Sabtu, 7 Oktober 2023.
Maaf. Sesekali entri politik, boleh kann.
Ini entri politik yg sedang viral di sosmed sekarang ini.
WARTAWAN TANYA LAIN TAPI PMX JAWAB LAIN
Kegagalan Perdana Menteri Datuk
Seri Anwar Ibrahim dalam menjawab soalan mudah semasa satu sesi dialog anjuran
oleh sebuah badan berpengaruh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini disindir Tan
Sri Muhyiddin Yassin.
Terdahulu,
pengguna media sosial mengkritik Anwar selepas tular video klip wawancara yang
dianjurkan Ahli Majlis Hubungan Luar Negeri (CFR), sebuah badan pemikir yang
khusus dalam dasar luar AS dan hubungan antarabangsa semasa Perhimpunan Agung
PBB baru-baru ini di New York.
“Sebagai
perdana menteri patut dia boleh jawab itu dengan petik jari sahaja. Tapi
tuan-tuan tahu tak, dah keluar pun video.
“Mula-mula
saya semak betul atau tidak, takut diedit (sunting). Rupanya tak diedit. Dia
petik empat minit lebih kurang jawapan Anwar Ibrahim tentang soal satu saja.
Dia melilau seluruh dunia tuan-tuan, dia cerita yang tak ada berkaitan dengan
soalan tadi.
“Dia cerita hubungan dia dengan dia dengan Mandela, dia cerita anak dia, cerita
Titanic. Entah apa benda cerita tak tahu.
“Saya
fikir mat salleh yang hadir itu bukan seorang, ramai. Tokoh-tokoh korporat di
Amerika, tokoh-tokoh besar, pemimpin-pemimpin negara yang ada kat situ. Dijawab
di hadapan satu majlis persidangan yang besar. Macam mana Perdana Menteri jawab
macam itu?” soal Pengerusi Perikatan Nasional itu semasa ceramah di FELDA
Chemomoi malam tadi.
Menurut
Muhyiddin, semasa wawancara itu moderator bertanya kepada Anwar berhubung
langkah-langkah yang akan diambil kerajaan campuran untuk menangani kehidupan
rakyat yang terjejas selepas pandemik Covid-19.
“Saya
malu mempunyai perdana menteri, nama dia Anwar Ibrahim yang tak boleh jawab
soalan budak tingkatan enam,” katanya.