Oct 16, 2021

MSHEIREB TRAM IN DOWNTOWN DOHA

Friday  prayer @2021

Jumaat.
Doha, Qatar.

Tengahari tadi penulis berkesempatan bersolat jemuah di masjid berdekatan yg sama.
Alhamdulillah.

Malam tadi, usai maghrib, penulis berlarian lagi ke City Center Mall.
Tukar duit ringgit ke riyal.
Rasa ciput nilai duit negeriku rasa.

Selepas itu penulis terus berlarian ke downtown Msheireb.
Memang berhajat mahu naik tram.
Yg seronoknya sebab percuma (baca, gratis).
Pusing keliling  di downtown sahaja.
Tidaklah jauh mana.
Dari stesen 2 ke stesen 8.
Ambil gambar pancuran sahaja.
Kemudian naik tram yg berpusing balik tadi.
Dari stesen 8 ke stesen 2.

Masa turun dari tram tadi.
Tiba2 berjumpa dengan rakan sekerja, master Lim.
Dia dengan rakan serumahnya, Vinh orang Burma.
Tidak perasan tadi naik tram yg sama.

Nota lalat.  Msheireb, Musheireb atau Mushayrib (Arabic: مشيرب‎ ) bermaksud tempat untuk minum air. Kedudukannya bersebelahan Souq Waqif.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 15, 2021

TERJEBAK DENGAN SQUID GAME

Squid Game on my laptotp @2021

Khamis.
Doha, Qatar.

Sudah beberapa hari penulis layan drama Squid  Games yg sedang viral sekarang ini di Netflix.
Tanpa perlu melanggan saluran Netflix.

Semua ada 9 episod.
Satu episod dlm 1 jam.
Ada beberapa episod yg penulis langkaukan.

Secara  peribadi, memang drama yg menarik.
Asli dan sadis.
Permainan kanak2 Korea yg dibuat oleh orang dewasa secara kejam.

Pengajaran dari Squid Game: bila kita miskin dgn hutang keliling pinggang, kita sanggup buat apa sahaja hatta untuk membunuh orang lain. Dan bila kita kaya raya sehingga bosan dan berbuat apa sahaja untuk hiburan semata-mata. Inilah kehidupan. Rating 9/10.

Amaran: tidak sesuai untuk tontonan kanak2 bawah umur.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Screenshot of Squid Game @2021

Nota lalat. Petang  tadi wak pun berlarian lagi  ke tefian fantai Corniche. Kali ini nampak agak ramai orangramai. Mungkin disebabkan esok adalah cuti hujung minggu disini. Sebenarnya wak nak jalan sampai ke tugu sculpture 7 segi yg boleh dilihat dari sini. Tapi nampaknya agak jauh dan kena lalu lingkaran ditefian jalanraya pula. Wak lepak2 sehingga sunset sebelum menapak pulang ke apartment.  |

Doha city landscape from Corniche @2021

Oct 14, 2021

PENING JUGA NAK PILIH MADU

A lemon on my hand @2021

Rabu.
Doha, Qatar.

Satu hari penulis agak sibuk dengan urusan potong rumput ya.

Petang tadi, penulis berlarian ke mesjid berdekatan.
Penulis pernah datang bersolat jemuah minggu lepas.
Walaupun tadi sampai awal tapi pintu masjid belum  dibuka lagi.
Sepuluh minit sebelum azan maghrib baru mamat bangla tiba dan buka pintu.

Begitulah juga usai solat berjemaah.
Sepuluh minit mamat bangla tutup lampu dalam dewan.

Walaupun waktu isyak bukanlah lama lagi.
Mungkin disebabkan pandemik sekarang ini.

Dari mesjid tadi, penulis berlarian ke pusat belibelah didepan itu.
Masuk Carrefoure mencari bekalan roti pita dan madu asli.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 13, 2021

KATARA TWIN TOWER FOUNTAINS

Green plant at Lusail @2021

Selasa.
Doha, Qatar.

Petang usai solat asar, penulis terus berlarian ke Katara Twin Towers.
Dari stesen metro DECC terus ke Legtaifiya.
Penulis berjalan kaki sahaja limpas pusat belibelah Lagoona.

Agak jauh juga untuk dapatkan pemandangan matahari terbenam.

Rupanya penulis tersilap tempat dan masa.
Sepatutnya penulis terus ke tempat pancuran warna warni itu.

Nota lalat. Jarak perjalanan ini ialah 8.22km. Tidak termasuk perjalanan dari stesen  metro DECC ke apartment.

Hafazan lalat. Surah as-sajadah 32: 21-25.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 12, 2021

KEAJAIBAN SATU PERJALANAN

The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021

Isnin.
Doha, Qatar.

Petang usai solat asar, penulis pun berlarian ke hospital Perubatan Sidra.
Hospital ibu dan anak.

Sebab semalam, semasa bermain tiktok.
Mata penulis tertancap pada satu karya yg menunjukkan arca yg unik.
Dari persenyawaan hinggalah menjadi janin dan seterusnya menjadi bayi.

Yg taksubnya, arca2 itu terdapat di Doha, Qatar!
Qatar kan negara Islam?
Setahu penulis, mana boleh tunjukkan patung2 telanjang sebegitu.

Tapi haruslah juga bersikap husnuzon.
Mestilah mereka mempunyai ahli majlis fatwa yg berkaliber.
Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021

Nota lalat. Mula2 bila nmpk dlm google maps, wak rasa tempat ni jauhlah sangat dari ibukota. Tapi bila ternampak dekat je dgn stesen metro tu terus wak terjah. Dari DECC metro station line merah, wak turun di al-Bidda utk transfer dan amek line hijau terus ke Qatar National Library station. Tapi hospital itu kan seberang jalanraya yg sibuk. Bagus juga ada terowong pejalan kaki bawah tanah. Tidaklah jauh sangat patung2 sculpture "The Miraculous Journey" itu sebab dah boleh kelihatan dari seberang jalan tadi. Ada 14 patung arca semuanya. Wak pun amek 2 3 gambar sudah dan 1 video untuk  tiktok. Terus balik guna metro line yg sama dan turun di DECC. Ooh. Dalam tren tadi, ada polis tegur sebab wak dok dalam gerabak family. "Do you have family?" tanya polis itu. Wak kata sorry dan pindah gerabak belakang. Baru je duduk beberapa detik, datang pula abam inspector tiket. |  Sebelum balik ke apartment, wak singgah di Carrefour beli buah2an limau dan epal dan beberapa jajan biskut untuk kunyahan dalam bilik nanti.

The Miraculous Journey (2005 to 2013) is a series of 14 bronze sculptures by the artist Damien Hirst. The sculptures are situated outside the Sidra Medicine in Doha, Qatar. @2021
Miscellaneous photos from today's walk @2021
The Smoke by Tony Smith in DECC @2021
Video tiktok lalat.

Oct 11, 2021

AL-KALADY BERIANI AYAM

al-Khalady chicken briyani QAR12 @2021

Ahad.
Doha, Qatar.

Hari ini penulis tiada rancang mahu berjalan ke mana2.
Walaupun banyak tempat lagi mahu diterokai.
Sebab sakit kaki melecet berjalan kelmarin sejauh 9km masih terasa sakitnya.

Cuma penulis mahu cerita sedikit.
Pasal pesanan makanan di sini.

Masa tiba di tempat tinggal (apartment) yg baru ini.
Rakan serumah (Prm) ada berikan penulis nombor telefon restoran india.
Boleh pesan makanan guna telefon sahaja.
Penghantaran percuma.

Mula2 penulis cuba juga telefon.
Tapi macam taukeh restoran sukar memahami pertuturan.

Jadi penulis berjalan kaki ke pusat belibelah berdekatan.
Pesan KFC (Q18), McD (20), Jollibee (Q18) dan makanan Siam (Q29) juga.
Tapi semuanya agak mahal.

Jadi penulis cuba lagi telefon restoran al-Kalady itu.
Rupa2nya senang sahaja.

Setakat ini penulis pesan beriani ayam (Q12), beriani kambing (Q16) dan kari daging (Q12).
Nasi putih (Q5) dan telur rebus (Q1).
Memang bahagian (portion) yg agak besar dan puas.
Yg penting lagi murahan dari makanan di pusat belibelah itu.
Dan boleh simpan utk makan kali kedua - jimat kannns.

Ehh. Tadi ada rakan sekerja Vietnam
Tin yg baharu sampai dari tengah lautan.
Dia pun pesan makanan dari restoran al-Kalady ini.
Tapi dia pesan beriani daging sahaja.

Nota lalat. Pasal restoran Jollibee pesaing KFC. | Jollibee ni restoran francais dari filipin. | Wak perhatikan semua pekerja2 kedua2 restoran ni adalah pinoy. | Dan dengar cerita, even pekerja KFC pun sanggup beratur nak makan ayam Jollibee. | Wak dah try dua2 francais ayam goreng kat Doha ni. | Personally wak masih sukakan ayam KFC berbanding Jollibee. | Nantilah wak nk try makan pizza pula. | Ada pizza hut dan ada pizza local jugak. |

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 10, 2021

SOUQ WAQIF, THE PEARL MONUMENT AND THE OUD COUTURE

The Pearl monument, Corniche @2021

 

Sabtu.
Doha, Qatar.

Pagi tadi penulis tidak kemana.
Potong rumput pun tidak.

Petang usai solat asar
Penulis pun berlarian ke tefian fantai juga.

Kali ini ke pantai Corniche (arab, كورنيش الدوحة).
Tujuan ke pasar Souq Waqif dan tugu The Pearl.

Akhirnya mendapat juga minyak attar pesanan rakan sekerja penulis dari Masai itu.

Hafazan lalat. Surah al-sajadah 32: 1-20.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

White rice, mutton curry, and 2 boiled eggs = 19 riyals @2021
DECC, Doha metro station @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021


Corniche, Doha @2021

Nota lalat. Tiba di bandar lama Souq Waqif, wak takde niat apa2 pun selain melihat sekeliling dahulu. | Selepas hilangkan lelah, wak berlarian ke tefian fantai Corniche terletaknya tugu mutiara The Pearl itu. | Ada laluan terowong  bawah tanah - senang dan mudah, tak payah nak lintas jalanraya. | Tapi disekeliling tugu, keadaan amatlah tak selesa dan mengecewakan dengan construction sedang berlangsung. | Di tugu mutiara ini, takde pulak keramaian atau pekerja warga asing (Bangla, Filipin dll) yg berkumpul beramai2 seperti dalam youtube dll. | Sebelum sunset, wak pun kembali ke pasar Souq Waqif semula. | Kali ini wak cuba bertanya satu kedai minyak wangi arab. | Kebetulan, minyak wangi yg kawan wak pesan dari Masai itu ada, walaupun tinggal satu kotak. | Wak sungguh gumbira kerana tidak ketemuan selepas dua Carrefour dimasuki. | Alhamdulillah, bercukur saja kann. | Mungkin wak akan cari sekotak lagi di lain masa dan ketika. | Bila kedengaran azan maghrib, wak pun berlarian pulang ke apartment. | Malangnya surau di stesen metro semuanya tutup kerana pandemik. |

The Corniche @2021
The Corniche @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Souq Waqif @2021
Doha nightime @2021
Oud  Couture perfume @2021
Nota lalat. Wak try 360 degree utk pertama kalinya. Not perfect though. Website: Panoraven & Embed Responsively.

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...