Apr 14, 2018

FOLD BIKE



Setelah beberapa hari mencari basikal tangan kedua (baca, second hand) untuk diguna ditempat penulis memotong rumput ini, akhirnye penulis berjumpa juga. Basikal kecil berwarna merah yang boleh dilipat tiga untuk mudah dimasuk dalam kereta dan dibawa ke tempat tugasan memotong rumput itu. Tempat duduk pun boleh dinaikkan secukup rasa punggung penulis. Yg penting sekarang tidak lagi perlu berjalan kaki dari pagar keselamatan kedua ke dalam kabin yg jaraknya sepotong rokok.

Nota peraduan lalat. Basikal dimenangi hasil peraduan (2014).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Apr 13, 2018

BOARDING LITTORAL COMBAT SHIP

On Maharajalela combat ship @2018

Untuk baca entri lama KENAPA DISEBUT PORT & STARBOARD SIDE BUKAN LEFT & RIGHT SIDE, sila naiktanggamonyet di SINI

Pas Umno solat jemuah, penulis sempat lagi naik dan lawat kapal perang yang sedang dalam pembinaan. Dengan cuaca panas berdeting dan bahang angin laut membuat peluh berjurai-jurai membasahi tubuh badan atas dan bawah.

Link: Littoral Combat Ship in Wikipedia.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Bonus photo: Lumut sunset @2018

Apr 12, 2018

PANGKOR ISLAND VIEW



Tiada yg menarik hari ini.

Petang sempat lagi berlarian ke pulau buatan Marina Island untuk menangkap matahari terbenam (baca, sunset).

Juga ke hotel Brezza meminta resit penginapan tempohari untuk tujuan pampasan.

Juga mencari kedai internet di Seri Manjung. Sehinggit untuk pemakaian tidak sampai sejam.

Singgah di Tesco membeli sabun pencuci mesin basih dan sedikit peralatan memotong rumput dan bilik sewa.

Nota lalat. Wifi dalam bilik sewa perlahan sungguh macam siput cadbury. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 11, 2018

SELAMAT PAGI LUMUT



Hari 4 di Lumut dan hari ketiga di tempat tugasan memotong rumput.

Pagi menghadiri mesyuarat luarbiasa.
Petang misi mencari basikal terpakai biasa-biasa.

Malam. Ingatkan pergi makan kedai tomyam siam sebelah kedai “bundle” Jalan Marina Island itu memberi servis terbaik seperti malam kelmarin. 30 minit baru lauk pauk sampai. Kena tunggu 20 minit lagi kerana menunggu nasi yang kau baru tanak. Tomyam campur kau tadi pun sudah dingin. OTL

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 10, 2018

DAY 3: LUMUT SUNSET



Hari kedua ditempat tugasan.

Kursus induksi. Siap.
Jeket merah. Siap.
Pengesahan cap ibujari. Siap.
Makan tengahari di kantin. Siap dan berbasikal.

Diluar kotak limbungan.
Periksa masuk ke bilik sewa di Taman Melati (bukan Gombak).
Nasi ayam penyet Jawa Timur di Seri Manjung. Suap.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 9, 2018

DAY 2: DOUBLE SECURITY



Hari pertama di tempat tugasan memotong rumput yg baru baharu. Hari kedua di tepian pantai Sungai Perak Manjung. Pemandangan matahari terbenam yg cantik. Tangkap satu dua gambar sudah.

Mesyuarat pertama. Siap. Tapi banyak isu yg harus dibentanngkan di mesyuarat akan datang kerana ketidakhadiran pegawai penting.

Misi lepas waktu kerja. Mencari kedai terpakai (baca, bundle) seluruh pekan Manjung, Sitiawan hingga ke Sungai Lekir, namun baju jeket merah tidak diketemukan.

Misi mencari bilik sewa. Berjaya jumpa 3 tempat dengan harga berlainan, dan sedang membuat keputusan memilih. Sebulan sahaja kan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 8, 2018

DAY 1: LUMUT



Perjalanan yg agak jauh harini limpas Sungkai.

Jalan-jalan disekitar pekan koboi Lumut mencari sekeping poskad tempatan. [+ A Postcard I Want ]

Blog bukanlah hakmilik kekal.

KARIPAP MAKCIK DEPAN KUBUR P. RAMLEE SEMAKIN KECIL TAPI GELANG MAKCIK SEMAKIN BESAR

Nasi Lemak Depan Kubur P. Ramlee Jalan Ampang KLCC @2024   Rabu, 15 Mei 2024. Semalam wak perasan makcik dan pakcik nasi lemak depan kubu...