Bukit Bintang during blue hour @2023 |
Khamis malam Jumaat, 19 Oktober 2023.
Ini entri panas hati.
Tenang, tenang.
Huhu.
PERTAMA KALI PARKIR DI LOT 10
Petang wak sudah berlarian ke Bukit Bintang.
Parkir di atas tingkat 5 Lot 10.
Tiba di loket (kaunter tiket) depan Sungei Wang jam 7.35pm.
DRAMA I - Terlupa emel.
Boleh pula wak terlupa periksa emel yg diguna.
Emel penting yg ada cetakan tiket bas HOHO (Hop On Hop Off).
Sudahlah staf disitu tidak dapat membantu.
"Wak harus guna tiket dari emel yg dikirim ejen wak beli," kata staf2 disitu.
"Nama wak ada dalam pendaftaran kami,"
"Tapi perlukan QR Code dalam emel,"
Kelam kabut dan panik juga.
Wak cuba buka emel2 yg biasa wak pakai.
Tiada pemberitahuan berkenaan tiket bas Hoho ini.
Punyalah ramai staf2 semua buat2 muka langsung tidak mahu menolong.
Rupanya wak guna emel 3lalat@gmail.com pula.
Aiyah.
Akhirnya setelah mencuba akhirnya berjaya mendapat baucer tiket yg sepatutnya.
"Yang penting ada QR code nya wak," kata staf disitu.
Lesson learned.
Kena periksa emel yg betul untuk tunjukkan kod QR code itu. Huhu.
DRAMA II - Bas terakhir.
Sudah siap didaftarkan dan terima tiket kertas.
Boleh pula sorang staf perempuan ini suruh wak tunggu dulu dibangku.
"Wak duduk dulu, tunggu bas yg dibelakang," katanya.
Sambil melayan penumpang bas yg lain naik.
Jam sudah hampir pukul 8.00 malam.
Tapi tiba2 ada staf yg lain suruh wak naik.
"Ini bas akhir, takde bas lain wak,"
Tapi staf yg mula2 tadi masih tidak benarkan.
Bengang lah wak.
Akhirnya wak pun naik bas itu.
Dan tiada kata minta maaf dari staf yg mula2 itu.
Sungguh kurang ajar kan staf KL Hop On Hop Off.
PERJALANAN PUSING KL BERMULA
Tepat jam 8.00pm bas pun bermula.
Dari Sungei Wang menyusuri Jalan Sultan Ismail.
Kemudian memasuki lebuhraya AKLEH melintasi Lintasan Saloma.
Dan kembali ke Lintasan Saloma.
Kemudian masuk semula ke Jalan Sultan Ismail.
Terus ke Menara KL Tower - berhenti 5 minit.
Kemudian ke Pudu Sentral.
Melimpasi Petaling Street, yakni China Town.
Dan terus ke Central Market.
Kemudian ke Brickfields, yakni Little India.
Dan melimpasi Plaza Sentral.
Terus ke Istana Negara - berhenti 5 minit.
Sempat ke tandas dan ambil gambar gerbang.
Kemudian ke Dataran Merdeka Square.
Berhenti disini selama 5 minit.
Dalam perjalanan pulang ini.
Hujan gerimis pun mula turun.
Ramai yg masuk ke dalam bas yg berbumbung.
Tapi ada juga yg tinggal di luar tanpa bumbung.
Dan akhirnya kembali ke titik mula, yakni di Sungai Wang plaza.
Tepat jam 10.00 malam sampai dan turun dari bas.
Movie lalat.
Concrete Utopia 2023 (Korean: 콘크리트 유토피아).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Pengalaman yang memanaskan hati ye Wak
ReplyDeleteWah! Play tourist pulak!
ReplyDeleteGayat lah naik bas cam ni
Jalan-Jalan KL ya Wak
ReplyDeleteSabaaar Wak, memang kesal sangat kalau ketemu dengan staff yg seperti itu. Padahal dia bekerja di bidang pariwisata, yang mana seharusnya ramah terhadap semuanya.
ReplyDeleteSaya blm pernah naik bus HOHO yg di KL ini. Kliatan menarik pula. Nanti nak coba kalo ke KL lagi 😄. Tapi memang berharap tak hujan lah
Cantik semua gambar Wak ambil. Saya memang tak gemar orang yang tak ada adab macam nie.. pantang bethol..
ReplyDeleteTeringin nak naik bas ni tapi tak ada peluang lagi. sekejap2 je ye stop nya ye
ReplyDeleteKenapa tak amik gambar staf sombong tu... Gerammm nyaa
ReplyDeletebestnya naik bas HOHO waktu malam.. kami hari tu naik 1st bas... bayangkan 1st bas di kala mentari sedang menaik tinggi... hahaha
ReplyDelete