Nov 11, 2015

DIWALI ATAU DEEPAVALI



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 11/30
Post of the Day: 3/4

KELMARIN semasa penulis berada di parkir lot, ada anak dara jiran penulis yang berbangsa India bersama-sama beberapa orang rakan-rakannya bersembang disitu. "What is different between Diwali and Deepavali?" tanya rakan berbangsa Cina. Oleh kerana penulis agak sibuk keluar masuk rumah dengan bunga-bungaan dan baja-bajaan ditangan dan tidak memberi tumpuan sangat, maka penulis tidak hiraukan mereka. Cuma penulis perasan rakan-rakan anak dara jiran India yang datang bertandang itu terdiri dari 1Malaysia - India, Melayu dan Cina. "Sungguh rare," getus hati penulis. Ingin rasanya penulis menyapa mereka dan menangkap gambiran, tapi risaulah pula nanti dikatanya penulis ada gajah dibalik batu.

ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
aku tahu maksud dirimu
diam-diam suka padaku

ada gajah di balik batu
batunya hilang gajahnya datang
jangan diam-diam begitu
ketiban (tertimpa) gajah kamu baru tahu

- Wali Band

Bila usai urusan diluar rumah, penulis pun kemaskini blog poyo penulis ini sambil mencari maklumat berkenaan perbezaan Diwali dan Deepavali. Sebenarnya sama sahaja, Diwali itu cuma singkatan dari 'Deepawali' yang lagi sopan dan lembut sebutannya berbanding 'Deepavali' atau pesta cahaya (baca: festival of light).

Nota lalat. Dan penulis pun teringat pada hari Deepavali tahun lepas, arwah ayahanda penulis telah pulang kerahmatullah. Alfatihah Wak Sabah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...