Sep 10, 2023

ORANG2 JAKARTA DAN SURABAYA TIDAK KENAL BUAH PULASAN INI

Pulasan at Jalan Bukit Dugang @2023 Sungai Merab Bangi

 

Ahad, 10 September 2023.

Pagi2 sudah berlarian mencari nasi dagang.
Tapi kedai makan Makang Cyberjaya tutup pula hari Ahad.

Petang berlarian pula ke pekan Dengkil.
Pulang singgah beli apam balik (murtabak manis) - tiada foto.
Dan beli setangkai buah pulasan (rm10).

Fakta lalat.
Buah Pulasan - nama saintifiknya Nephelium mutabile ialah sejenis buah tropika yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan (Nephelium lappaceum). Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Buah ini dikenali sebagai maritam di Brunei dan Kalimantan, dan bulala di Filipina. Buah pulasan ini tidak terdapat di pulau Jawa termasuk kota Jakarta atau Surabaya. Ianya terkenal di kerajaan Johor, Riau Lingga.

Movie lalat.
Wake in Fright 1971.
Half & Half 2022.
Gold 2022.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

3 comments:

  1. Kena bawa benih pulasan ke Pulau Jawa ni Wak.
    Boleh menyebar luas pokoknya di sana.

    ReplyDelete
  2. kena bawa biji benih ke sana Wak hehe

    ReplyDelete
  3. Eiiitssss di Medan dan Sibolga adaaa buah ini Wak 😄😄😄. Saya sering beli kalo sedang musim Di sana. Pulau Jawa memang susah, tapi di Sumatra masih bisa dicari. Dulu saya kira rambutan, tapi mama yg bilang itu bukan rambutan. Dan saya LBH suka buah ini, soalnya dagingnya tak terlalu nempel di biji

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

JETI LAMA, BUKIT BELUNGKOR DAN SI BONGKOK TANJUNG PUTERI

  Ahad, 6 Oktober 2024. Kali terakhir ke jeti lama Sungai Rengit: 2017 & 2020 . Kali terakhir ke Belungkor: 2011 & 2012 . Pagi2 sud...