Oct 20, 2023

NATURE'S GREEN IS GOLD

 

Friday prayer at Masjid Bukit Indah @2023


Jumaat, 20 Oktober 2023.

Tengahari solat jumaat di Mesjid Bukit Indah.

Movie lalat.
Green Is Good 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 19, 2023

LAYANAN STAFF KL HOP ON HOP OFF YG SOMBONG DAN TIDAK MESRA ALAM UNTUK WARGA EMAS

 

Bukit Bintang during blue hour @2023

Khamis malam Jumaat, 19 Oktober 2023.

Ini entri panas hati.
Tenang, tenang.
Huhu.

PERTAMA KALI PARKIR DI LOT 10 

Petang wak sudah berlarian ke Bukit Bintang.
Parkir di atas tingkat 5 Lot 10.

Tiba di loket (kaunter tiket) depan Sungei Wang jam 7.35pm.

DRAMA I - Terlupa emel.

Boleh pula wak terlupa periksa emel yg diguna.
Emel penting yg ada cetakan tiket bas HOHO (Hop On Hop Off).

Sudahlah staf disitu tidak dapat membantu.
"Wak harus guna tiket dari emel yg dikirim ejen wak beli," kata staf2 disitu.

"Nama wak ada dalam pendaftaran kami," 
"Tapi perlukan QR Code dalam emel,"

Kelam kabut dan panik juga.
Wak cuba buka emel2 yg biasa wak pakai.
Tiada pemberitahuan berkenaan tiket bas Hoho ini.
Punyalah ramai staf2 semua buat2 muka langsung tidak mahu menolong.
Rupanya wak guna emel 3lalat@gmail.com pula.
Aiyah.

Akhirnya setelah mencuba akhirnya berjaya mendapat baucer tiket yg sepatutnya.
"Yang penting ada QR code nya wak," kata staf disitu.

Lesson learned.
Kena periksa emel yg betul untuk tunjukkan kod QR code itu. Huhu.

DRAMA II - Bas terakhir.

Sudah siap didaftarkan dan terima tiket kertas.
Boleh pula sorang staf perempuan ini suruh wak tunggu dulu dibangku.
"Wak duduk dulu, tunggu bas yg dibelakang," katanya.
Sambil melayan penumpang bas yg lain naik.

Jam sudah hampir pukul 8.00 malam.

Tapi tiba2 ada staf yg lain suruh wak naik.
"Ini bas akhir, takde bas lain wak,"
Tapi staf yg mula2 tadi masih tidak benarkan.
Bengang lah wak.

Akhirnya wak pun naik bas itu.
Dan tiada kata minta maaf dari staf yg mula2 itu.
Sungguh kurang ajar kan staf KL Hop On Hop Off.

PERJALANAN PUSING KL BERMULA

Tepat jam 8.00pm bas pun bermula.
Dari Sungei Wang menyusuri Jalan Sultan Ismail.
Kemudian memasuki lebuhraya AKLEH melintasi Lintasan Saloma.
Dan kembali ke Lintasan Saloma.

Kemudian masuk semula ke Jalan Sultan Ismail.
Terus ke Menara KL Tower - berhenti 5 minit.

Kemudian ke Pudu Sentral.
Melimpasi Petaling Street, yakni China Town.
Dan terus ke Central Market.

Kemudian ke Brickfields, yakni Little India.
Dan melimpasi Plaza Sentral.

Terus ke Istana Negara - berhenti 5 minit.
Sempat ke tandas dan ambil gambar gerbang.

Kemudian ke Dataran Merdeka Square.
Berhenti disini selama 5 minit.

Dalam perjalanan pulang ini.
Hujan gerimis pun mula turun.
Ramai yg masuk ke dalam bas yg berbumbung.
Tapi ada juga yg tinggal di luar tanpa bumbung.

Dan akhirnya kembali ke titik mula, yakni di Sungai Wang plaza.
Tepat jam 10.00 malam sampai dan turun dari bas.

Movie lalat.
Concrete Utopia 2023 (Korean: 콘크리트 유토피아).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



























AKLEH SUNRISE THIS MORNING AND LATER GOT KLCC VIEWS FROM THE 18TH FLOOR OF PANDAN RIA FLAT

 

Khamis, 19 Oktober 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke tengah kotaraya.
Pergi dan pulang menyusuri lebuhraya AKLEH.
Selepas bersarapan roti canai di warung pak Hassan.

Tengahari pula berlarian ke Pandan Cahaya.
Hantar kereta Proton Preve yg bermasalah.
Terpaksa tukar alternator dan upper arm (belakang).
Sempat lagi mengambil gambar dari tingkat paling atas, yakni tingkat 18.
Apartment Pandan Ria.

Ada ternampak satu kain rentang rumah untuk dijual.
Bila wak tanya, tuan rumah kata sudah dijual pula - RM210K.

Cerita lain.
Semalam wak sudah pesan tiket atas talian bas Hop On Hop Off KL.
Harap2 tidak hujan lebat malam ini seperti petang semalam.

Movie lalat.
Tanhaji: The Unsung Warrior (Hindi) 2020.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 18, 2023

WHAT DOES LOKI MEANS MEWLING QUIM

Watching download movie of The Avengers @2023

Rabu, 18 Oktober 2023.

Masalah kereta zaman sekarang yg penuh alat elektronik.
Kalau rosak satu sistem harus hantar ke bengkel.

Kereta Proton Preve yg tidak boleh masuk gear reverse.
Ditempat parkir tidak boleh maju kehadapan.
Bukan masalah bateri kalau semua lampu isyarat tiba2 padam.
Dan kemudian menyala semula.

Cerita lalat lain.
Masalah saluran Netflix yg dilanggan.
Tidak semua cerita wayang (movie) ada disiarkan.
Jadi terpaksa dimuat-turun kalau guna wifi gratis.
Gampang (mudah) saja.

Movie lalat.
The Avengers 2012. (Maksud ayat "mewling quim" tiada dalam kamus tetapi bermaksud mencarut.)

Untuk yg masih penasaran dan mahu tahu maksud "mewling quim" sila klik di SINI.

A mewling quim is a Victorian-era slang term intended as a derogatory insult. Put simply, it means "whining vagina".

Blog bukanlah hakmilik kekal.

 

Preve Dashboard Indicators @2023

Light rains at Galaxy Ampang Mall @2023
During blue hour at Bukit Indah Ampang @2023

Oct 17, 2023

WHY DOES IT USUALLY RAIN IN THE MORNING

 

On Kampung Melayu Ampang @2023

Selasa, 17 Oktober 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Taman Nirwana.
Juga ke Ampang Campuran.

Kemudian berlarian ke Platinum Park.
Mahu singgah beli nasi lemak abang depan bangunan Exxon Mobil.
Tapi abang nasi lemak sudah tidak berniaga lagi disitu.

Petang tadi sempat berjumpa dengan mgr AYU.
Wak ambil semula laptop yg digunakan untuk projek di Batam.

Malam berlarian ke KLCC.
Singgah di restoran Little Penang Cafe.
Wak pesan mee Jawa Penang.

Selepas itu berlarian ke Lintasan Saloma pula.

Movie lalat.
Inside Man 2006.
What Happens In Vegas 2008.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jalan Ampang @2023

Lintasan Saloma @2023
The most beautiful view of Twin Towers @2023


Oct 16, 2023

WHEN GOOGLE MAPS SHOWING THE WRONG DENTIST LOCATION

 

Klinik Pergigian Fatin Wangsa Maju @2023

Isnin, 16 Oktober 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Bank Simpanan Nasional (BSN) Ampang Point.

Petang pula berlarian ke klinik pergigian Fatin yg mesra autisme itu.
Tapi tersesat ke Setiawangsa pula.
Sudahlah temujanji tepat pukul 5.00pm.
Nasib baik juga cuma terlewat 9 minit sahaja.
Mahu parkir kereta pun tiada tempat.

Petang pulang hujan lebat anjing dan kucing pula.
Terpaksa batalkan beberapa urusan lain.

Malam ke Taman Kosas.
Tujuan untuk fotostat sahaja.

Movie lalat.
The Ritual 2017.
The Vanishing 2018.
Deep Impact 1998.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 15, 2023

STADIUM PAROI ADA PERTANDINGAN MSSM 2023


Ahad, 15 Oktober 2023.

Semalam sudah berlarian ke Rasah.
Berdekatan hospital Tuanku Jaafar Seremban.

Tengahari sudah berlarian lagi ke Stadium Paroi (Stadium Tuanku Abdul Rahman).
Ada acara sukan peringkat nasional, ie MSSM (Majlis Sukan Sekolah Malaysia).

Kemudian berlarian di lebuhraya Lekas.
Menyusuri lebuhraya Suke ada 3 kali kanna bayar tol.
Baik ikut lebuhraya MRR2 tanpa tol itu.

Di taman Kosas.
Wak cuba mencari kedai cybercafe.
Tujuan untuk periksa emel2.
Dua kedai yg wak pernah pergi dulu pun sudah tiada.
Tapi sempat juga singgah di kedai dobi layan diri.
Cuci dan keringkan pakaian kotor - guna token rm8.

Nota lalat.
Cucu wak yg tinggal di Sibu menyertai pertandingan hafazan.
Dan Mihrima Sophia dapat no 2 - youtube.
Alhamdulillah.

Movie lalat.
Spectral 2016.
The Highwaymen 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal. 

Oct 14, 2023

MAKANG NASI DAGANG DI CYBERJAYA YANG SEDAP

Cyberjaya Lakeside @2023

 

Sabtu, 14 Oktober 2023.

Siang tadi jam 10 sudah berlarian ke Cyberjaya.
Makang nasi dagang ikan tongkol di restoran Makang.

Wak tidak ambil gambar nasi dagang pula.
Untuk lihat nasi dagang Makang, boleh klik di entri yg LEPAS.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Cyberjaya Lakeside @2023
Cyberjaya Lakeside @2023
Putrajaya Bridge @2023

Oct 13, 2023

TOPPING UP TOUCHNGO CARD AT THE SMART TUNNEL TOLL PLAZA

Plaza Toll at Smart Tunnel @2023

 Jumaat, 13 Oktober 2023.

Petang tadi sudah berlarian ke Jalan Kia Peng.
Kemudian berlarian ke Ampang Point.

Kemudian ke Datuk Keramat.
Sementara tunggu anak wedok pulang dari latihan kerja.
Sebab mahu serahkan barang2 belian di Lotus's semalam.
Wak singgah di masjid tentera,yakni Masjid Khalid bin al Walid.

Movie lalat.
The Gambler 2014 (Rewatch it for the second time).

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Masjid Khalid ibn al Walid @2023
Tambung Haji Headquarter Jalan Tun Razak @2023
Sunset near Kuchai Lama highway @2023

ARE PEANUTS GOOD FOR KIDNEY STONES

  Kacang Bali from Batam @2024 Khamis malam Jumaat, 2 Mei 2024. Tadi di kantor potong rumput. Wak ternampaklah sebungkus kacang tanah goreng...