Feb 3, 2023

DIABADIKAN DALAM UANG KERTAS BARU 5 RIBU INI PROFIL K H IDHAM CHALID

Ban Sambal Ikan Bilis Gardenia @2023

 Khamis malam Jumaat, 2 Februari 2023.

Semalam rakan2 wak yg bertiga orang itu telah tiba dari tanahair.
Tapi bro asyRUL tertinggal pasport pula semasa di  KLIA.
Jadi dia terbang di sebelah malamnya.

Bro NAZiri telah belikan wak roti ban gardenia ikan bilis itu.
3 ketul sahaja.

Pagi2 tadi mgr AYU dan bosskur kerah kami ke restoran RAGIL.
Yg terletak di kost lama wak.
Kami borak2 pasal kerja.
Bosskur pun baru keluar dari rumah sakit.
Akibat jangkitan virus covid kali kedua.
Dan dia juga kena sakit campak.
Dan bosskur akan terbang ke tanahair sore nanti.

Semasa di RAGIL, mereka minum air kopi disitu.
Wak sahaja yg minum teh tawar hangat.

Sebelah sore, tiba2 mgr AYU dan bro NAZiri sakit perut dan cirit birit. 
Gara2 pinangan kopi susu si RAGIL.

Cerita lain lalat.
Rakan2 yg baru tiba semalam.
Ada bercerita tentang sekumpulan 3 anak gadis di bandara (airport) Jakarta.
Mereka mahu ke Bandung.
Tapi nampaknya mereka seperti hilang arah.
Hampir kesemua orang di bandara mereka bertanya.
Rakan2 cuba membantu.
Dan semoga dipermudahkan urusan mereka.

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Coffee homemade coffee maker, Ragil @2023
Uang baru Rupiah 5 ribu @2023
Demo buruh di depan kantor pusat PT PLN (Persero) di Jalan Trunojoyo, Kebayoran Baru, Jakarta Selatan 2023

Feb 2, 2023

IS THE EGG MCMUFFIN HEALTHY

Chicken mcmuffin with Eggs @2023

 Rabu, 1 February 2023.
Hari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pagi2 wak sudah berlarian dari kost ke kantor.
Hujan turun agak lebat.
Nasib baik ada payung lipat.

Ada beberapa langkah di simpang hadapan.
Keadaan makin lebat dan semakin membasah juga.
Wak cuba pesan Grabcar.
Harga murah belasan ribu sahaja.
Tapi bila ditunggu seminit, lima minit, 15 minit.
Tiada pak supir yg mahu menerima.
Huhu.

Tiba2 hujan berhenti seketika.
Terpaksalah berjalan ke restoran McD selepas terminal Blok M.

Usai sarapan disitu.
Wak langsung sambung berjalan kaki ke kantor potong rumput.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jalan Sultan Hasanuddin Jakarta @2023


Feb 1, 2023

APA PENGALAMAN TERBURUKMU SAAT BERADA DI ATM

Japota Potato Chips @2023

 Selasa, 31 Januari 2023.

Pagi tadi wak ke kantor potong rumput seperti biasa.
Tapi kali ini wak bawa beberapa jajan dan makanan ringan.
Juga wak bawa gorengan singkong, bakwan dll yg wak beli di tefian longkang.

Gorengan singkong dan bakwan wak letak di pantri itu.
Sekejap sahaja habis dijamah temen2 sekantor.

Tapi jajanan roti pastri dan makanan ringan wak makan dalam kamar sahaja.
Dan mgr AYU pun tumpang sekaki.
Sambil buat kerja potong rumput.

Tengahari tidak makan siang.
Wak tidur di meja seperti biasa.

Petang pula mgr AYU boleh bertanya.
Tentang kentang goreng (potato chip) yg wak habiskan itu.
Lapar katanya.
Wak tawarkan ada lebihan pisang tapi dia tidak mahu.
Kasihan pula.
Mungkin esok wak kena beli satu kentang gorengan itu lagi.

Petang habis kerjaan di kantor.
Wak jalan kaki pulang ke kost.
Tapi singgah ke Maybank yg tidak berapa jauh.
Keluarkan uang juta2 lah kanns.
Untuk perbelanjaan harian diri sendiri.

Singgah di Indomaret (7-eleven) beli buah jambu potong - 12rb (rm3.40)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jalan Panglima Polim @2023
Maybank Jalan Panglima Polim @2023
Indomaret at Jalan Panglima Polim @2023

Jan 30, 2023

BACKPACKING KE PULAU PARI TANPA AGENT? BISA DOANK

Keutamaan membaca Surah al-Waqiah @2023.

 Senin 30 Januari 2023.

PRELUDE: PULAU PARI JAUH KE TENGAH

Memang sudah lama wak rencana mahu ke Pulau Pari di Kepulauan Seribu.
3 bulan lepas kan wak ke Pulau Tidung. Link.
Sehingga terpaksa naik bot tradisional selama 3 jam.
Gara2 telat (lambat) sampai ke dermaga. 

Jadi kelmarin wak sudah tempah tiket atas talian.
Tiketapaltradisional.com.
Mudah sahaja.
Tapi masih mencari rumah tinggal (homestay) yg bersesuaian.
Kalau lepak di tenda (khemah) pun tidak mengapa.

Cerita lalat lain.
Gambar2 tiada kena mengena.
Cuma wak balik agak lewat dari kantor potong rumput sahaja.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pulau Pari location from Jakarta @2023


Nongkrong di tepi jalanan @2023
Blok M Plaza @2023
Transjakarta bus @2023

Jan 29, 2023

TEMPAT MENIKMATI PEMANDANGAN SUNSET DI JAKARTA WAJIB TAHU

Lippo Mall Kemang @2023

 Ahad, 29 Januari 2023.

Sore tadi sudah berlarian semula ke Lippo Mall Kemang.

1. Nongkrong di lantai 17 untuk menikmati sunset. Gratis.

2. Ke kedai jualan hape (henfon) Samsung untuk restart hape wak kerana data yg baru dibeli tidak dapat di kesan. Gratis.

3. Tonton bioskop (wayang) Operation Fortune: Ruse de Guerre, dibintangi oleh Jason Stathom 2023. Diakhir babak ada ditunjuk kota Doha tempat wak lepak2 tahun lepas. 65rb (rm17).

4. Menjamu selera di Seafood 68. Nasi putih, udang goreng mentega, ikan bawal goreng, cah kangkung, dan teh tawar. 150rb (rm42).

Kamus lalat.
norak /no·rak/ a cak 1 merasa heran atau takjub melihat sesuatu; batak, jakun; 2 sangat berlebih-lebihan; kurang serasi (tentang dandanan dan sebagainya); kampungan.
terasi = belacan.
cah kangkung = kangkung belacan.

Disclaimer lalat. Hari ini (tarikh postingan ini) Isnin 30 Januari 2023. Harap maklum. Hahaha.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
Juventus Exhibition at Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
The Ritz, Lippo Mall Kemang @2023
Lippo Mall Kemang to Seafood 68 @2023
Seafood 68 Kemang @2023

TEMPAT MENIKMATI DURIAN ENAKLAH SANGAT DI KALIBATA

MRT Blok M @2023

 Ahad, 29 30 Januari 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke stasiun MRT Setiabudi.
Seperti biasa mahu menjamah nasi lemak Malaysia.
Dan roti canai.
Dan teh tarik.

Minggu lepas kan hari Imlek (Raya Cina).
Terpaksa berlarian ke restorannya di Kelapa Gading. LINK+

Bila wak tiba gerai baru siap didirikan.
Boleh pula mereka terlupa bawa loyang menggoreng roti canai.

Selepas itu, wak berlarian ke Lippo Mall Kemang.
Sengaja menikmati pemandangan kota Jakarta dari apartment lantai 22.

Kemudian wak berlarian ke daerah Kalibata.
Mencari dan merasa durian Jakarta.

Dari tepi jalan LPPI Kemang, naik bis Transjakarta no. 6N.
Turun di terminal Blok M Square.
Kemudian tunggu bis no 7B punyalah lama.
Bis tujuan ke Kampung Rambutan.
Orangramai mulalah ramai.

Punyalah penuh dan padat dalam bis kecil ini.
Tiba di halte Kalibata tempat jualan durian.
Tidak boleh turun pula kerana kesesakan dalam bis.
Terpaksalah turun di dua halte ke hadapan.
Kemudian terpaksa berjalan kaki semula ke tempat durian tadi.
Nasib baik tidaklah jauh mana.

Bagi para pecinta durian, tempat ini tentu tak asing lagi.
Pusat Durian Kalibata yang terletak di Jalan Raya Kalibata, Jakarta Selatan.
Disini menyajikan berbagai durian.
Mulai dari Durian Medan, Super Medan, Petruk, Monthong, dan Super Monthong.

Wak rasa harga durian Indon agaklah mahal.
Semahal harga durian di Masai.

"Tapi kalo di mall lagian mahal wak," kata cewek Iban dari Pontianak itu.

Durian yg paling popular disini ialah durian Monthong.
Tadi mencuba durian Monthong Siam (Thailand) untuk makan disini. 320rb.
Memang isi durian yg tebal tapi kurang manis. 

Kemudian wak beli juga durian Musang King. 150rb.
Untuk dibawa pulang ke kost.
Total damage disini = 470rb (rm133).

Kamus lalat.
rewel /re·wel/ /réwél/ a 1 banyak bicara (suka membantah, tidak mudah menurut, ada-ada saja yang diminta); membebel; 2 sukar (tidak mudah mengerjakannya); tidak berjalan lancar (tentang mesin);

Blog bukanlah hakmilik kekal.

MRT Setiabudi and Blok A @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang @2023
Tiffany Tower Lippo Mall Kemang and durians at Kalibata @2023
Monthong Thailand durian at Kalibata @2023
Motorists in Kemang @2023

Jan 28, 2023

HASIL DAIHATSU INDONESIA MASTER 2023 BADMINTON SEMIFINALS

Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023

 Sabtu, 28 Januari 2023.

Pagi tadi wak dikerah ke kaunter juga.
Kali ini pintu kantor lantai 5 dan lantai 8 dibuka.
Mamat indon penjaga kunci sudah terbaring tidur di sofa.

Petang balik dari kantor jam 4.30.

Petang ini wak berlarian ke Stadium Senayan.
Konon mahu tonton pertandingan bulu tangkis (badminton).
Hari ini adalah perlawanan pusingan separuh akhir.
Dan esok pula pusingan akhir.

Dari kost berjalan kaki ke terminal busway Blok M Square.
Turun di stasiun GBK (disebut Ge-be-kah).
Berjalan kaki terus masuk pintu 7.
Agak jauh juga ke dalam perkarangan stadium Senayan.

Wak tahu tiket sudah habis terjual (sold-out) atas talian.
Memang adalah sorang mamat Indon ni jadi ulat tiket.
Mamat tunggu di depan pintu masuk stadium.
Dia tawarkan 350rb (rm100) untuk malam ini.
Hahaha.

Wak pun berjalan ke hujung corner ada jualan makanan.
Orangramai pun sudah ramai disitu.
Menonton layar TV besar gedabak.
Wak layan perlawanan beregu Indon dengan Jepang.
Nasib baik dimenangi pasukan tuanrumah (2-1).

Ooh.
Bila wak periksa atas talian.
Tiada pemain Malaysia mara ke pusingan akhir.
Yo wes lah.

Habis perlawanan di layar TV itu.
Wak pun balik menaiki MRT turun di Blok M BCA.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Patung Pemuda Membangun, Bundaran Senayan @2023
GBK at Senayan @2023
Bundaran Senayan at GBK Jakarta @2023
Stadium Senayan at GBK Jakarta @2023
Senayan at GBK Jakarta @2023

WHAT HAPPENS IF YOU WERE IN TRANSIT FLIGHT AND MISSED THE SECOND FLIGHT

  Leaving Batam Island of Riau Indonesia @2024 Rabu, 2 Mei 2024. Hari pengembaraan pulang yg agak mencabar. Dua hari lepas baru mgr AYU temp...