Mar 4, 2023

KKN DI DESA PENARI KISAH NYATA SUPRANATURAL BERUJUNG MAUT

KKN di Desa Penari online movie @2023

Sabtu, 4 Maret 2023.

Hari ini wak kerja di kantor potong rumput ya.
Dengan bro NAZiri.
Dari jam 9am sampai 3pm.
Tengahari dapt makan Pizza Hut belanjawan Mgr AYU yg jauh dimata. 

Sore tadi usai tidur di kost. 
Wak penasaran mahu naik bis angkutan umum JAK 31 itu.
Mahu tahu dimana penghujungnya.
Sebenarnya ada halte di depan kost tapi setelah tunggu 2 van berlalu kesemuanya penuh tapi.
Terpaksa lah wak berlarian ke terminal bas Blok M.
Itupun penuh juga. 
Tapi tidak lama.

Sejam kemudian selepas melambung2 seperti bas mini KL sahaja.
Tiba di halte terakhir Jalan Ibnu Armah Pangkalan Jati.
Solat maghrib di masjid berdekatan.
Kemudian nongkrong di kafe Coffee Merindu.
Wak pesan teh tawar sahaja. 
Wak perhatikan disini.
Ramainya cewek2 yg masih chuantek dan muda jelita.
Menghisap rokok seperti tiada apa2.
Nak heran tapi nikan Indonesia.

Pulang wak rencana naik bas mini JAK 31 semula.
Tapi turun berdekatan stesen MRT Fatmawati Indomaret.
Dari MRT Fatmawati turun di Blok A.
Dari Blok A berjalan kaki 

Movie lalat.
KKN di Desa Penari 2022.

Maksud KKN yakni Kuliah Kerja Nyata bagi pelajar universiti.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bus Terminal Blok M Square @2023
On the JAK 31 Angkotan Umum @2023
Blok M MRT Station @2023
On the way to Pangkalan Jati @2023
Coffee Merindu @2023
On the way to Fatmawati MRT Station @2023
Near Fatmawati MRT Station @2023
Hai Senyum Cafe, Hj Nawi MRT Station @2023
Walking from Blok A to Blok M @2023

Mar 3, 2023

SALAT JUMAT PERTAMA KALI DI MASJID KEJAKSAAN AGUNG JAKARTA

Near Blok M Plaza mall @2023

 Jumaat, 3 Maret 2023.

Tengahari tadi semasa turun dalam lif.
Bro farHAN kata dia mahu bersolat jumaat di masjid Jaksaan Agung.
Masjid Baitul Aidi terletak di sudut simpang depan kantor.
Tapi untuk masuk terpaksa ikut laluan pintu utama yg dikawal ketat.
Wak pun teringin ikut kerana ini adalah kali pertama ke sono.

Masa didalam masjid tiba2 hujan turun dengan lebat anjing dan kucing.
Kilat dan guruh sambar menyambar.
Usai solat tiba2 hujan berhenti.

Bro farHAN tadi ajak mahu ke kantin di belakang masjid.
Wak tidak makan pun, cuma beli air kotak sahaja.

Usai makan, hujan tiba2 turun dengan lebat juga.
Wak tak bawa payung.
Tiba2 bro farHAN keluarkan baju hujannya.
Tapi dia tak bergerak pulang kekantor.
Bersama2 wak tunggu di tepi bangunan dahulu.

Beberapa minit kemudian barulah hujan berhenti.

Petang wak pulang dengan temen2 yg bertiga itu.
Hujan turunlah pula. Bro razMAN tempah gojek.
Tapi 7 kali kena kensel.

Wak pula tersalah tekan tempahan Grabcar.
Wak tak perasan sudah terima pesanan.
Pak supir telefon wak berkali2 sebab sudah sampai di lobi.
Akhirnya wak kensel sebab sudah naik kereta Gojek tempahan bro razMAN tadi.

Kami singgah di Blok M Plaza.
Makan nasi campur di D'Cost lantai 6.

Pulang pun didalam kehujanan.
Habis basah kuyup atas dan bawah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mar 2, 2023

KENAPA NOMOR MYXL DIBLOKIR

Susu Streril @2023

 Khamis malam Jumaat, 2 Mac 2023.

Kan sudah dua pekan (minggu) hape (hp) wak tidak boleh digunakan.
Tiada data internet.
Dan hanya bergantung pada wifi gratis di kantor dan di kost sahaja.

Jadi petang tadi wak pun berlarian ke Gandaria City mall.
Bersama2 bro asyRUL yg bermasalah yg sama.

"Hape wak ni udh diblokir," kata mamat Indon di kaunter myXL itu.
"Kami akan aktipkan kembali."

Dimintanya passport.
10 minit sahaja siap urusan.
Dan hape wak pun boleh digunakan seperti sedia kala.

Movie lalat.
The Batman 2022.

Gombalan lalat.
"minum kopi yuk wak"
"aku ga bole minum kopi"
"wak minum apa?"
"teh tawar aja"
"kadang2 minum susu wanita"
"ooh gitu ya"

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Arts at Gandaria City Mall @2023
Arts at Gandaria City Mall @2023
Greens at Gandaria City Mall @2023

Mar 1, 2023

BERAPA LAMA PROSES PEREBUSAN SINGKONG

Singkong gorengan buatan rumah @2023


 Rabu, 1 Mac 2023.

Hape (handphone) wak tidak bisa pakai internet.
Sudah banyak kali dimatikan dan dihidupkan semula.
Tapi masih offline.

Samalah juga dengan hape bro asyRUL.

Rencananya mahu ke Gandaria mall sore tadi.
Tapi wak tidak bawa pasport pula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 28, 2023

28 FEBRUARI MEMPERINGATI HARI APA DI INDONESIA

The only zebra crossing with proper pedestrian traffic lights @2023
Jalan Melawai Raya, Jakarta Selatan

Selasa, 28 Februari 2023.

Hari terakhir dibulan Februari.
Esok sudah bermula bulan yg baharu.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 27, 2023

ALASAN ORANG BULE TAKUT BANGET MAKAN KANGKUNG

Kangkung Belacan di D'Cost, Blok M Plaza @2023

 Isnin, 27 Februari 2023.

Hari yg agak sibuk kerja potong rumput di kantor.

Ooh.
Semalam wak sudah pesan kangkung belacan.
Di restoran D'Cost, Blok M Plaza lantai 5.

Alasan orang Amerika takut banget makan kangkung kerana mereka mengganggapnya sebagai rumpai yg berbahaya. Mereka beranggapan bahawa ada makhluk halus didalam batang kangkung yg berongga. LINK +

Kamus lalat.
Bule = mat salleh

Hookup = 1. penyambungan paip atau servis (api, air, indah water); 2. berjimak (tanpa hubungan sah)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 26, 2023

BERGAMBAR BERSAMA DATO POCKET ROCKETMAN 2023

Jakarta International Velodrome @2023

 Ahad, 26 Februari 2023.

Hari Khamis malam Jumaat kan wak sudah berlarian ke stadium Velodrome itu.
Disebabkan beli tiket tapi tersalah tanggal (tarikh).

Temen2 wak yg bertiga pun sudah pergi ke sono malam tadi.
Sebab mahu menonton dato Azizulhasni Awang bertanding.
Beliau dapat pingat perak.
Tahniah dan syabas.

Hari ini (Ahad) memang wak tidak rencana mahu kemana2.
Tapi tadi sedang petugas kost kemas2 kamar wak.
Tiba2 nampak bros asyRUL dengan NAZiri terpacak dilobi mahu ke sono lagi.
Mereka sudah beli tiket.
Mereka mahu tonton lagi dato masuk final.

Wak pun teringin untuk sertai mereka juga.
Tapi dato Azizulhasni tewas dengan pelumba Israel laknatullah itu. Huhu.
Pelumba2 yg lain pun kecundang juga.

Tiba di pintu masuk stadium.
Wak cuba beli tiket online.
Masa terkial2 itu.
Bro asyRUL dan NAZiri keluar semula dari stadium.
Sebab tiada pelumba Malaysia yg masuk acara akhir.

Dan sesungguhnya kami bergegas ke belakang stadium.
Di pintu laluan VIP dan peserta2.
Mereka tahu disebabkan mereka sudah berswafoto dato tadi malam.
Jumpa dato Azizulhasni dan pelumba2 lain.
Pegawai imigresen yg baru tiba pun ada menyibuk disitu.

Movie lalat.
Bicycle Thieves 1948.
American Flyers 1985.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Feb 25, 2023

HARI SABTU YG PUSING KARENA MEMIKIRKAN SESUATU YG BELUM TUNTAS

Bendungan Hilir (Benhil) Jakarta Selatan @2023

 Sabtu, 25 Februari 2023.

Sore tadi wak sudah berlarian ke Plaza Semanggi.
Naik bis no 1 langsung ke halte Bendungan Hilir (Benhil).
Jalan kaki sepelaung ke menara Plaza Semanggi.
Hujan mula turun agak lebat tapi sebentar sahaja.

Naik lif hingga ke lantai 10.
Dulunya ada kafe bernama Deja Vu.

"Udah dibongkar pak tulisannya," kata mamat indon petugas disitu.

Pulang tadi singgah di Blok M Square mall.
Wak beli kasut untuk gantikan kasut yg lama yg sudah rosak. 150rb.

Ooh.
Sebelum keluar dari kost penginapan tadi.
Data internet dalam henfon wak memang masih bermasalah dari kelmarin.
Cadangannya mahu ke Gandaria mall.
Tapi bila tiba di terminal Blok M tadi.
Wak cuba hidup dan matikan semula henfon.
Tiba2 data internet menjadi baik seperti sedia kala.
Yo wes lah.

Ooh lagi.
Selepas beli sepatu tadi.
Ada mamat indon yg tidak dikenali tegur wak.
"Bapak dari sekitar atau luar kawasan?"
"Wak dari Malaysia," balas wak mahu bertegur sapa.
Tapi takut dihipnosis, wak pun melangkah pergi laju2 pulang ke kost.

Movie lalat.
Plane 2023.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Rooftop at Plaza Semanggi, Jakarta Selatan @2023
Bendungan Hilir (Benhil) Jakarta Selatan @2023
Rooftop at Plaza Semanggi, Jakarta Selatan @2023
Rooftop at Plaza Semanggi, Jakarta Selatan @2023
Rooftop at Plaza Semanggi, Jakarta Selatan @2023
Halte Bendungan Hilir, Jakarta Selatan @2023
Shoe shop at Blok M Square, Jakarta Selatan @2023

Feb 24, 2023

PENYEBAB GANGGUAN APLIKASI MYXL HARI INI 24 FEBRUARI

 Jumaat, 24 Februari 2023.

Malam tadi wak berlarian ke Darmawangsa Square.
Kalau dilihat dari luar seperti rumah penginapan apartment.

Tapi sebenarnya ada pusat beli belah mewah juga.

Ooh.
Sebenarnya ada masalah dengan data internet henfon wak.
Walaupun tempoh tamat prabayar sehingga 8 Mac.
Sudah berapa kali dimatikan dan dihidupkan semula.
Tapi masih tidak dapat diaktifkan.

Jadi sekarang terpaksa bergantung pada wifi sahaja.
Dan hotspot dari henfon kawan yg baik2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AZIZULHASNI AWANG KINI NOMBOR 1 DALAM RANKING DUNIA ACARA PECUT INDIVIDU

Stasiun CSW Asean @2023

 Khamis malam Jumaat, 23 Februari 2023.

Tengahari tadi bro NAZiri beritahu.
Mahu tonton kejuaraan balap lomba sepeda trek UCI di stadium Velodrome.

Dalam kelam kabut dengan urusan kerja potong rumput.
Wak tempah untuk 4 orang - 50rb (rm15) seorang sahaja.
Wak tersalah pilih tarikh.
Sepatutnya rencana pada hari minggu (Ahad), yakni tanggal 26.
Tapi wak tersalah pandang tak pilih tarikh, jadinya otomatis tanggal 23.
Pembayaran pun sudah dibuat guna Bigpay bro NAZiri

Terpaksa telefon perkhidmatan pelanggan.
Bercakap merayu2 hampir setengah jam.
Tunggu balasan emel yg mengecewakan.

"Maaf wak ga bisa tukar tarikh jadwalnya,"
Yo weslah.

Tapi sore tadi wak berlarian juga ke Velodrome itu.
Sayang rasanya kalau beli tiket tapi tidak jadi pergi.
Naik bis no 1 Transjakarta dari Asean.
Turun di Tosari tukar bis no 4 ke Pulogadung 2.

Dan turun di halte Velodrome.
Sepatutnya turun di halte Rawamangun yg lagi dekat.

Solat maghrib di musolla itu.

Hahaha.
Silap teknik sebenarnya.
Tidak membaca informasi sebelum tempah tiket tadi.
Jadi bila bro asyRUL semak jadual.
Ada acara yg dato Azizulhasni Awang bertanding.
The Pocket Rocketman nama gelaran.
Pada hari sabtu acara keirin dan sprint.

Dan malam tadi tiada acara melibatkan pasukan dari Malaysia.
Apakah wak harus ripit ke stadium Velodrome lagi lusa?

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Public Transportation Jakarta @2023
UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023
Roti oat at UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023
UCI Track Nations Cup 2023

Feb 22, 2023

CARA MEMBUAT GARLIC CROUTONS ROTI PANGGANG BUAT MAKAN SUP KRIM

Near Neo Hotel Kebayoran @2023

 Rabu, 22 Februari 2023.

Masih sibuk dengan urusan kerja kantor potong rumput.

Cuma tadi bro asyRUL sudah ketagih.
Dengan roti bakar garlic croutons yg wak beli di The Mansions Kemang.
Di campaknya duit 100rb.

"Nah beli 5 bungkus," 
"Aku nak sampai esok!" 

Cara membuat Garlic Croutons - youtube.

Hafazan lalat.
Ayat seribu dinar. 
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا * وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَنْ يَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ بَالِغُ أَمْرِهِ ۚ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَيْءٍ قَدْرًا


Blog bukanlah hakmilik kekal.

The last pieces of Garlic Croutons @2023

KLCC VIEW FROM LOTUS'S AMPANG 2024

  KLCC view from Lotus's Ampang @2024 Rabu, 15 Mei 2024. Petang tadi berlarian ke Lotus's Ampang. Tujuan mahu beli pembalut (casing)...