Sep 21, 2021

DOHA QUARANTINE DAY 1

Hamad International airport, Doha @2021
Isnin.

Prelude 24 jam terakhir.
3am - bangun, buang air, solat tahajud 2 rakaat.
Hafaz surah alwaqiah.

2pm - berkejaran ke BSN.
4pm - berkejaran ke Giant.
5pm - berkejaran cuci cikputih.
6pm - bosskur perintah kena potong rumput sebelum terbang.
9pm - ke KLIA.

Selasa.
3am - terbang ke negeri pasir berdengung.
5am - tiba di HIA , negeri pasir berdengung.
7am - berada diluar bandara HIA.
8am - periksa masuk hotel 5 bintang untuk kuarantin 10 hari.

Sarapan, makan tengahari dan malam ditanggung.

Nota lalat. Sebelum tiba KLIA, penulis risau sebab baggage yg agak besar. Limit hanyalah 30 kg. Nasib baik ada penimbang percuma disediakan. Bila ditimbang, hanyalah 19.8kg je. | Masa checkin di KLIA, sepatutnya boleh check-in online, tapi penulis tidak diberitahu.  Jadi kena beratur di barisan biasa. Walaupun begitu, barisan checkin online itu pun tidaklah secepat mana. |  Penulis ditahan di  imigresen oleh kerani kastam yg muda (dari loghat macam Sabahan). Masalah bila diperiksa myTravelPass penulis masih dlm proses. Tapi bila ditanya dgn pegawai yg ada disitu, penulis dilepaskan juga. Hampeh betullah. | Semasa hendak masuk kabin, adalah diberikan faceshield, mula2 je penulis tengok semua  org pakai. Selepas itu, hanya sebahagian saja yg pakai faceshield yg diberikan. Malah di HIA pun pegawai suruh buang je faceshield itu. | Disebabkan hotel quarantine, penulis harus isi borang yg diberikan selepas mengambil baggage. Ada kecelaruan sedikit. | Penulis tidak jumpa kiosk jual simcard dlm bandara. Walaupun begitu, penulis tukar juga duit riyal Qatar guna duit US dollar. Penulis kena tegur oleh pegawai ahsoh disitu sebab ambil gambar abam kaunter. Seperti yg dijangka, simcard itu tidak diperlukan pun kerana ada wifi didalam bilik hotel. Tapi simcard diperlukan kemudian untuk update apps Ehteraz yg wajib. |

Blog bukanlah hakmiiik kekal.
Welcome to Qatar @2021
Tambahan gambiran waktu senja sebentar tadi.
Sebab tidak boleh keluar bilik hotel.
Jepret dari tingkap sahaja sudah.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

WAK DAH TRY VIETNAMESE PEACH TEA KAT WARKOP KOPI SAIGON KAMPUNG BARU 2024

  Jumaat, 19 April 2024. Pagi tadi singgah di warung Mak Leha. Kampung Baru