Mar 25, 2024

PENGALAMAN SERVIS MOTORSIKAL KALI PERTAMA 2024

MOS Syntec F50 Fully Synthetic 4T Oil SAE 10W-50


Isnin, 25 Mac 2024.

Link- hari pertama menunggang mat Fatariss,
Genap 2 bulan wak pakai mat Fatariss.
8 kali isi minyak penuh tangki.
Odometer = 1,126 kilometer. 
Maksudnya, rm5 untuk 100 kilometer.

Servis yg pertama untuk mat Fatariss.
Tukar minyak hitam (fully synthetic) - rm55.
Mamat cina pomen tu cakap, "leh smpi 3000 wak."
Upah servis adalah gratis (percuma).
Tapi orang seberang bilang, "percuma" itu maksudnya sia-sia. Huhu.

Nota lalat.
Bila wak periksa di Shopee.
Harga minyak hitam itu cuma rm36 sahaja.
Ada perbezaan rm20 gitu. Huhu lagi.

Siap tidak sampai 10 minit.
Dan hujan pun turun dengan lebatnya.
Terpaksa pakai baju hujan untuk pertama kalinya juga.

Servis percuma seterusnya pada bacaan meter 2,500km.
Dan harus beli minyak di Shopee yg lagi murahan.

Movie lalat. 
Dallas Buyers Club 2013.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

First service after 1000 kilometer @2024
Parking outside by the green @2024

9 comments:

  1. sebab tu dibilang "percuma" itu sia-sia...pusing2 dia dah makap dulu ...kikiki
    suami pun baru servis semalam, nak bawak balik Melaka, tak dan plak tanya berapa habis

    ReplyDelete
  2. itu pasal zmn skrg ni kalau boleh semua nak order shopee saje huhuhu

    ReplyDelete
  3. Barang dapur pun kadang beli di shopee je

    ReplyDelete
  4. Kalo beli motor baru disini juga gratis oli selama tiga kali pak 😀

    ReplyDelete
  5. kalau boleh bwk dan guna sendiri minyak kita utk ditukar time service, memang dpt byk jimat laaaa sbb memang rege nya lagi murah kalau kita beli sendiri kat tmpt lain...(Sama konsep mcm minyak itam keta jugak laa)

    ReplyDelete
  6. Kalo masalah service mobil atau motor, memang lah saya serahkan ke suami saya. Tak paham langsung hahahaha 😅. Untungnya dia memang rajin kalo urusan service kendaraan.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SENIBONG HARGA YAHUDI TAPI KETAM BUNGA JUGA YG DIRATAH

Khamis, 10 Oktober 2024. Poso dino Kemis.