Dec 19, 2021

THE LAST FIREWORKS OF THE YEAR

The last fireworks of the year 2021

 Sabtu malam.
Doha, Qatar.

Hari ini kan hari kebangsaan negeri pasir berdengung, Qatar.
Diwartakan dalam facebook, seperti tahun lepas.
Pertunjukan bungapi malam ini akan bermula jam 8pm.
Wak pun sudah berlarian ke Corniche waterfront dengan segera.
Tidak seperti semalam, hari ini wak turun di stesen metro al Bidda.
Tapi kena berjalan kaki juga agak jauh.

Seperti dijangka, wak jalan sehingga berdekatan Calligraphy Sculpture.
Sebelum jam 8pm sudah berada disitu.
Dengan umat manusia macam ulat taik ramainya.

Ooh.
Mungkin wak tersilap.
Kelmarin ada beritahu, ingatkan pekerja asing paling ramai adalah orang filipin.
Bila wak periksa atas talian, rupanya orang India lah yg paling ramai.
India (25%), diikuti Bangladesh (12%), Nepal (12%), Mesir (12%), Filipin (5.6%) dll.
Malam tadi memang terbukti.
Bukan campak batu, ni campak piano pun mesti jatuh atas kepala orang Hindi.

Tunggu punya tunggu, jam 8pm tiada bungapi.
Jam 8.15pm pun yilek.
Jam 8.30pm kēhi chaina .
Jam 8.45m jugak masih ora ono.

Sehingga jam 9pm pun nahin.
Pelik juga, jam 9.05pm pun la shayy
Jam 9.15pm tengok masih wala

Wak sudah rasa kebosanan.
Wak pun mula mengangkat sauh nak pulang ke gagang.
Tapi tiba2 jam 9.22pm, meletuplah pancuran bungapi seperti diatas.
Betul2 di hadapan mata.

Ooh.
Pasal bulan.
Malam ini sudah 15hb Jamadilawal - bulan mengambang penuh.

Dan bila balik dari Corniche waterfront tadi.
Mula2 wak nak jalan kaki sahaja.
Cuma 2 stesen metro.
Tapi tapak kaki sudah terasa melecetnya.
Tengok orangramai pun berpusu2 ke stesen metro Corniche.
Terpaksa join  jugalah gerombolan mereka.
10 kali lingkaran dalam pagar.
Kemudian tawaf stesen metro.
10 kali lagi lingkaran dalam pagar.
Tolak-tolakan memanglah haramJ.
Dengan mamat2 India pasang tangan berantai masing2.
Aduhai, memang agak brutal.

Dalam stesen metro, nasib baiklah kebanyakan mereka menghala ke selatan bandar.
Manakala wak kan pulang ke tengah bandaraya.
Jadi legalah juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

MY WHATSAPP IS BANNED OVER AND OVER AGAIN

  Khamis malam Jumaat, 25 Julai 2024. Pagi2 sudah beli mee hoon berlaukan ikan sardin dan telur goreng. Tanda amaran "Cuti Esok" s...