Nov 26, 2015

BLOGGER ITU JIRANKU



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 4/30
Post of the Day: 1/4

PAGI kelmarin semasa penulis hendak keluar bertugas memotong rumput, ditempat parkir motor rumah merpati penulis yang itu, tiba-tiba penulis terperasan kelibat blogger yang sudah lama benar tidak ikuti perkembangan blognya. Penulis sebelum ini mengagak saja dari gambiran dalam blog beliau dan suami memey tinggal berdekatan. Tapi pagi kelmarin baru nampak rupa parasnya yang ranggi, jelita, berseluar jeans, baju ungu (seperti biasa) dan berkasut tumit tinggi. "Nak gi keje oil & gas lettew," getus hati penulis.

Penulis tidaklah menegur kerana penulis memey seorang pemalu lah sangat kan. Dan penulis pun tidak mengharap beliau membaca blog poyo penulis yang biasa-biasa saja ini.

Nota amaran lalat. Penulis tidak akan memberitahu siapakah blogger yang dimaksudkan untuk keselamatan blogger tersebut dan penulis juga.

Nota lalat 2. Penulis mengucapkan tahniah kepada Dato' Siti Nurhaliza seandainya perkhabaran kehamilan beliau itu benar.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...