Nov 9, 2015

MIRACLE AT DATARAN PAHLAWAN PARKING LOT

"Untuk pinggang yang ramping macam Ziana Zain sahaja"

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 9/30
Post of the Day: 2/4

SELEPAS bertandang jemputan kahwin bapa saudara penulis terus ke negeri Melaka Bandaraya Bersejarah. Tujuan utama ialah mencari kain untuk kebaya nyonya isteri penulis (yang itu). Tapi bila sudah berjumpa kedai baju kebaya, beliau tidak berkenanlah pula.

Sebelum itu, ketika mencari parkir di pusat belibelah Dataran Pahlawan, hampir penulis berputus asa kerana banyaknya kenderaan diwaktu tengahari itu. Mula-mula tiba di parkir berdekatan Menara Taming Sari tiada, kemudian masuk ke parkir bawah Dataran Pahlawan pun tiada juga dan kereta2 lain pun berderet mencari parkir.

me: camane kalo dinda dgn anakanda Bo turun je cari kedai kebaya ke apa., dah pusing2 sekali tenok kete bersusun je nih?
b1n1: xmoh kanda, dinda rela kita balik je Masai lenkali datang lagik.,

Tapi bila penulis hendak keluar dari tempat parkir itu, kejadian mirikel lah sangat berlaku. Sungguhlah penulis tidak sangka, buah cempedak nak jadi nangka. Tiba-tiba saja ada sebuah pickup truck yang baru keluar, maka penulis masuklah ke parkir lot tersebut. Tapi penulis ternampak tanda logo OKU disitu.

me: nih tempat parkir orang cacatlah dinda
b1n1: kanda sila kuarlah, nnti sibuk masuk dalam fesbuk.,
me: kalo kanda kuar, nnti orglen masuk amek tempat nih sama jugak!
b1n1: pot pet pot pet

Wehh sabar sahajalah. Siapalah tidak sayang bini, tapi ada kan mak, kannns. Tapi penulis perasan juga, tanda parkir OKU logo tu sudah dicat putih diatas logo warna kuning yang lama, mungkin bukan untuk OKU lagi. Bila penulis beritahu, barulah isteri penulis (yang itu) reda sikit risau dan hilanglah pot pet pot petnya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Nice necklace with pink dress"

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...