Dec 29, 2021

DIARI 100 HARI WAK DI DOHA

A happy old  man after 100 days in Doha, Qatar @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Petang semalam (Selasa), wak berlarian ke Souq Waqif.
Mula2 niat nak ambil gambar di tefian fantai Corniche.
Dekat dengan The Pearl Monument, menghadap bandar Doha diwaktu malam.

Dan diwaktu sama, wak nak juga cuba bersolat di masjid Spiral itu.

Tapi disebabkan sampai di Souq Waqif pun sudah lewat.
Waktu Isyak pun sudah mahu masuk.
Jadi wak berlarian ke masjid Spiral dahulu.

Tapi tidak disangka juga.
Masjid Spiral ditutup.
Terpaksalah wak jalan2 di pasar Filipin berdekatan.
Tiada yg menarik pun.
Lagipun tiada ruang untuk pejalan kaki disebabkan construction.

Dan wak singgah di mesjid berdekatan untuk solat berjemaah Isyak.
Tapi mamat India yg jaga kata tak boleh ambil wudhu disitu.
Kena ambil jauh kat dalam pasar Filipin.
Yo wes lah.

Ooh. Pasal Tajuk.
Dah macam 100 hari jadi PM pula. 

Esok (Khamis,  30 Disember 2021) sebenarnya genap 100 hari wak berada di negeri pasir berdengung ini.
Alhamdulillah, masih bernafas.
Link: Doha Quarantine Day 1

Kalau diikut perancangan awal.
Wak sepatutnya sudah berada di sini sejak tahun lepas, yakni April 2020.
Tapi disebabkan wabak virus covid19 yg melanda.
Terpaksalah work from home lebih 18 bulan lamanya.

Terimakasihlah kepada semua kawan2 blogger wak.
Yang sudi jenguk2 komen2 blog merapu wak ini setiap hari.
Tiadalah hadiah yg lebih besar daripada ucapan terimakasih daripada wak yg jauh dimata.
Semoga kita semua jadi rakan2 blogger yg baik2.
Aminn ya robbal alamein.

Tiba2 wak terasa mahu makan steak pula esok.
Kata orang, jangan menzalimi diri sendiri kann.
Khannns. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MENCUBA LONTONG KERING SELEPAS TURUN DARI TASIK BIRU KANGKAR PULAI 2024

  Khamis malam Jumaat, 31 Oktober 2024. Cuti umum sempena perayaan Deepavali . Pagi2 jam 4.30am sudah bangun. Untuk hantar anak lanang ke Se...