Jun 22, 2023

AKIBAT MAKAN ROTI YANG SUDAH KEDALUWARSA 2 HARI

 

Khamis, 22 Jun 2023.

Pagi2 tadi semasa didalam travel (van) mahu berangkat ke galangan kapal.
2 orang rakan wak masih tidak kelihatan turun.

Rupa2nya mereka sakit perut.
Gara2 malam tadi mereka makan roti yg sudah kadaluarsa 2 hari.

IKAN DILAUT ASAM DIDARAT 

Malam tadi dari kost.
Wak terus berlarian ke tengah bandar.
Ada temujanji dengan rakan sekelas yg lama.
Kelas sekolah rendah yg jelitterrr. 

Berpuluh2 tahun tidak berjumpa.
Kenal semula dalam kumpulan whatsapp.
Cucu pun sudah 14.
Suami pun sudah meninggal lama.

Rakan sekelas datang bersama rombongan cikkiah UMNO bahagian Mersing.
Kebetulan, ada jiran kekanda wak yg duduk satu Felda Tenggaroh.

"Ehh, memang perasan macam wajah abang Usop," 

Kamus lalat.
Kedaluwarsa - (ragam tak baku: kadaluwarsa, kadaluarsa) adalah salah satu istilah yang sangat lazim digunakan dalam keseharian. Umumnya definisi dari kedaluwarsa untuk sesuatu yang sudah melewati batas waktu (jatuh tempo). Penggunaannya sangat sering dikaitkan dengan produk makanan, minuman, perawatan dan juga kesehatan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Ketua Wanita UMNO Bahagian vs Kuli Kantor @2023
Nurjannah

Jun 21, 2023

WHAT IS GOOD STATUS FOR WHATSAPP

 

Rabu, 21 Jun 2023.

Pertama kali wak kemaskini status dalam whatsapp.
Biasanya wak letak status di Facebook setiap hari.
Letak gambiran2 selfie sahaja.

Ramai pula (ehh, 2 3 orang je) teman2 wak yg balas mesej.
Antaranya.

"Kat batam ka bro?"
"Salam bang, iye Batam je"
"Woow.. awek cun sana"
*emoji ketawa
"Tak juga" - emoji ketawa juga.

Kamus lalat.
Mager - malas gerak. Arti kata mager tersebut biasanya digunakan saat rasa lelah menyerang sehingga tidak ingin melakukan aktivitas apapun.

Movie lalat.
Transformers: Rise of the Beasts (2023) - Cinema XXI Nagoya Hill mall.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 20, 2023

NEXT TIME I SHOULD TRY SUP AYAM DITAMBAH NASI PUTIH

 

Selasa, 20 Jun 2023.

Tiada yg menarik sangat hari ini.

Pagi sudah bersarapan di restoran S1.
Wak pesan 2 lai roti kosong.
Kemudian pesan 2 telur setengah masak.

Petang pula tiba di kost.
Singgah makan di Pollux Cafe.
Wak pesen nasi ayam penyet yg tiada kuah sup.
Terpaksa meminta kuah sup dari bro ASY dan bro NAZ.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 19, 2023

THE TALLEST BUILDING OUTSIDE JAVA ISLAND IS POLLUX HABIBIE

 Isnin, 19 Jun 2023.

Pagi tadi wak mahu hantar pakaian kotor ke bawah.
Semasa didalam lif kostku.
Jumpa bro HIS bertanya tentang laundry wak itu.
Dia kata tak pernah lagi hantar pakaian kotor keluar.
Dia cuci sendiri sahaja.
Maka wak pun terbayanglah keadaan bilik kost yg sempit dengan baju2 dan spender2 bergantungan.

Petang pula.
Boleh wak terlupa lagi.
Tertinggal lagi beg silang wak yg ada uang juta2an itu.
Terpaksalah pak supir FER muter lagi ke kabin kantor.

Pasni mungkin wak kena mandi air bunga kot.

Nota lalat.
Meisterstadt (dikenal juga sebagai Pollux Habibie) adalah sebuah pengembangan real estat di Batam Centre, Batam, Kepulauan Riau. Jika selesai, Pollux Habibie Financial Center & International Hotel di kompleks tersebut akan menjadi gedung tertinggi di Indonesia di luar Pulau Jawa.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

ROOFTOP SUNSET IN BATAM AT ALTITUD MARRIOT HOTEL 2023

Rooftop at Marriot Hotel Batam @2023
Singapore Strait View

 

Ahad, 18 Jun 2023.
Ini entri kedua untuk hari ini.

Petang tadi usai asar.
Wak berlarian ke pusat bandar.

Mula2 berjalan kaki dari kost ke lot kedai berdekatan.
Rakan2 ramai yg membeli barang2 basah dapur disini.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) untuk pertama kali.
Tujuan ke Maybank di Jalan Palm Spring.

Akhirnya berjaya juga keluarkan duit dari mesin ATM Maybank.
Bagus mesin ATM ini kerana boleh keluarkan sehingga Rp3juta (RM1000).
Tidak perlu keluarkan uang banyak2 kali.

Kemudian wak pesan Maxim (motor) lagi.
Untuk mengejar sunset di terminal Harbour Bay Ferry.

Bila tiba diperkarangan hotel Marriot yg gah itu.
Boleh pak supir tidak tahu dimana letaknya terminal feri.
Bila ditanya aslinya bapak dari mana?
"Nias pak," jawabnya sambil tersengih.
Yo wes lah.
Wak jalan2 dulu cari makanan di bazar berdekatan.
Wak pesan nasgor (nasi goreng) kampoeng komplit. Rp 25k
Dan makan terus di meja disitu.

Kebetulan disitu juga ada perlombaan kucing cantik.

Nota geografi lalat.
Nias terletak di sebelah barat pulau Sumatera dan terkenal dengan objek wisata seperti selancar, rumah tradisional, penyelaman, hombo batu (lompat batu).

Kemudian wak masuk jalan2 ke dalam mall Harbour Bay.
Penjualan tiket feri ke Singapura sahaja.
Ada jalan langsung masuk ke hotel.
Terlanjur wak pun panjat sehingga lantai atas, yakni lantai R.
Untuk melihat panorama Selat Singapura dan kapal2 berlabuh.
Gedung pencakar langit Singapura termasuk Marina Bay Sands bisa terlihat dengan jelas.

Boleh pakguard minta botol air mineral yg wak bawa.
Tapi memanglah wak kena pesan air dari bar disitu.
Wak pesan air lemon ais sahaja.
Dipatok sebanyak Rp79k (RM24) walaupun harga dalam menu terang2an ditulis Rp40k.
Bila wak semak kembali resit tadi dirumah.
Harga minuman lemon es = Rp60k.
Service charge = Rp6k.
Sales tax = Rp6,6k.
Aduhai.

Ooh.
Masa di rooftop tadi.
Mereka tanya wak menginap disitu kah?
Wak kata tidak.
Kalau penyewa hotel, mereka ada berikan diskaun.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 18, 2023

THE CHEAPEST GRABBIKE THIS MORNING IN BATAM CENTER

 

Ahad, 18 Jun 2023.

Pagi2 wak sudah berlarian ke Terminal Reri Internasional Batam Center.
Terminal yg menghubungkan dua negara tetangga - Singapura dan Malaysia.
Di Malaysia boleh turun di Stulang Laut dan Pasir Gudang.

Sebelum itu wak cuba pesan Grabbike.
Terkezot juga wak bila tengok harga tambang cuma Rp1000!
Yakni 30 sen sahaja.
Apalagi wak pun tangkaplah dengan selamat.

Tujuan ke terminal feri yg tidaklah jauh sangat, yakni sekitar 1.8 km sahaja.

  1. Tentunya menangkap gambiran sunrise.
  2. Cuba mengeluarkan uang dari mesin ATM Maybank.
  3. Tambah nilai pulsa kad sim.
Sudah sebulan berada di Batam.
Tapi masih tidak boleh keluarkan uang dari mesin ATM.

Nilai pulsa wak pun sudah mati kelmarin.
Silap wak tidak tambah nilai segera.
Habis duit baki (Rp77k, RM24) dalam apps dipatok secara otomatis.

Dipendek cerita.
Tiba di pintu masuk terminal.
Bila di beri uang Rp1000 (30 sen).
Pak supir mengiyakan sahaja.
Bermaksud bahawa tambang 30sen itu adalah nyata!
Mungkin Grab ada promosi pagi ini.

Didalam terminal mula2 mencari kedai Indomaret.
Pakguard tunjuk diluar terminal yg agak jauh.
Maka wak makan nasi lemak Nyonya (Singapura) dahulu. Rp20k (RM6)
Paket siap teh tawar 

Eh, sebelum itu cuba mengeluarkan uang.
Berjaya juga dengan mesin ATM itu.
Mesin yg tiada logo mana2 bank.
Legalah juga.

Usai makan nasi lemak.
Wak pun berjalan keluar mencari kedai senang dan mudah, yakni Indomaret.
Tapi jumpa dengan kedai Alfamart dahulu.

Dalam kedai Alfamart.
Tambah nilai kad sim sebanyak Rp100k (RM30).
Sambil guna hotspot mamat kaunter.
Berjaya - legalah lagi.

Kemudian berjalan kaki keluar.
Dan wak cuba pesan Grabbike untuk pulang ke kost.
Tapi tiada siapa yg mahu mengambil.
Cuba 2 kali pun tidak berjaya mencari supir.

Bila wak periksa dalam Google maps.
Tidaklah jauh dari Batam One mall yg rakan2 ada sebut2.
Tapi mall masih ditutup.
Wak pun cuba pesan Grabbike lagi.
Pun sama, masih gagal mencari pak supir.

Periksa dalam Google maps agak jauh juga, yakni lebih 1 km.

Maka berjalan kaki ke lot kedai2 didepan.
Tempat biasa nongkrong dan beli barang2 dapur.
Singgah di kedai apotek (farmasi).
Beli ubat kolesterol, jenama lain tapi. Rp20k satu papan.

Singgah kedai Alfamart dan Indomaret disitu.
Beli roti dan buah2an untuk disimpan dalam kulkas (petisejuk).

Malas sudah mahu periksa dan pesan Grabbike.
Langsung pulang ke kost.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SUNRISE AND SUNSET AT LEVEL 6 ON THE SAME DAY

Good morning Batam @2023

 

Sabtu, 17 Jun 2023.

Hari ini dikerahkan kerja potong rumput setengah hari.
Ramai rakan2 yg baru kena demam.

Wak pun makan ubat selesema yg dibeli dari farmasi di KL.
Tengahari selepas makan tengahari pulang ke kost.
Terus ketiduran sehingga ke sore.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Good morning Batam @2023
Blue Sky @2023
Singapore skyline @2023
With friends having lunch @2023
Selamat Sore Batam @2023
Selamat Sore Batam @2023
Welcome To Batam @2023
Management and Owners meeting @2023
Good night Batam @2023

Jun 17, 2023

SLURPPP! MANIS GURIH MIE LENDIR KULINER UNIK DARI BATAM

Nature and Architecture @2023
Pollux Habibie Apartments

 Jumaat, 16 Juni 2023.

Pagi tadi Pak NGA ada perancangan. 
Dia dan isteri mahu berkhemah dan bermalam di pantai Reviola, Pulau Galang.
Wak ingatkan pantai Viovio berhadapan kem Vietnam itu.

Tapi setelah berbincang dengan pak supir FER.
Nampak agak sukar untuk ke sono.
Kerana hujung minggu biasanya pantai penuh dengan orang menyewa khemah.
Pak FER ada cadangkan dia boleh hantar pagi minggu (Ahad) dan pulang sore.
Tapi kerana jarak yg jauh, sekitar 2 jam, cuaca pun akan lebih panas.

Jadi kami tunda dahulu rancangan tersebut.

Tengahari berlarian ke masjid raya,
Untuk solat jumaat berjemaah.
Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah.

Kamus lalat.
Mie Lendir merupakan makanan khas Melayu yang terdiri dari mie, kecambah dan telur ayam rebus, kemudian disiram kuah kental, sehingga terlihat seperti lendir. Harga biasa dalam Rp8k - Rp13k (RM3 - 4). Kalau di Malaysia dipanggil Mee Rebus.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mie Lendir Bu Dewi Tanjung Uncang @2023

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see mgr SUH eating mie lendir.


Masjid Sultan Mahmud Riayat Syah @2023
Pollux Habibie Apartments @2023
During golden hour @2023

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.