Sep 30, 2022

RED ZINNIA FLOWER

Red Zinnia flower @2022

Jumaat, 30 September 2022.

Pagi2 malas pula wak mahu ke kantor potong rumput di Cyberjaya itu.
Berlarian untuk bersarapan ke medan selera tanpa bawa ha-pe (baca, handphone).

Tengahari berlarian ke Sungai Chuah pula.
Singgah solat jumat berjemaah di masjid itu.
Masjid yg dipenuhi murid2 tahfiz pesantren (baca, sekolah pondok).
Nyaman pula bila dapat solat di lantai atas.
Lepas solat mahu tidur sebentar pun aman juga.
Aman sebab tiada tok siak yg tengking2 suruh tidur dirumah.

Singgah cuci cikputih.
Sebenarnya sudah lama wak perasan kedua2 tayar kempis.
Wak biarkan sahaja sehinggalah mat bangla itu tegur.
Barulah wak terhegeh2 pam tayar di Petronas berdekatan jalan Rollercoaster itu.

Kamus lalat.
Geser - gerak

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Masjid Hasanah @2022

5 comments:

  1. Sejak kerja di seberang, cakap seberang masih belum hilang ya wak? 😀

    ReplyDelete
  2. cantiknya bunga tu ada campuran warna kuning2 dan layer kelopak

    ReplyDelete
  3. Jangan dibiar tayar rendah angin, nanti makan minyak banyak

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

LELAKI GELANDANGAN DEPAN KFC BANDAR BARU AMPANG MASIH ADA DISITU

  Bandar Baru Ampang @2024 Selasa, 23 April 2024. Tengahari sudah berlarian ke Bandar Baru Ampang. Dengan menunggang Fatariss yg genap 3 bul...