Apr 23, 2023

KHITAN BAYI PEREMPUAN MEMANG DIWAJIBKAN DALAM ISLAM (AYAT TANYA)

 

Parking at McD Senai Airport @2023

Ahad, 23 April 2023.
2 Syawal 1440H.

Pagi2 sudah berlarian ke Senai airport.
Ambil anak lanang sekeluarga dari Kuching.

Petang berlarian pulang ke kampung.
Ziarah kubur sebentar.
Kemudian singgah beraya di rumah adik lanang.

Movie lalat.
Suntan 2016 (Yunani, Greece)
The Reason I Jump 2020 - One Boy's Voice from the Silence of Autism (Japanese: 自閉症の僕が跳びはねる理由~会話のできない中学生がつづる内なる心~).
A Girl from Mogadishu (2019) dan hukum bersunat utk bayi perempuan. 
Minari (2020)

Hafazan lalat.
Surah al-'Adiyat ayat 1-11.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



 


Apr 22, 2023

SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI 2023 MAAF ZAHIR BATIN

 



Sabtu, 22 April 2023.
Selamat Hariraya Maaf Zahir Batin.

Pagi sudah bersolat sunat aidilfitri di masjid jamek itu. Bandar Seri Alam
Dengan dua anak lanang bujangan.
Pertama kali bersolat diluar masjid.

Hafazan lalat.
Surah al-Adiyat ayat 1-6.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Solat sunat aidilfitri @2023


Apr 21, 2023

KEDAI ACEH TIADA BEKALAN TEMPE UNTUK HARI LEBARAN 2023

Kedai Aceh Seri Alam @2023

 

Jumaat, 21 April 2023.

Pagi2 tadi sudah berlarian ke kedai runcit Aceh.
Temankan isteri wak beli barangan basah.
Tapi tiada pula tempe untuk masak lodeh. 

Perbezaan harga bulan Mei 2021 di kedai Aceh Seri Alam.
Nampaknya cuma ikan kuning dan udang sahaja yg turun harganya.

Pergi kedai runcit berdekatan pun tiada tempe.

Maka berlarian ke pasar Kipmart pun tiada tempe.
"Habis dari semalam," kata penjual sayur disitu.
Balik dan singgah di pasar lama Masai
Pun tiada tempe.

Kemudian tengahari wak ke pasaraya Today's.
Kedai Hwa Tai dan kedai sayuran cina.
Tiada tempe juga.

Ada rakan dalam kumpulan FB cadangkan.
Cuba ke Econsave atau Maslee Pasir Gudang.
Tapi agak kejauhan pula.
Yo wes lah.

Movie lalat.
Night Bus 2017 (Indonesia).
Photocopier aka Penyalin Cahaya 2021 (Indonesia)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Kedai Aceh Seri Alam @2023
Kedai Aceh Seri Alam @2023

Apr 20, 2023

NONTON ROEMAH PHOTO TAN THE PHOTOGRAPH DAN CLOVERFIELD TRILOGY MARATHON

 

Gene Martino Apparel, Lotus's Seri Alam @2023

Khamis, 20 April 2023.

Petang sudah berlarian ke pasaraya Lotus's itu.
Selepas itu singgah di param (pasar Ramadhan) Seri Alam.
Tidak banyak lagi gerai jualan juadah dibuka.

Mungkinkah esok raya?

Movie lalat.
The Photograph 2007.(Indonesia)
Cloverfield 2008.
10 Cloverfield Lane 2016.
Cloverfield Paradox 2018.
Patriots Day 2016. (Mark Wahlberg)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 19, 2023

HARGA CUCIAN BIASA UNTUK MPV BESAR DI MASAI

Jalan Suria 66 @2023 Masai


 Rabu, 19 April 2023.

Tengahari sudah berlarian ke pekan koboi itu.
Cuci cik Jnulekasnova yg sudah berhabuk.

"dua poh dua hinggit wak,"
"biasa dua poh hinggit je," kata achi itu.
"sebab hariraya kena mahal sikit..."

Movie lalat.
The Swimmers 2022. (Syria)
Tetris 2023.
Harley and the Davidsons Part 1 2016  
Lord of War 2005.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 18, 2023

NONTON 2 FILEM MEL GIBSON SUB INDO

 

Kipmart Masai @2023

Selasa, 18 April 2023.

Pagi tadi berlarian ke pasar Kipmart Masai itu.
Temankan isteri wak untuk berbelanja barangan basah.

Petang sudah berlarian ke param (pasar ramadhan) Taman Rinting.

Movie lalat.
Ransom 1996. (Mel Gibson)
We Were Soldiers 2002. (Mel Gibson)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 17, 2023

HOW CAN I BE GREEN WHILE DRIVING

 

Jalan Sungai Merab @2023

Isnin, 17 April 2023.

Tengah malam tadi sudah pesan McD untuk bersahur.
Pesan atas talian guna Grabfood sahaja.
Wak pesan Double Cheese Burger dengan teh tarik panas.

Bila pesanan di terima dirumah. 
Boleh pula mamat penghantar makanan tiada uang recehan.
Kebetulan wak pun tiada uang kecil.
Terpaksa pecah tabung ayam didalam kamar.
Terbantut mahu beri tips.

Dan seharian siang tadi bertugas di kantor potong rumput.

Petang sudah berlarian ke MRT Kajang.
Jem giler (macet) di Jalan Reko tidak boleh ajak bincang.
Ambil anak lanang pula untuk pulang ke selatan nun jauh di sono.

Movie lalat.
Dog Day Afternoon 1975. (Al Pacino)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 16, 2023

SIMPANG AMPANG PARK YG SEKARANG 2023

Simpang Ampang Park KL @2023

 

Ahad, 16 April 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Bukit Keramat. Gurney Heights
Mengambil anak wedok untuk dihantar ke TBS.

Kemudian wak pun berlarian ke Sunway Mentari.
Iktikaf di dalam masjid jamek al-Husna sehingga waktu asar.

Usai solat asar menjenguk param (pasar ramadhan) di dataran masjid.
Tapi tiada juadah yg berkenan di hati untuk dibeli.

Kemudian berlarian ke Masjid Kampung Salak Tinggi.
Iktikaf sehingga waktu berbuka puasa disitu.
Jamuan moreh juga disediakan.
Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Old Google Maps Photos of Ampang Park: 2013 (Left) and 2018 (Right).



Masjid al Husna Sunway Mentari @2023


Looking Sunway Lagoon @2023
Masjid al Husna Sunway Mentari @2023
Bandar Baru Salak Tinggi @2023
Iftar at Masjid Kampung Salak Tinggi @2023

Apr 15, 2023

PENGALAMAN MENYAKSIKAN MATAHARI TERBENAM DI PD WATERFRONT

Pantai Cermin Looking Lexis Hibiscus @2023

 

Sabtu, 15 April 2023.

Petang sudah berlarian ke Tanjung Tuan.
Limpas pekan Teluk Kemang.

Teluk Kemang ada balai cerap untuk tengok anak bulan.

Singgah ditepi jalan membeli juadah berbuka puasa.
Wak beli mee goreng campur mihun.
Juga kuih seri muka.

Kemudian berlarian ke PD Waterfront.
Iftar dibangku tefian fantai.
Sebelum itu singgah di Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pantai Cermin Looking Lexis Hibiscus @2023
Pantai Cermin Looking Lexis Hibiscus @2023
Balai Cerap Teluk Kemang @2023
Teluk Kemang @2023
Masjid Jamek Dato' Haji Abdullah Sijang @2023
PD Waterfront @2023
Port Dickson Negeri Sembilan
PD Waterfront @2023
PD Waterfront @2023
PD Waterfront @2023

Apr 14, 2023

HOW TO FIND YOUR UNREAD AND MISSED EMAILS

 

Masjid Riyadhus Solihin Serdang Jaya @2023

Jumaat, 14 April 2023.

Pagi tadi ke kantor.

Tengahari sudah berlarian ke Seri Kembangan.
Mencari masjid untuk bersolat jumaat tidaklah sesukar mana.
Walaupun di kawasan perumahan yg tidak pernah dijejaki sebelum ini.
Hanya dengan bantuan paman Google Maps tentunya.

Ooh.
Tadi ada kekecohan sedikit.
Kerana surat penyambungan kontrak potong rumput wak masih belum diterima.
Padahal kontrak sudah tamat hujung bulan lepas.
Peliknya rakan sekerja yg sama2 mula bekerja sudah terima lama suratnya.
Selepas ke hulu hilir.
Rupanya pihak penyelia sudah hantar emel sebulan yg lepas.
Wak sahaja yg terlepas pandang dan tidak membacanya. Huhu.

Movie lalat.
House of Gucci 2021. Apabila Patrizia Reggiani (Lady Gaga), orang luar yg biasa2 yg tiada apa2 kemewahan, berkahwin dengan keluarga Gucci (Adam Driver), cita-citanya yg tidak terkawal mula merosakkan warisan keluarga dan mencetuskan rangkaian khianat, kejatuhan, membalas dendam - dan akhirnya pembunuhan. Hancurnya sebuah empayar Bosskur. pengajarannya: semasa muda bujang trang tang tang jangan terjebak dgn tipu daya seorang pompuan sechantek dan sejelitter Lady Gaga ataupun Rosmah.. Huhu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 13, 2023

BERBUKA PUASA DI TEPI JAMBATAN GANTUNG PUTRAJAYA

Jambatan Putus Tergantung Putrajaya @2023

 

Khamis malam Jumaat, 13 April 2023.

Hari ini tidak ke kantor.
KDR - kerja dari rumah sahaja.

Petang baru berlarian ke masjid besi Putrajaya itu.
Beli makanan untuk berbuka di tepi jambatan gantung.
Wak beli karipap dan laksa lemak Kedah.

Tiba2 kereta kena sagat pula kat bekas tiang besi disitu. rm300

Usai berbuka langsung ke masjid besi Sultan Mizan Zainal Abidin.
Sempat juga bersolat maghrib berjemaah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SAKIT GEARBOX KEMBALI, RAYA HAJI NAK DEKAT DAH NI

  Menara Chulan Tower @2024 Selasa, 14 Mei 2024. Hari ini hantar cikputih ke bengkel. Sakit gearbox haruslah diubati.