Sep 5, 2023

WAYS YOU CAN SPOT AN SEO SCAM

Scammer Whatsapp Message Promises @2023

 

Selasa, 5 September 2023.

Minggu lepas ada dapat emel dari pemburu pekerja (job hunter).
Wak balas emel minah ni yg mahu tawar kerja separuh masa.

Dipendek cerita.
Minah ni sudah serahkan perhubungan kepada minah satu lagi.
Nama melayu ala ala arab, Dinindah.
"I born in KL, but now growing up in Singapore," katanya dalam whatsapp.

Dipendek cerita lagi.
Sudah berhari2 tapi masih tidak tahu kerja apa.
Kemudian semalam petang dia bagi pendapatan dari kerja tersebut.
Tapi pekerjaannya masih tidak ketahuan.

Malam tadi baru minah Dinindah ini beritahu.
Wak kena layan satu permainan.
Permainan gampang (senang) sahaja.
Cuma picit butang "starting" sebanyak 40 kali setiap permainan.

Ada latihan diberikan percuma.
Wak selesaikan dengan jaya.
Bukan susah pun.
Tapi wak makin ragu2.
Mana ada orang mahu beri duit secara mudah dan gampang kan?

Dipendek cerita lagi lagi.
Setelah akaun bank wak diberikan.
Dan minah Dinindah ini memberi duit rm54 sebab menang permainan tadi.

Tiba2 minah menyuruh wak transfer semula ke akaun permainan yg tadi.
Sebanyak rm100!
Maksudnya, wak kena tambah rm50!

Wak mengamuklah.
Sebab wak sudah tanya banyak kali.
Samada wak kena bayar ataupun tidak.
Minah memang menafikan dari permulaan perkenalan kelmarin.

Akhirnya minah mengalah.
"okay that's your choice."

==================================

Cerita lain.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke restoran Makang Cyberjaya.
Dekat sahaja dari kantor potong rumput.
Wak pesan nasi dagang lauk ikang.

Tengahari pula.
Mgr AYU sudah ajak wak dan bro ASY lepak2 di luar kantor.
Mula2 mahu ke Mitsui Outlets Sepang.
Tapi kemudian menukar arah ke KLIA2.

Ooh.
Sebelum ke KLIA2 tadi.
Bro ASY kata dia kena isi minyak kereta dahulu sebab sudah berkelip2 lampu amaran.
Lantas wak cadangkan ke stesen Petron Dengkil di lebuhraya Elite Highway.
Sempat juga wak beli 2 air tin Geng Skyfruit yg berkuasa tinggi itu.
Dan wak beri 1 tin kepada bro ASY tanpa pengetahuan mgr AYU. ;P
Takut kantoi. Haha.

Ooh.
Cerita pagi tadi.
Semasa didalam cikputih mahu berangkat ke kantor potong rumput.
Ternampak pak imam berjalan berdengkut2 dan tangan memegang tongkat rotan yg kecil.
Anak lelakinya kemudian ambil payung untuk dibuat tongkat juga.
Bila wak tegur, pak imam bagitahu dia terkena ghout.
Aduhai.

"Dah 2 tahun tak kena ghout wak," katanya lagi.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Makang Nasi Dagang Cyberjaya @2023
Geng Skyfruit at Petron Dengkil Elite Highway @2023
KLIA2 @2023
KLIA2 @2023
Mgr Ayu and bro ASY at KLIA2 @2023
Confiscated Lot at KLIA2 @2023

1 comment:

  1. Wak nak kemana nih 😁?

    Jadi gimana yg cerita scam tuh Wak? Enak banget tuh orang udah TRF RM54, disuruh pula kita TRF balik Rm100 🤣🤣🤣. Memang akal2an scammer lah

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...