Sep 10, 2021

BAKHOOR UNTUK HALAU JIN

Bakhoor or Bakhur, an Arabic word which means Fumes, is vastly known for performing houses or surroundings.
Semalam penulis ada guna alat pembakar kemenyan.
Orang arab panggil bakhoor.
Ada ustad kata boleh halau entiti dalam rumah.
Contoh, misteri bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Dulu penulis ada cerita di SINI.

Rumah atas flat ini sekarang sudah berpenghuni sejak beberapa bulan lepas.
Mungkin ada anak2 kecil.
Memang selalu akan kedengaran bunyi guli jatuh dan bunyi perabot diseret.
Kadang2 terlalu kuat sangat.
Terasa tegang (baca, tension) pula.

Penulis ingin cerita kejadian tadi malam.
Sebelum tidur, penulis sudah bakar alat kemenyan bakhoor itu.
Tapi pembakaran hanya bertahan 2-3 jam sahaja.
Dalam pukul 2 pagi penulis terbangun macam biasa.
Untuk buang air kecil dan kemudian solat tahajjud 2 rakaat.
Kemudian hafaz surah al waqiah atas sajadah seperti biasa juga.
Tapi masih kedengaran bunyi budak2 kecil bermain diatas.
Sehingga terjerit2.
Pelik kan?

Kemudian sebelum tidur, penulis ulang (sabki) hafaz surah al-jin.
Memang sekarang ini penulis tengah ulang2 hafaz surah al-jin.
Sabki yakni mengulang hafalan pada surah2 yg sedang dihafal.
Agar tidak lupa dan luntur dari ingatan.
Penulis perhatikan tiada lagi bunyi budak2 bermain diatas.
Mungkin sudah tidur agaknya.

Pagi2 penulis pun mainkan mp3 surah al-jin berulang2.
Memang tidak bising seperti biasa.
Alhamdulillah. Sehinggalah jam 4.15 petang, penulis hentikan pemain mp3.
Sekejap sahaja, sebab bunyi budak2 bermain diatas pun bermula.

Maksud hafazan lalat.
Sabak - hafazan baharu.
Sabki - mengulang hafazan surah.
Manzil - ‘Muraja’ah’ yakni mengulang juz-juz yg telah dihafaz.

Wallahualam.

قُلْ اُوْحِيَ اِلَيَّ اَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِّنَ الْجِنِّ فَقَالُوْٓا اِنَّا سَمِعْنَا قُرْاٰنًا عَجَبًاۙ
1. Katakanlah (Muhammad), “Telah diwahyukan kepadaku bahwa sekumpulan jin telah mendengarkan (bacaan),” lalu mereka berkata, “Kami telah mendengarkan bacaan al-Quran yang menakjubkan,

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCHNGO YG TAMAT TEMPOH SECARA ONLINE

  Khamis, 20 Jun 2024. Hari Sabtu lepas semasa hantar anak lanang ke Senai airport . Baru perasan kad Touchngo wak sudah tamat tempoh.