Mar 4, 2015

RAIKAN CINTA: EIJA & HANS



MINGGU lepas saya sudah meluangkan masa menyertai aktiviti mengambil gambar pengantin di Kempas.









Mar 3, 2015

THIS IS WHY I AM FAT



KELMARIN dengan kadar bosan yang sederhana saya pun bepergian ke IOI City Mall yang baharu baru dibuka di Putrajaya itu. Tiada yang menariklah sangat. Dan sempat juga bersolat Maghrib berjemaah berimamkan pak arab yang berseluar kontot.

Harga aiskrim pisang terbelah (baca: banana split) diatas ialah RM12.90.

Nota lalat. Ayat 'kebosanan mencipta kelainan' adalah dari internet. Jangan saman saya.



Mar 2, 2015

DITANGGA HALAL



KALAU ustaz poyo bagi ucapan mesti penuh rumah (baca: full house), tapi kalau ustaz yang biasa-biasa saja dan tak berapa fofuler kena bagi hadiah cabutan bertuah sejibik basikal lumba untuk menarik pengunjung datang ke masjid untuk mendengar ceramah. Hrmm, muhasabah untuk diri saya sendiri juga.

Cerita lain lalat. Kalau letak cop mohor tanda halal jakim pun tidak semestinya makanan yang halal. Tak gitu kengkawan? Hrmm.

Mar 1, 2015

LUKA SIKIT JE BAH



MINGGU lepas masa solat zohor, tiba-tiba anak lanang (baca: my boy) menelefon saya kata terjatuh motor ketika menumpang rakannya balik dari sekolah. Saya tanya, 'teruk ke?' Dia kata, 'sikit je bah, darah je banyak'. Saya sudah memberitahu ibunya supaya menghantarnya ke klinik manalah tahu kalau ada pendarahan dalaman atau patah tulang.

Dipendekkan cerita semalam saya sudah melihat sendiri luka tersebut. Memang agak teruk juga. 'Sibbaik ko*nek tak patah' tiba-tiba ibu anak lanang itu berseloroh. Saya tersenyum saja.

Cerita lain lalat. Saya tidak sedar hari ini sudah bulan Mac 2015. Saya baru perasan bila hendak membeli tiket bas ekspres apabila diberitahu bahawa 29 februari tiada dalam kalendar. Kahh.

Feb 28, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN



TEKANAN kerja membawa saya mendaki Bukit Fraser, hanya mengambil gambar jam tugu di bulatan dan bulan mengambang. Boleh kan? Kannns.

Nota lalat. Tajuk 'kebosanan mencipta kelainan' diatas itu saya ciplak dari internet. Jangan saman saya.



Feb 27, 2015

TRAVEL MOVIES I WATCHED LAST WEEK



SELEPAS menonton wayang cerita 'Bucket List' yang ditayangkan di saluran televisyen berbayar itu, saya pun tergerak untuk menonton cerita-cerita yang terbaik tentang pengembaraan untuk inspirasi semata-mata.

1. Bucket List - around the world
2. Tracks - Australia
3. Lost In Translation - Japan
4. Motorcycle Diaries - South America
5. The Way - Spain
6. Wild - USA (2014) - rewatch in 2023.

Cerita lain lalat. Wayang 'Birdman' pun saya sempat tonton malam kelmarin disebabkan pengaruh anugerah Academy Awards.

Feb 26, 2015

MASJID PEKAN NENAS



SEBENARNYA sudah lama saya hendak membuat kenyataan (baca: post) tentang keadaan masjid pekan nenas yang selalu saya singgah. Bukanlah saya hendak membuat komen negatif tentang tandas atau bilik air. Cuma saya rasa janggal ketika berada didalam masjid kerana keadaan lantainya yang tidak setara, terutama disebelah kanan masjid. Diharapkan bangunan masjid akan tetap utuh sampai bila-bila. Amin.

Nota lalat. Masjid jamek ini adalah masjid baru yang dibina menggantikan masjid lama yang terletak di Jalan Sungai Burong.

Feb 25, 2015

POS LAJU VS G-DEX



INI adalah pengalaman saya menghantar barangan anak dara saya ke kolejnya.

Sebelum raya cina, saya telah pergi ke Pejabat Pos, tetapi ramainya orangramai (70 orang) menunggu giliran, maka saya terpaksa tangguhkan, lagipun pejabat pos berkata tiada penghantaran pada minggu tersebut disebabkan perayaan. Esoknya saya cuba bertanya kaunter bergerak G-Dex dalam van yang berada ditepi longkang jalan, tetapi saya terkejut juga sebab mereka (G-Dex) hanya menghantar dokumen saja. Barangan yang saya hendak hantar ialah pemasak kuih jepun yang menggunakan elektrik, makanan cokelat kit-kat kegemaran anak dara.

Dipendekkan cerita, kelmarin saya pergi lagi ke Pejabat Pos yang sama. Saya datang agak awal dan selepas menunggu giliran (14 orang), saya diberikan kotak pra-bayar poslaju (RM30) untuk dimasukkan barangan yang dikirimkan. Itu saja pengalaman saya. ;)

Feb 24, 2015

LAST NIGHT I DREAMT OF NURUL



GAMBAR diatas ketika melayan anak lelaki bermain lego saja.

Cerita tajuk lalat. Wah! Tajuk boleh mengundang periuk belanga UFO terbang melayang-layang hinggap dibelakang. Sebenarnya malam kelmarin tiba-tiba saya saya ada bermimpi bos besar pasal kerjaya juga. Nama bos besar saya itu Nurul dan bos besar saya itu seorang lelaki. Dalam mimpi yang sebentar itu dia tidaklah marah-marah, jeling-jeling saiko saja. Tapi kesannya sampailah berhari-hari. *Bongok punya mimpi mainan tidur saja kan.

Feb 23, 2015

AIR PAPAN



KELMARIN saya sudah beriadah di pantai Air Papan pula. Kerana tiadalah perancangan awal, maka terpaksalah saya membeli tuala mandi, dan beberapa baju dan seluar basahan disana. Dan sekarang saya bercita-cita hendak membeli khemah pula untuk aktiviti beriadah dimasa akan datang.

Nota lalat. Air Papan, berkoordinat 2°30′59.26″N 103°50′5.6″E, (GPS 2.518402, 103.833573) merupakan sebuah pantai yang terletak di Kampung Air Papan, Mersing, Johor, Malaysia. Terletak kira-kira 12 KM utara Mersing, pantai ini adalah popular di kalangan penduduk setempat terutama pada hujung minggu dan cuti umum. Mereka boleh berenang di dalam air biru, bermain permainan di pantai yang luas atau hanya duduk dan berehat di bawah naungan pokok-pokok di sepanjang tepian pantai. Dari sini, pengunjung boleh melihat dengan agak jelas gugusan pulau-pulau seperti Pulau Besar , Pulau Rawa , Pulau Tioman dan Pulau Tengah, serta pulau-pulau kecil berdekatan seperti Pulau Batu Gajah dan Pulau Setindan. - wikipedia







Feb 22, 2015

TASIK HIJAU JEMALUANG



KELMARIN saya sudah berpergian ke pantai Mersing untuk berkelah katanya. Dan sudah menjadi kebiasaan apabila melalui pekan Jemaluang ditengahari yang panas terik, saya akan berehat dan terlelap sebentar di tasik hijau yang nyaman itu.




AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...