May 2, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: KLCC PARK



PENULIS sepatutnya meletakkan tajuk ini, 'the world's best photos of candid and KLCC' supaya lebih banyak trafik yang datang. Tapi melayan jiwa yang gundah gulana juga amatlah diutamakan buat masa ini.

Nota amaran lalat. Entri ini juga mengandungi banyak gambiran, dan penulis tidak bertanggungjawab sekiranya pembaca kehilangan banyak data dalam telefon pintar masing-masing.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

































































May 1, 2015

PBAKL 2015, SEMUDAH ANDA MEMBUAT DOSA



SEBENARNYA saya sudah lama tak ke pesta buku. Sudah kurang minat saya untuk membeli dan membaca buku. Kecuali untuk bacaan kaum kerabat. Tetapi kaum kerabat lebih minat melayari internet dan bermain games di komputer sekarang ini. Tapi saya terpanggil untuk ke pesta buku di PWTC kelmarin dan berjumpa dan bersemuka dengan blogger Merah Silu.



Blog bukanlah hakmilik kekal.















Apr 30, 2015

CIKO, KHAIRUL MUAMMAR FAYYADH



KELMARIN penulis telah berkesempatan bekejaran ke Bukit Permai untuk menziarah rakan yang baru menimang cahayamata untuk pertama kalinya. Berat bayi adalah 4.1kg ketika dilahirkan dan sekarang berada didalam keadaan normal. Alhamdulillah.

Nota lalat. Ini adalah entri ke 30 dan entri terakhir penulis untuk bulan ini. Sedih kan. Semoga kita bertemu lagi di bulan hadapan. Amin. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.







Apr 29, 2015

USTAZ MU TUNGGU AKU DATANG

Ustaz Azhar Idrus, masjid al-ehsan Bandar Kinrara, Puchong, April 2015.

BULAN lepas anak lanang penulis ada memberitahu beliau menghadiri kuliah agama Ustaz yang popular itu. Kuliah diadakan sepelaung saja dari rumah hinggap penulis di sana disana. Tapi penulis tidaklah begitu berminat (ayat jujur).

Masa penulis berziarah ke pulau yang pernah dilanggar todak itu beberapa pekan yang lepas, penulis ada terbaca iklan dalam suratkhabar Berita Harian disana akan diadakan kuliah agama oleh ustaz tersebut dimasjid al-muttaqin Ang Mo Kio dan masjid mujahiddin Striling Road Singapura. Tetapi penulis sudah kesuntukan masa, jadi penulis abaikan saja.

Kelmarin penulis sudah bertekad untuk datang juga ke kuliah agama ustaz ini. Selalunya kuliah ustaz akan berada di pantai timur, tetapi kelmarin kuliah tersebut berada di Puchong saja. Sebenarnya banyak rintangan dan halangan yang penulis hadapi, tetapi bukanlah masalah penyakit 'M' ya kawan-kawan. Amboi.

Oleh kerana perjalanan yang jauh dan kesesatan mencari jalan Kinrara 5A, maka penulis tiba di masjid Puchong itu sudah pukul 8.08 malam. Ceramah ustaz sudah bermula. Tajuknya berkenaan syarat sah solat. Yang pertama ialah menghadap kearah kiblat (kaabah).



Kes satu. Ustaz datang KL dr Terengganu ada jemputan, smpi kt Ampang Point cari mesjid dh pukul 6.30 nak solat asar. Sbb pintu mesjid kunci, ustaz dan rombongan beliau pon solat diluar tapi menghadap arah kiblat yg salah. Bila dh habes solat ada org pun tiba buka pintu mesjid dn tgk mimbar kat sblh blkg. Jadi, ustaz patut ulang solat semula.
Kes dua. Soalan, camana nak solat dlm kapalterbang dari KL ke Jeddah sbb tak nmpk arah kiblat. Ustaz ckp solat la ngadap depan kapalterbang sbb mmgla kapalterbang menghala ke mekah. (Tapi camana kalo dr Jeddah ke KL pula?)
Kes tiga. Kalo dlm bot terpaksa solat mestila ngadap kiblat juga walopon bot sampan 'konar', kecuali kalo bot sampan berpusing2 ada pusaran air.

Syarat kedua ialah menutup aurat.

Soalan satu: Apa hukum orang perempuan yang bekerja di pejabat tidak menutup aurat?
Ustaz:

Soalan dua: Apa hukum perempuan isteri-isteri ketua negara tidak menutup aurat walaupun sudah mengerjakan haji?
Masa ini penulis mendapat panggilan pulau dan penulis sudah bekejaran ke kereta yang menghalang lalulintas jalanan dan penulis berangkat pulang pula. In sha Allah, kalau ada kelapangan dilain hari dan ketika penulis akan hadiri lagi kuliah-kuliah sebegini. Amin.

Nota lalat. Ini entri tak siap dan penulis akan kemaskinikan dari masa ke semasa kalau penulis rajinlah.

Blog bukanlah hakmilik kekals.









Apr 28, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: MOTION

Le Tour de Langkawi, taken on 8th March 2015.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Motion' atau pergerakan.

Pasal gambiran diatas, penulis menangkap motorsikal Marshall ketika mengiringi pasukan pelumba basikal di pulau Langkawi.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 27, 2015

HIS FIRST HOUSE



KELMARIN penulis telah menemani anak lanang yang baru bekerja itu di majlis cabutan undi rumah oleh pemaju perumahan. Walaupun ramai permintaan, rumah yang disediakan juga banyak. Jadi peluang untuk mendapat rumah adalah cerah.

Alhamdulillah. Anak lanang penulis telah berjaya dan sekarang beliau sedang pening menguruskan pembelian rumah pertama beliau itu. Semoga dipermudahkan, amin ya robbal alamin.



Pengalaman penulis yang tidak dapat dilupa apabila jurubank BSN anak dara yang comel kecil manis jelita mengejar anak lanang, bukan mengejar penulis ya, untuk mendapatkan nombor telefonnya untuk dihubungi nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekals.



















Apr 26, 2015

JARI MANIS, UNTUK KEKASIH YANG JAUH DIMATA



WAH, matiklah tajuk penulis kali ini boleh mengundang periuk belanga terbang melayang layang menghentam my belakang. Jangan risau, tiada kena mengena dengan nama blogger yang popular lagi jelita dan manis ya.

Sebenarnya kelmarin jari manis penulis telah tersepit bila hendak menutup gril pintu rumah. Rasa sakitnya seperti jari diketuk oleh tukul besi. Tapi adakah ini bermaksud firasat yang penulis akan berjalan jauh-jauh travel hingga ke Koya? Amboi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 25, 2015

BUAH KRANJI DALAM PRAHU, PURAK-PURAK TAK TAHU



KELMARIN penulis telah bekejaran ke Yishun, hajat utama adalah untuk berziarah ke masjid Darul Makmur saja.

Tiadalah cerita menarik untuk diceritakan. Cuma, ada beberapa drama kecil berlaku. Pada satu ketika ada dua orang pakcik warga emas Singapura yang sama beratur untuk menaiki bas. Seorang yang agak lebih tua dan uzur telah terjatuh tongkatnya. Belum sempat penulis mengambil tongkatnya, beliau telah mengangkat tongkat tersebut terlebih dahulu dengan segera. Tetapi ketika itu, telefon bimbit beliau yang terjatuh dan berterabur baterinya dan penulis sempat mengambil telefon tersebut, memasang baterinya kembali dan memulangkan kepada beliau.

Pengalaman pertama penulis menaiki bas SBS 160 dari Woodlands Checkpoint dan turun di Kranji MRT. Selepas itu, menaiki MRT hingga ke Yishun MRT. Berjalan kaki sejauh 800 meter ke masjid Darul Makmur, sempat solat tahyatul masjid, dan kembali menaiki MRT pulang ke Woodlands MRT. Dari Woodlands MRT penulis menaiki bas SBS 950 (pertama kali juga) untuk ke Woodlands Old Town.



Dan ketika dalam perjalan pulang itu dimana penulis tiada wang kecil ketika menaiki bas 'ting-ting' dan ada pasangan Singapura yg membantu membayar tiket bas dan pemandu bas yang prihatin dan baik hati juga. Pasangan tersebut yang hendak ke JB hanya untuk membeli pakaian yang sedang ditempah. Dan ketika beratur untuk menaiki bas kuning CWL pula, penulis masih tiada duit kecil, dan tiba-tiba ada seorang uncle tionghua memberikan tiket bas untuk ke Larkin kerana beliau menaiki bas SBS 170. Alhamdulillah syukur dengan nikmat.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





















Apr 24, 2015

PEREMPUAN SOMBONG: PART 1



INI cerita lama. Penulis pernah temankan rakan ke mahkamah syariah uruskan kes perceraian dia. Di mahkamah syariah kita boleh dengar dan tengok kes perceraian yang dibicarakan. Perbicaraan dilakukan didalam mahkamah secara terbuka mengikut giliran kes. Dalam satu sesi perbicaraan tu ada lebih 7 8 lapan lagi kes dibicarakan.

Wanita dan lelaki dipisahkan. Dibarisan tempat duduk kita sama ada defendan, plantif dan yang hanya datang mendengar semua duduk sekali. Peguam-peguam duduk ditempat khas yang disediakan dibahagian perbicaraan. Semasa mendengar perbicaraan tu, ada kes yang buat penulis sedih dan ada kes yang buat penulis tergelak dan macam tak logik sebab mereka nak bercerai, spt isteri buat curang sebab hendak bercerai.

Berikut kes yang penulis masih ingat. Suami dan isteri hadir, tapi isteri guna peguam. Itu yg penulis kurang memahami. Sudah tahu cerai adalah kuasa ditangan suami kenapa harus mengguna peguam? Dan bila perbicaraan berjalan, difahamkan bahawa ini adalah kes cerai persetujuan bersama, maksudnya suami dan isteri sama-sama bersetuju untuk bercerai. Dan penulis nak tergelak juga bila hakim bertanya sebab syak peguam itu baru berkhidmat dan kelam kabut urusannya.

Bila hakim tanya suami, "apa permohonan plaintif harini?"
Suami kata, "tak ada".
Hakim tanya lagi, "tiada permohonan? habis kenapa datang mahkamah?" Garangnya puan hakim itteww.
Suami kata, "nak ceraikan isteri saya".
Hakim pun cakap, "haaa, itulah namanya permohonanla tu"
Tergelak lagi penulis. Penulis faham pasangan muda yg tidak tahu apa-apa tentang urusan cerai di mahkamah. Macamlah penulis selalu turun naik mahkamah kann.

Hakim mengarahkan peguam membacakan permohonan. Fakta kes. Pasangan berkahwin pada 2010, tidak dikurniakan cahayamata. Pasangan juga tinggal berasingan lebih 6 bulan sejak october 2014.

"Plaintif, bila tarikh bernikah?"
"9 jun 2010"
"adakah dari tarikh ini defendan pernikahan pertama?"
"ada tak cerai dan nikah semula?"
"defendan sila dengar ye fakta dari plaintif"
"adakah plaintif pernah melafazkan cerai terhadap defendan secara lisan, secara bertulis, secara sms, emel, whatsapp dan apa apa lain bentuk?"

Hakim tanya lagi suami, "ada usaha yang dilakukan untuk menyelamatkan rumahtangga ni?"
Suami kata, "dah berbincang, tapi takda persefahaman".
Hakim kata,"dah tak boleh pergi lagi ya?"

Hakim suruh defendan bangun pula, "betul atau tidak perkara yg plaintif cakap tadi?"
"puan ada apa apa tambahan lain?"
"pada hari ini puan berada dalam keadaan suci daripada haid?"
"puan ada suara tak?" "bila tarikh terakhir puan datang haid?"
"dan tarikh habis haid?"
"dari 8 april sehingga hari ni puan ada buat hubungan kelamin tak dengan plaintif ni?"
"dari tarikh bernikah (9 jun 2010) hingga hari ini ada tak puan buat hubungan kelamin dengan plaintif?"
"puan harini dalam keadaan mengandung ataupun tidak?"
"puan masih didatangi haid?"

Hakim akhirnya bersetuju untuk meluluskan permohonan cerai mereka. Hakim sarankan suami isteri tersebut bersalaman dan memohon maaf. Peguam isteri tiba-tiba bangun, "defendan takda apa2 permintaan lagi." Tapi hakim dengan keras berkata dengan sinisnya, "kamu dah 5 tahun berkahwin, janganlah jadi SOMBONG, dlm masa 5 tahun berkahwin mesti ada saat bahagia, ada saat derita, jadi bermaaf-maafanlah. Selepas lafaz cerai nanti kamu akan kembali kepada keadaan sebelum bernikah." Wah, penulis pun kagum jugalah hakim perempuan ini. Dan isteri pun datang ke tempat suami dan memeluk dan mencium didepan dewan disaksikan oleh hakim dan hadirin semua. Tiba-tiba penulis rasa ada kepiluan dalam dewan dan semua orang seperti memotong daun bawang. Dalam hati siapa yang tahu. ;p

Kemudian suami pun melafazkan, "aku (nama suami) ceraikan kau (nama isteri) dengan talak satu bermula hari ini."

Itu sajalah pengalaman penulis masuk dewan bicara mahkamah syariah. Moga-moga menjadi panduan sedikit sebanyak.

Blog bukanlah hakmilik kekals.

Apr 23, 2015

PULAU SABANG, ZERO KILOMETER



SETAHU penulis, Pulau Sebang terletak di Melaka yang sebenarnya bukan sebuah pulau yang dikelilingi air lautan. Dan Zero Kilometer telah penulis temui di beberapa pekan dan bandar di Semenanjung, contohnya di Kuala Lipis, Sri Medan, Masai dan Kong Kong. Kesemua batu zero kilometer tersebut terletak betul-betul didepan pejabat pos.

Dan kelmarin ada rakan penulis yang membeli poskad ketika beliau berwisata ke Aceh. "Tak sempat nak pos dari sana," katanya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.