peraturannya seperti biasa juga, ibu bapa penjaga mengambil nombor giliran untuk berjumpa dengan guru kelas. Di sekolah menengah anak lanang penulis yang bakal mengambil peperiksaan SPM tahun ini pula keadaannya berbeza. Tidak seperti selalunya, kali ini sekolah telah memberi peluang kepada murid-murid untuk membuat persembahan tentang tahap pencapaian masing-masing dihadapan kelas. Ibu bapa penjaga tidak perlu berbincang lagi dengan guru kelas. Cuma ibu bapa penjaga diberi peluang untuk menulis sebarang komen didalam borang yang disediakan.
Manakala anak wedok penulis pula masih menggunakan cara giliran siapa datang dulu, tanpa ada nombor giliran.
Cuma satu situasi biasa dimana-mana sekolah ketika ini apabila ada ramai ibu bapa penjaga membawa kereta masing-masing dan memarkir sesuka hati saja di hadapan sekolah sehingga mengganggu lalu lintas dan juga menghalang kereta yang hendak keluar dari parkir sebelumnya. Disekolah cina, mereka menggunakan sistem PA yang boleh didengar disemua kelas-kelas. Manakala di sekolah kebangsaan yang dibiaya penuh oleh kerajaan, guru bertugas terpaksa mencatit dalam buku nota dan terpaksa pergi dari satu kelas ke kelas yang lain bertanya (dengan sopan santun) tuan punya kenderaan. Sian kann. Kanns?
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 22, 2015
JUNE SOLSTICE 2015
ALHAMDULILLAH, hari ini 21 Jun 2015 pada pukul 7.26 petang sebelum waktu berbuka puasa di Kuala Lumpur dan kawasan yang sewaktu dengannya, penulis sempat lagi merakamkan gambiran fenomena matahari tenggelam paling utara pada tahun 2015 ini. Selepas ini, matahari akan mula bergerak keselatan dan dari beranda rumah merpati penulis yang ini, matahari akan kelihatan bergerak dan tenggelam ke sebelah kiri KLCC pula.
Umat Islam yang sedang menjalani ibadah puasa di England pada musim panas tahun ini akan lebih mencabar, terutama kerana waktu siangnya lebih lama (sekitar 18 jam) berbanding di Masai (kurang lebih 13 jam) setiap hari. Bagaimana pula umat Islam di Kutub Utara? Adakah mereka akan terus berpuasa selama sebulan penuh tanpa makan dan minum kerana matahari tidak akan tenggelam? Wallahualam.
Nota lalat. Oleh kerana fenomena pergerakan bumi diatas paksinya ini, maka ada satu lagi fenomena dimana matahari akan berada tepat diatas bangunan Kaabah, iaitu pada 28 Mei (5.16 pm) dan 16 Julai (5.28pm) setiap tahun. Pada kedua-dua tarikh ini, kita boleh memperbetulkan arah kiblat kita dengan bersolat menghadap kedudukan matahari.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The sunsets composite photo of each month of several years from my balcony. Although the years are different, but the sun positions on the sky on the day of the year are the same. |
Source: www.graduationsource.com/blog/ |
Jun 21, 2015
KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: GUNDAM DOCKS
SEMALAM sore penulis telah berlarian ke seberang tambak di bulan puasa yang panas terik untuk menyaksi dan merakam pameran patung-patung mainan Gundam dari Jepun. Bebienornya, penulis bukanlah peminat tegar patung-patung figura aksi Gundam, tetapi hanyalah melayan kebosanan saja. Alone matcham biasa.
Ini adalah kali pertama penulis ke Singapura dengan menaiki cikputih untuk tahun ini setelah sekian lama hanya menggunakan bas dan keretapi MRT. Sekadar rujukan untuk masa hadapan, tol CIQ JB guna Touchhgo (RM6x2), tol VEP Woodlands (SGD5x2), tol tidak berbayar VEP 2013 (SGD5), parkir Ngee Ann City Mall (SGD5), parkir Woodlands Town Center (SGD0.18). Nota lalat, abang imigresen CIQ JB itu tidak mesra alam rupanya OTL.
Exhibitions: Gundam Docks at Singapore
Time: 10.00 am - 9.30 pm
Location: Ngee Ann City Civic Plaza
Website: http://gundamdocks.sg
Admission: free
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 20, 2015
GOOD MORNING KLCC
INI gambiran semalam pagi dengan penuh semangat penulis merempit dan berhenti didepan bangunan Felda yang baharu itu semata-mata hendak mengambil gambiran KLCC saja. Alone matcham biasa.
Sekarang ini dibulan puasa sejak penulis bertugas dipadang sekolah cina, maka waktu kerja memotong rumput awal sedikit. Kalau dulu di padang sekolah melayu, penulis boleh mula potong rumput jam 8.15 dan pulang jam 4.15 sebab tiada waktu berehat di tengahari. Sekarang pula, masuk bertugas jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang, dan waktu rehat ditengahari selama sejam yang penulis biasa akan gunakan untuk terlelap barang seketika dibawah pohon tauge walaupun ketika itu ada kuliah di surau sekolah berdekatan. Tetapi hari Jumaat haruslah bersolat Jemuah jugak ya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 19, 2015
SARANG
ALHAMDULILLAH, hari puasa yang pertama telah dilalui oleh penulis dengan selamatnya. Penulis berharap kawan-kawan juga selamat menjalani ibadah puasa ini. Amin.
Dari kamus dewan edisi keempat mukasurat 1400 maksud sayang 1. mengasihi, mencintai: ~ benar Zalina kpd suaminya; ibu mana yg tidak ~ kpd anaknya; 2. kasihan, berasa belas (akan): orang-orang India itu berasa ~ melihat kami, dan sebab itulah mereka membawa makanan utk kami; 3. kasih, cinta: dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati; kasih ~ a) kasih, cinta; b) belas kasihan; 4. bp kekasih, jantung hati: kenapa ~ bercakap begitu? 5. terasa kesal (rugi dll): ~nya Si Tuah tiada; ~, dia tidak datang; ~ akan = sayangkan suka akan, gemar akan; sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan bini tinggal-tinggalkan prb anak yg dimanjakan dan isteri yg diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong; sayangkan kain, buang baju, sayangkan lain buangkan aku prb dikatakan kpd suami yg mencari kekasih lain; ~ di anak dilecuti, ~ di negeri ditinggalkan prb sayangkan anak dimarahi, sayangkan negeri pergi merantau ke negeri lain;bersayangan, bersayang–sayangan berkasih-kasihan, saling mencurahkan kasih sayang: benci-membenci antara satu dgn lain itu akhirnya akan ~ juga; menyayangi
Nota korea lalat. “Saranghae” ialah cara sebutan biasa untuk menyatakan “Aku cinta kau” atau contoh ayat "Wak sayang kamu", “saranghaeyo” pula sebutan rasmi untuk menyatakan hasrat yang sama, "saranghamnida" ialah sebutan surat rasmi urusan pejabat. Kalau penulis tersilap tafsir sila perbetulkan ya. Yang sebetulnya, penulis pun belum lagi menjejaki kaki ke bumi Korea juga.
Link lalat. [+ link ]
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 18, 2015
SALAM RAMADHAN
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia, suci dan murni. Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi. Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa. Jika hati sejernih air maka jangan biarkan ia keruh, jika hati seputih awan maka jangan biarkan ia mendung dan jika hati seindah bulan maka hiasi ia dengan iman.
Jun 17, 2015
MAIN KOTOR
Nota amaran lalat. Gambiran pokok kayu mati diatas tiada kena mengena dengan tajuk entri dan juga cerita dibawah. Harap maklum.
DULU-DULU penulis pernah menemani rakan penulis menghadiri sessi perbicaraan di mahkamah syariah. Penulis sekadar ingin menceritakan pengalaman mendengar beberapa kes cerai. Dan ini kes cerai yang ditangguhkan oleh hakim kerana beberapa sebab.
Kes cerai 1. Suami (plaintif) diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri (defendan) masih dalam perjalanan. Hakim bersetuju untuk tangguh sebab hakim kata hidup di key Ell ini memang begitu, terkena kesesakan jalanraya adalah normal. Tetapi penulis tidaklah setuju sebab kalau kita sudah tahu trafik jam silalah keluar awal dari rumah. Ada orang duduk tinggal dalam hutan rimba (Ampang) berjuta-juta lemon jarak jauhnya, lepas itu kena melalui Jalan Ampang dan Jalan Tun Razak, lepas itu Jalan Sungai Besi boleh tiba sebelum sessi mahkamah dijalankan. Janji perbicaraan bermula jam 9pagi, ini tunggu sampai pukul 9.33 pun batang hidung hakim tak nampak lagi.
Kes cerai 2. Isteri (defendan, Melayu) dan suami (plaintif, Turki) memohon pengesahan lafaz cerai luar mahkamah. Suami tak tahu berbahasa Melayu, cuma faham bahasa Turki dan Inggeris. Hakim beritahu bahawa mahkamah hanya dijalankan dalam bahasa kebangsaan termaktub dalam perlembagaan. Isteri diminta menterjemah. Tetapi hakim seperti tidak puas hati dengan cara isteri yang tidak sempurna bertudung. Isteri kata, 'rushing'. Hakim kata, 'bukankah awak dah tahu bicara pukul berapa, mahkamah dah beri banyak masa untuk awak memakai tudung'. Hakim menangguhkan kes sementara supaya isteri boleh bertudung menurut hukum syarak. Pendaftar disuruh membantu isteri cara betul pakai tudung.
Kes cerai 3. Suami (defendan) tidak diwakili peguam ingin memohon cerai, tapi isteri belum tiba. 'Dia kata tengah main kotor, merah, ' kata suami tadi. 'Main ape?', hakim seperti terkejut pula. Penulis pun kabur juga maksud dia. Rupa-rupanya, 'main kotor' tu maksudnya isteri cakap dia dalam haid. Penulis tidaklah pasti samada perempuan yang didatangi haid dilarang masuk mahkamah. Dan suami tadi memberitahu ini adalah kali kedua isteri tidak datang ke mahkamah dengan pelbagai alasan. Hakim pun tangguhkan kes sementara sehingga isteri dia tiba.
Nota lalat. Tiba-tiba penulis teringat juga slanga bahasa kiasan orang-orang di kedai mamak bila memesan minuman, contohnya, air teh tarik 'potong kaki' atau air teh 0 'pengantin malam pertama'. Ketawa saja penulis mendengarnya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 16, 2015
DIMANAKAH TERLETAKNYA KEKUATAN DATUK LAKSAMANA HANG TUAH
SORE kelmarin penulis sudah berlarian menaiki LRT dari Ampang Park ke Masjid Jamek, menukar tren Star terus ke Stesen LRT Hang Tuah, menaiki tren monorel Hang Tuah dan turun di Imbi berjalan kaki ke Plaza Low Yat. Tujuan penulis untuk memperbaiki alat pandu arah (baca: GPS) penulis itu yang sudah lari kalibrasinya. Ini adalah kali kedua penulis memperbaiki alat pandu arah ini dikedai yang sama. 'Wak! ni kena setting sistemnya,' ahmoi kedai itu memberitahu. 'Setengah jam, lima poh hinggit sudah,' katanya lagi.
Gambiran semuanya penulis rakam ketika berada didalam stesen LRT Hang Tuah, kecuali gambiran paling bawah.
Nota lalat. Untuk jawapan tajuk entri penulis hari ini. Sila klik disini. [+ catitan santai]
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jun 15, 2015
OLE OLE LANGKAWI
Jun 14, 2015
ZERO KILOMETER: MASAI
Salam pagi Ahad penulis ucapkan kepada orang orang Masai, orang orang Kampung Perigi Aceh, orang orang Skudai, orang orang Putrajaya dan key Ell, orang orang Sheung Wan, orang orang Volgograd, orang orang al Kuwayt, Kuwait dan orang orang di tempat lain lain yang jauh dimata juga lah.
Bebienornya penulis sudah menulis maraton tiap tiap hari dengan gambiran yang banyak banyak pada setiap entri blog penulis yang merapu entah apa apa biasa biasa saja ini. Harini penulis cuma letak sekeping gambiran saja. Bolegh khann, kanns.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...