Dec 4, 2021

MOVING OUT INTO A NEW APARTMENT

A new master bedroom starting today  @2021

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi tadi AWI panggil wak.
Ajak wak duduk satu apartment dengannya.
Sebab master Lim sudah pun ke tengah lautan.
Sekarang AWI tinggal sorang.
Wak pun sama.

Lagipun syarikat mahu jimat perbelanjaan.

Jadi wak pun pindah lah ke tingkat 16.
AWI suruh duduk dalam master bedroom.
Sebab dia mahu duduk kat bilik yg lebih kecil tapi pemandangan yg lebih luas.
Walaupun bilik air dia di luar kamar.

Cerita lain.
AWI kata dia nak tonton wayang kat Festival City Mall.
Dia dah beli tiket online dgn JAZ.
Cerita House of Gucci, lakonan Lady Gaga itu.
Tapi bila wak check harga tiket memang mahal.
Di sini harga tiket standard paling murah pun 40 riyal (RM52).
Kalau di Masai, nak bayar tiket berharga RM20 pun sakitnya tuh disini.
Nampaknya kena download movie lanun (HD Cam) itu juga.

Movie lalat. Escape from Mogadishu 2021.

Hafazan lalat. Surah al-Buruj 1-16.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

I'm going to miss this view @2021

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...