Dec 27, 2021

BEST FREE VPN FOR QATAR IN 2021

Speed VPN to beat the firewall in Qatar @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Hari ini wak nak cerita sikit pasal VPN.

Sebelum wak datang ke negeri pasir berdengung Qatar ini.
Wak ada dengar juga masalah bosskur dan rakan2 sekerja yg sudah berada disini.
Masalah penggunaan whatsapp.
Mereka harus gunakan apps VPN.

Mula2 wak pun tak tahu apa itu VPN.
VPN, yakni virtual private network.
Seperti penembus dinding api, baca internet firewall.

Rupa2nya, di negeri pasir berdengung ini.
Apps whatsapp adalah antara apps yg kerajaan Qatar boikot.
Selain whatsapp, Qatar juga haramkan Facetime dan Skype.
Seperti google di China.
Teringat masa mula2 wak beli henfon Huawei wak ini.
Kena install juga Google play guna khidmat lanun dahulu.

Sebab itu mula2 sampai ke sini.
Memang tersangkut2 bila pakai whatsapp.
Terutamanya bila buat panggilan whatsapp call.

Jadi mereka pun cadangkan untuk guna apps VPN.
Mula2 wak muat-turun apps Turbo VPN.
Tapi nampak ada masalah juga, yakni selalu terputus.

Kemudian wak cuba pakai Speed VPN.
Dah lebih sepurnama juga tiada masalah.
Kadang2 saja terputus.
Tidaklah seteruk Turbo VPN.
Dan boleh masuk dan tengok laman web yg terlarang dan terlampau yg lain juga.

Ooh.
Petang semalam (Ahad) wak berlarian ke Carrefour.
Beli air mineral, roti arab seriyal dan biskut oats.
Suhu diluar dan angin kencang sudah menggigit tulang.
Pakai longjohn pun masih terasa sejuknya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...