Showing posts with label ADM. Show all posts
Showing posts with label ADM. Show all posts

Apr 9, 2017

JOM ASAH SENJATA KE STADIUM ESOK MALAM



Minggu lepas, semasa tunggu sebelum masuk menonton wayang di Todays Market itu, penulis mengajak anak lanang penulis itu untuk ke stadium larkin. Tidak sampai 13 minit, anak lanang kata dia sudah tempah tiket. Tidak perlu lagi beratur berhimpit-himpit bertolak-tolak takut tidak dapat tiket. Bolasepak Johor sudah maju kan?

Pagi tadi, anak lanang sudah ambil tiket di stadium.



Esok malam bolehlah penulis menembak-nembak perlawanan bolasepak setelah berpuluh-puluh tahun tidak menjejakkan kaki ke stadium Larkin itu. Kamera Nikon lama penulis yang berzoom tinggi itu pun sudah bersawang dan berhabuk pula.

Jumpa kawan-kawan disana disana. Majulah sukan untuk FAM, erkk!

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Dec 21, 2016

SENANGNYA KAHWIN LUAR NEGERI

Wedding reception, Imperial Hotel Kuching

Untuk baca entri terkini The Wedding Album Finally Arrived, sila zapin di SINI.

Assalamualaikum kengkawan. Ada lagi yang membaca blog biasa2 penulis yang ini kah?

Majlis akad nikah dan perkahwinan anak lanang penulis dengan pasangannya, telah dilangsungkan pada 10 Disember 2016 di Kuching Sarawak. Minggu lepas, 17 Disember 2016 pula, mereka diraikan sekali lagi di Sangkar Kristal JB. Alhamdulillah. [Nota lalat, harijadi penulis pada tanggal 5 Disember yang lepas, ehh?]

Setinggi penghargaan dan terima kasih daripada penulis kepada semua keluarga dan rakan yang telah membantu menjayakan dan memeriahkan majlis perkahwinan berkenaan. Semoga Allah membalas segala jasa baik anda semua. Tidak lupa penulis sekeluarga memohon maaf seandainya terdapat sebarang kelemahan dan kecacatan - sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut.

Robbana atina fiddunya hasanat wa fil akhirati hasanat waqina azabannar. Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Updated. Some bonus photos.










Dec 30, 2015

TIKET MURAH DAN PANDUAN KE UNIVERSAL STUDIOS SINGAPORE

Oh hi, it's me in Temasek!

Universal Studios Singapore is a theme park located within Resorts World Sentosa on Sentosa Island, Singapore. It was a key component of Genting's bid for the right to build Singapore's second integrated resort. - wikipedia

KELMARIN penulis telah berlarian ke seberang tambak dan pergi melawat pusat taman tema Universal Studios Singapore (USS). Ini adalah entri usikan (baca: teaser) lah sangat. Blog orang lain kena tunggu bertahun-tahun belum tentu updet cerita USS kan. Oleh itu, penulis akan berusaha sedaya upaya untuk updet dalam masa terdekat agar penulis tidak akan lupa. [Total photos: 28 frames]

1. Tiket dibeli atas talian 3 minggu sebelum. SGD66 seorang. Kadar tukaran matawang ialah SGD1 = RM3.05 ;(
2. Perjalanan menunggang cikputih. Tiada kos penginapan hotel, dan pengangkutan awam. Isi minyak petrol ron95 sebanyak rm40.
3. Penulis bertolak awal dan singgah di patung Merlion.
4. Jam 10 pagi tiba dan meletak cikputih di Hotel Hardrock Cafe.
5. Singgah di kaunter pelawat untuk mengambil tiket parkir cikputih. Kalau tidak, harga meletak kereta ialah SGD7 sejam.
6. Masuk panggung Light Camera Action oleh Steven Spielberg.
7. Masuk panggung Transformer dan terpaksa beratur menunggu giliran selama 2 jam. Tetapi pengalaman yang berbaloi.
8. Masuk panggung Shrek dengan ratusan orang pengunjung yang lain.

Tiba di tempat perkumpulan seperti dijanjikan pada jam 4 petang dan seterusnya keluar dari taman tema.

Keluar dari pulau mengikut jejambat Tuas (Second Link) dan berhenti rehat di tempat Rehat dan Rawat Gelang Patah pada jam 5.30 petang.

Nota lalat. InsyaAllah. Entri ini akan dikemaskini dari masa ke semasa dengan memasukkan lebih banyak gambiran. Jangan serik-serik datang sini uools.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

aTi, aDm, and his fiance.

cikPutih at Merlion statue.

kids going to the Singapore River.

Before entering Universal Studios Singapore.

A must icon to be selfie!



aDm, his fiance and aTi.
Minions.
U.S. Mail.
A cameraman statue.

A classic vintage car.
Sesame Street.
Two Hour Parking meter, Cincinati Ohio, USA.
Random photo.

This guy is nuisance to the backseater.
A street dancers doing the live show.
Enjoy it for a few minutes.
Crowds on my left.
Crowds on my right.

That's bumble bee!
That's Jurassic Park!

Just touch it, no need to purchase.
Far Far Away castle.
Push in a Boot.
Worlds' Greatest Daughter to behold!
Hard Rock Cafe, Universal Studios Singapore.

Now, we are leaving!
Bye bye USS!

Dec 29, 2015

TAMAN NEGARA PONTIAN DITUTUP ATAS FAKTOR CUACA



HARI Natal kelmarin, penulis telah membawa tunang anak lanang kononnya mahu melawat Taman Negara Pulau Kukup dengan menaiki sampan lima hinggit. Tapi anak lanang diberitahu bahawa kemudahan pelancongan di pulau itu ditutup kerana sedang dinaiktaraf. Maka, penulis membawa mereka ke Tanjung Piai yang terletak bersebelahan sahaja. Tapi sungguh tidak penulis sangka, buah cempedak dah jadi nangka. Kerana Taman Negara Tanjung Piai juga ditutup bukan sahaja kerana sedang dinaiktaraf dibahagian hujungnya, tetapi tiba-tiba air pasang tinggi yang agak luarbiasa sedang berlaku sehingga menenggelamkan pejalan kaki.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 17, 2015

TEACHER'S DAY, LOST CHILD



Kelmarin, 16 Mei adalah hari guru sedunia. Dan harijadi anak lanang penulis. Sudah suku abad usianya dan tahun depan nak kahwin katanya. Ayahnda doakan semoga anakanda sentiasa diberkati usiamu, dirahmati Allah swt dan cemerlang dunia dan akhirat. Jadilah anak yang soleh, beriman dan bermanfaat kepada agama, bangsa dan negara. Jadilah contoh kekanda yang baik kepada adinda-adindamu semua. Amin ya robbal alamin.

Ayahnda belanja mamam sushi Permas Jaya saja sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.











Apr 27, 2015

HIS FIRST HOUSE



KELMARIN penulis telah menemani anak lanang yang baru bekerja itu di majlis cabutan undi rumah oleh pemaju perumahan. Walaupun ramai permintaan, rumah yang disediakan juga banyak. Jadi peluang untuk mendapat rumah adalah cerah.

Alhamdulillah. Anak lanang penulis telah berjaya dan sekarang beliau sedang pening menguruskan pembelian rumah pertama beliau itu. Semoga dipermudahkan, amin ya robbal alamin.



Pengalaman penulis yang tidak dapat dilupa apabila jurubank BSN anak dara yang comel kecil manis jelita mengejar anak lanang, bukan mengejar penulis ya, untuk mendapatkan nombor telefonnya untuk dihubungi nanti.

Blog bukanlah hakmilik kekals.



















WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...