Mar 22, 2024

TEMPAT LETAK BARANG DAN HELMET DI TERMINAL BERSEPADU SELATAN TBS 2024

Subway at Terminal Bersepadu Selatan @2024


Jumaat, 22 Mac 2024.

SUBSAVER RAMADHAN DI TBS

Petang sudah berlarian ke TBS.
Agak awal tiba.

Untuk juadah berbuka puasa dalam bas.
Wak pesan roti Subway.
Mencuba menu promosi Subsaver Ramadhan.
Beli set roti pertama rm9. 95.
Kalau beli set roti kedua akan dapat harga diskaun rm6.95.
Tapi sebab wak seorang sahaja.
Wak beli satu roti sahaja.
Dan menu hari ini (Jumaat) utk subsaver adalah "eggmayo".
Eggmayo ialah hirisan telur rebus dengan mayonnaise.

Agak ramai juga beratur tadi.
Tiba2 ada cikkak di belakang wak pun mahu pesan subsaver juga.
Pertanyaan yg sama.
Kalau wak tahu boleh saja kongsi pesanan tadi dan jimat 3 hinggit.
Tapi wak kan jenis berat mulut

Buka puasa di dewan berlepas jam 7.25pm.
Baru beberapan gigitan roti Subway.
Bas yg ditunggu pun tiba.
Dan berangkat mengikut jadual. 

Cerita lalat lain.
TEMPAT SIMPANAN BARANG DI TBS

Tadi pertama kali bawa motor, yakni mat Fatariss ke TBS.
Sebab sudah lama bebienor tak letak motor di sini.
Maka agak keliru sedikit.
Walaupun tempat parkir yg sama.

Pelik juga bila masuk parkir ada laluan ambil tiket parkir.
Dan ada laluan tanpa tiket pula.

Wak tengok banyak motorsikal2 lama seperti terbiar disitu.
Banyak juga yg tinggal badan kehilangan tayar dll.
Rasa tidak selamat pula.

Dilema juga mahu tinggalkan helmet di badan mat Fatariss.
Walaupun helmet Swan yg murahan sahaja. 

Mahu simpan di tempat simpanan barang pun rasa tidak berbaloi.
Sebab tarif bayaran yg lumayan mahal.
Kalau 24 jam ialah RM5.
Kalau lebih 24 jam ialah rm20 sehari.
Bayangkan walaupun hanya 3 hari.
Sama harga seperti beli helmet baru sahaja.

Jadi wak bawalah helmet itu mundar mandir dan pulang ke gagang menaiki bas.

Movie lalat.
The Railway Man 1995.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

1 comment:

  1. Hahahahah memang lah takut nak tinggalkan kendaraan di tempat seperti itu 😅😄.

    Saya kalo ketemu promo2 yang seperti di atas, tapi yg makan hanya saya seorang, macam malas juga nak cari teman supaya bisa enjoy the promo. Malu pun iya 🤣. Jadi pasti lebih memilih dah lah, beli saja, walo agak mahal sikit

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...