Dec 25, 2021

LUSAIL STADIUM

Lusail Stadium @2021

Sabtu malam. Hari Krismas di Doha.
Doha, Qatar.

Seperti biasa, hari ini wak agak sibuk dengan tugasan potong rumput juga.

Cuma petang tadi, wak berlarian juga ke Lusail Stadium.
Naik tren LRT di DECC hingga ke penghujung stesen, Lusail QNB.

Tapi wak keliru sebenarnya.
Sebab stadium yg wak nampak itu tidak seperti dalam gambar di internet.
Rupa pun seperti kapal nabi Nuh sahaja.
Lagipun, banyak construction sedang berjalan.
Tidak kelihatan jalan masuk ke stadium.
Jadi, wak ambil gambiran satu dua keping sudah.

Balik, wak singgah di Corniche waterfront lagi.
Turun di stesen West Bay QP.
Tapi jalan pintas ke waterfront semuanya tersekat kerana construction.
Wak kena jalan jauh pula.

Ooh. Baru keluar dari stesen LRT tadi.
Ada ulat teksi tu teriak dari jauh lagi.
Wak buat muka tak layan sahaja.
Begitu juga  bila tiba di Corniche waterfront itu.
Ulat2 bot tambang dengan lagu hindustan pun teriak2 juga.

Dan di Corniche, wak tidak tunggu lama seperti petang kelmarin.
Kena bergegas pulang  ke gagang sebab bosskur sudah menanti di talian.

Movie lalat. Visaranai 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...