Nov 14, 2015

YOU ARE STUPID IF YOU DO YOUR OWN LAUNDRY

Speedy Wash tokens, Bukit Belacan.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Day: 14/30
Post of the Day: 4/4

BIASANYA kalau kehidupan penulis menjadi bujangan sementara, penulis akan menghantar pakaian kotor dan busuk ke kedai dobi sahaja. Biasa dalam seminggu sekali mencuci, siap lipat dan gosok baju kerja, upahnya ialah RM33.

Kelmarin penulis sudah merasa gatal-gatal tangan hendak menghantar pakaian kotor ke pusat layan diri cucian. Ramai juga makcik-makcik, pakcik-pakcik, anak-anak dara jelita yang pemalas, tidak rajin atau tidak mempunyai mesin pencuci pakaian dirumah sedang berada disitu.

Perkiraan penulis setelah menggunakan khidmat cucian layan diri ini ialah:

Mesin pusingan cucian (24kg, 26 minit) bernilai 11 token (RM11), dan
Mesin pengering (24 minit) bernilai 4 token (RM4).
Jadi, jumlah kos ialah RM15 tidak termasuk melipat dan menggosok baju dan seluar kerja. Masa menunggu ialah sejam. Tolak upah menggosok, bolehlah dikatakan kalau penulis membuat sendiri cucian seperti ini akan menjimatkan kira-kira sepoh hinggit setiap kali cucian. "Banyak juga tuuuu," getus hati penulis.

Nota lalat. Tajuk entri penulis dapatkan dari artikel di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Dryers in progress.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...