Dec 18, 2021

MALAM INI NAK TENGOK BUNGAPI KAT MANA DI DOHA

The Torch, Aspire Park @2021

 Jumaat malam.
Doha, Qatar.

Esok, Sabtu 18 Disember 2021, adalah hari kebangsaan Qatar.
Tapi rakyat jelata dilarang ke pentas perbarisan esok pagi.
Ini disebabkan pandemik covid yg masih mengganas.
Rakyat diarahkan menonton perbarisan depan tv masing2 sahaja.

Ada 2 pertunjukan bungapi malam ini.
1. Corniche - jam 9pm setiap  hujung minggu.
2. The Torch - jam 7pm malam ini sahaja.

Petang tadi, wak dengan AWI, SHI dan pak Indon (tak tahu nama).
Keluar ke Villaggio Mall terletaknya menara The Torch.

Tujuan pertama wak ke Villaggio Mall kerana  adanya festival hot air balloon.
Tapi nasib tidak baik, tiada belon udara panas malam ini.

Jadi lepak sahaja di bawah menara The Torch itu sehingga pertunjukan bungapi bermula.

Lepas tonton bungapi, AWI, SHI dengan pak Indon (tak tahu nama) terus ke Souq Waqif.
AWI kata dia lapar sangat.
Lagipun Villaggio Mall hanya untuk famili sahaja.
Orang bujang  dilarang  masuk hari ini (Jumaat) - pelik kann?

Tapi  JAZ yg tiba dulu di mall petang tadi boleh masuk.
Sebab JAZ sudah pergunakan awek Filipin untuk masuk mall, katanya.

Wak pun ke Aspire Park jalan2 cari juga belon udara panas.
Yg ada hanyalah rakyat jelata dengan famili masing2.

Selepas  itu, wak terus  ke Corniche.
Sebab nak tonton fireworks jam 9pm.
Tapi wak pun sudah tersalah turun metro.
Sepatutnya wak turun di stesen al Bidda.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

HARI RAYA AIDILFITRI OPEN HOUSE 2024

Jumaat, 26 April 2024. Hari raya aidilfitri Open House NOV 2024.