Mar 26, 2024

TEKNIK ORANG CINA BUAT BISNES YANG KITA KENA TAHU

 

Belakang rumah pun ada KLCC.
Rumah Biru Kampung Baru @2024

Selasa, 26 Mac 2024.

Tengahari dalam perjalanan ke Taman Ampang Campuran.
Wak perasan tidak boleh kemudi mat Fatariss dengan lurus, tulus dan mulus.
Tayar seperti tidak seimbang.
Tiba di simpang Ampang Park.
Wak turun dan tengok tayar mat Fatariss kempis seperti kebocoran tiada angin.

Jadi wak melencong ke Kampung Datuk Keramat.
Tiba di bengkel motor apek.
Wak tengok sudah ramai yg tiba dan tunggu.

Wak sidai mat Fatariss.
Apek suruh tunggu sebentar.
Tapi apek tengah sibuk perbaiki tayar motor pelanggan lain.

Wak tengok ada bengkel kedai sebelah.
Ada mamat2 melayu sedang perbaiki motor.
Bengkel yg agak lengang.

Bila wak cakap pada apek bengkel.
Boleh apek suruh tunggu.
"Nanti matcha akan buat,
Sambil muncungkan mulut ke dalam bengkel.
Laa, tadi wak ingatkan apek seorang sahaja.
Nampakkan sedagha?
Mati2 apek tidak mahu kehilangan pelanggan.
Walaupun untungnya hanya beberapa uang perak (sen).

Dipendek cerita.
Matcha sudah tengokkan tayar mat Fatariss.
Walaupun pada mulanya dia melayan motor yg satu lagi.

Matcha isi angin tayar mat Fatariss.
Di sembur dengan air.
Kemudian bilang, "tayar ok je wak, takde bocor pun,"

"Mungkin sebab tidak pernah isi angin," kata matcha lagi.
Tapi semalam kan baru hantar servis.
Mungkin mamat pomen tidak periksa tayar mat Fatariss.

Kemudian wak hantar mat Fatariss ke car wash berdekatan.
Cuci luaran yg biasa sahaja.
Agak pantas juga mamat2 Bangla buat kerja mencuci.
Cuma ada sebiji motor lain.
Dan tiada kereta.

"Sepoh hinggit wak," kata mat Bangla itu.
Terkezot juga wak.
Dah macam harga cuci kereta di Bangi.

Kemudian singgah di rumah biru Kampung Baru.
Kali terakhir ke sini: 2013 | 2021 |

Cerita lalat lain.
Petang ada jamuan berbuka puasa di KLCC.
Di restoran Cina Muslim Alamber.
Review jujur - tidak sesedap masakan di kedai tomyam siam. ;p

Kamus lalat.
Matcha, atau Macha - bermaksud ‘adik ipar’ . Sering digunakan untuk memangil kawan, penggunaanya lebih kurang sama seperti “Anne”. Di kalangan masyarakat Tamil, bukan sebarangan orang memanggil orang lain macha kerana silap hari ia boleh mengundang kemarahan. Sesama kawan mungkin boleh tetapi antara orang yang tidak dikenali, baik elakkan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Kedai Motosikal BB Motor Trading
Lorong Keramat 12 Kuala Lumpur @2024


Restoran Alamber KLCC @2024
Restoran Alamber KLCC @2024
Restoran Alamber KLCC @2024

13 comments:

  1. Cuci motor sepuluh ringgit huhuu ..sama harga dgn cuci keta dah tu..
    Tunggu punya lama tapi tayar cuma tak ada angin jer.. bulan pose bersabar je lah wak :D

    ReplyDelete
  2. Rumah biru tu nostalgia, wak.

    Semoga motor wak baik² sahaja dan wak juga, selamat menjalani ibadah puasa, Amiiinnn.

    ReplyDelete
  3. waaahh rumah biru tu lejen! aduhai cuci motor sepoh hinggit! pfftt~ bersabar saja lah Wak eyyyy hehe

    ReplyDelete
  4. boleh tahan mahei jugak cuci motor ye wak rm10 melayang... sedap la wak punya makan-makan tu

    ReplyDelete
  5. Camtu je sepoh hengget. Rumah biru Kg Baru..!!

    ReplyDelete
  6. Adoi, kena scam ke Wak? Mahal bebenor macam basuh kereta pulak ๐Ÿคฆ

    ReplyDelete
  7. Mahal pulak harga cuci motor ye Wak. Entahlah, sekarang ni RM macam rendah sangat nilainya.

    ReplyDelete
  8. Matcha di sini maksudnya apa Wak? Teringat saya matcha minuman ๐Ÿ˜….

    Rumah biru nih ada dihuni? Cantiiiik, jadi penasaran pula nak lihat bagian dalamnya. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. matcha atau macha - panggilan kawan untuk bangsa Tamil sahaja.

      Delete
  9. dia basuh motor guna emas ke? kemain benar harganya. T.T as always, wak punya foto tak pernah mengecewakan. cantik-cantik!!

    ReplyDelete
  10. Tuan rumah tu ada tak wak? dengar cerita tuan rumah tu sejenis yang tak friendly bila orang nak ambil gambar depan rumah dia. Rumah popular lah katakan. Pandai kaum dia bisnes kan, tahu pulak nak buat cepat bila kita nak blah. Nampak kemas berkilat mat Fatariss. Uishhh mahal nau cuci motor seploh hengget.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.