Nov 20, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY 1 PART 3

Penari Jaipongan dengan Tari Remo at Cemorolawang @2022


 Sabtu, 19 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Ehh. Dah jadi part 3 pula. Layannns... 

Tari Jaipong atau Jaipongan. Gerakan2 adalah gabungan dari beberapa kesenian tradisional, seperti Wayang Golek, Pencak Silat dan Ketuk Tilu. Karakteristik tarian ini sangat enerjik dan unik. Dalam setiap pementasannya akan diiring oleh musik tradisional bernama degung. Selain enerjik, tarian ini juga dilakukan dalam suasana ceria dan humoris sehingga sangat menghibur penonton. Bahkan tidak jarang para penikmat jaipongan akan tertawa karena terbawa suasana. Tari unik dari Jawa Barat ini hingga kini masih tetap lestari dan dipelajari.

Jam 1.00pm pun berangkat naik motor scrambler. Mas Imam terangkan dia akan hantar sampai ke kaki gunung Bromo dgn harga yg kami setujui. Kalau wak nak naik kuda ada dua gerbang. Gerbang pertama had jeep naik kuda 150rb PP. Tadi bapak naik kuda yg kejar wak masa naik jeep mula2 sampai ada mintak 150rb. Gerbang kedua selepas candi pura itu naik kuda hingga kekaki tangga bayarannya 100rb sahaja.

Iklan sabun lalat. Semasa perjalanan ke kaki bukit Bromo tadi. Wak ternampak penari2 Jaipongan ini di tepi pagar. Wak pun suruh mas Imam puter balik (u-turn) sebab nak bergambar. Dan semasa sessi pergambaran itu bila diapit dengan cewek2 yg muda dan montok sebegitu. Tiba2 siku wak secara tak sengaja terkena pula renjatan elektrik yg padu. Kiri dan kanan siku dan lengan. Sakitnya tuh disini. Bergetar rasa nak copot jantung wak. Korang yg tahu tu - faham2 jelah. Kasihan kan wak eh sekian.

Mas Imam hantar wak dgn motor scramblernya sehingga melepasi candi pura. Wak pun jalan kaki perlahan2 keatas. Cuaca pun terang tiada mendung sangat. Cahaya matahari pun memancar dgn cerianya juga. Suhu agak sejuk tapi wak sudah berjaket kan. Bila wak turun je nanti wak tanggalkan jaket sebab agak hangat didalam ditambah dengan kefenattan.

Wak berjalan kaki ditempat laluan kuda (tengah). Untuk mengelak bau najis kuda yg segar dan bersepah2 boleh sahaja berjalan diatas batas satu lagi. Wak tiba di penghujung batas kuda. Diatas sikit wak lepak sekejap dan pesan indomie goreng. Boleh bapak itu dibaginya indomie celup. Dahlah tak panas langsung. Olehkerana agak lapar wak pun bedal sahaja. Wak cari air aqua tapi sudah kosong (kehabisan). Tapi bapak itu berjalan ke penjual di lantai atasnya sedikit untuk mendapatkan air mineral. Rupanya diatas ada ramai lagi penjual seperti itu.

THERE ARE 242 STEPS, BATU CAVES GOT 272 STEPS

Mendaki anak tangga yg mencanak 60 darjah tidaklah mencabar seperti yg wak sangkakan. Perlahan2 sahaja memanjat.

13 menit sahaja sudah sampai ke puncak. Tidak seperti di puncak gunung Kinabalu. Di puncak gunung berapi Bromo ini rasa biasa sahaja. Kecuali ada perasaan takut kalau tiba2 tercemplung kedalam kawah gunung berapi yg mendidih dan berasap2 itu. Huhu.

Kamus lalat. Tercemplung tidak sengaja masuk (jatuh) ke dalam air (sumur dsb): contoh ayat - telefon bimbit Rosmah itu tercemplung ke dalam kawah gunung berapi.

Lebihkurang setengah jam wak di puncak. Orangramai pun tidak ramai mana. Matsalleh adalah dua orang. Pelik mereka tidaklah suka mengambil gambar. Mereka lebih suka menjiwai dengan memerhati alam semulajadi. 

Sempatlah bertafakur sebentar memohon hajat yg murni2 sahaja. Aminn.

Wak pun turun dengan perlahan2 juga. Manalah tahu takut tercedera lagi buku laliku. Alhamdulillah selamat tiba dibawah dimana mas Imam menunggu dgn motor scramblernya.

Mula2 wak teruja mahu naik kuda sekadar untuk bergambar sahaja. Tetapi tiada kuda yg tersedia disitu. Banyak kuda yg sudah ada penunggang pelancongnya. Tapi wak tiba2 mahu tunggang kuda besi pula, yakni motor scrambler Imam itu. Dia pun layan ambil gambiran wak sahaja. Bayar sudah mahal kann.

Dan kami pun pulang ke Cemorolawang diatas bukit itu. Tapi adalah dua tiga tempat yg wak suruh Imam berhenti dan ambil gambiran wak lagi dan lagi. Dia pun layan sahaja.

Sebelum tiba di guesthouse wak minta Imam berhenti di hotel Cemara Indah. Dulu 2013 ada rakan blogger menginap disini dgn harga 250rb. Tapi sekarang (2022) bilik paling murah pun sudah dua kali lipat - 415rb. Dan rakan itu cerita gambar gunung Bromo disitu ohsem.

Memang betullah bagai diceritakan. Memang memukau pandangan. Wak lepak2 situ beberapa menit. Mas Imam pun nampak tak mendesak pulang.

Masih tidak puas disitu, wak pun ingat mahu datang lagi bila senja nanti. Harap2 tidak hujan. Wak pun ajak mas Imam pulang.

Di kamar guesthouse 4.12pm, wak cuba kemaskini blog ini. Hanya dapat beberapa perenggan. Kepala pun sudah mengantuk ya amat. Set kunci jam 5.15pm.

Tiba2 sedang terlelap tidak sampai 13 menit. Mas Imam ketuk2 pintu pula. Demm kurang asam urat betuĺ lah. Dia mahu tahu samada wak mahu dia hantar ke Seruni Point untuk sunrise. Dia suruh bersiap jam 2.30am - 150rb. Wak iyakan sahaja walaupun tahu jam 2.30pagi itu terlalu awal.

Wak tak sambung tidur. Layan tiktok dan fesbuk sekejap. Tengok jam sudah pukul 4.45pm. Harus bersiap berjalan kaki ke hotel Cemara Indah yg tadi itu. Tidak jauh mana pun.

Bila wak sampai, adalah satu keluarga orang kampung sudah ada disitu untuk ambil gambar pemandangan juga.

Wak layan sahaja sehingga matahari betul2 tenggelam.

Hari sudah gelap dan wak pulang kaki menghala ke guesthouse. Singgah dikedai cenderamata. Wak beli baju tshirt saiz XL - 4 helai 100rb. Dan beli penutup kepala ada tulisan Ijen - 20rb. Boleh tuankedai itu tegur.

"Wak ni dari Malaysia ya?"
"Macamana bapak tahu?"
"Orang2 dari Malaysia aja yg sukak fridge magnet, keychain bagai.."
"Orang2 Indon mana suka benda2 pelik seperti ini.." - ehh yg ni wak tambah ;)

Nota lalat. Sebenarnya tidak perlu pun beli sarung penutup kepala disitu sebab kalau beli di bukit Seruni ada yg tertulis Bromo! Harga pun kurang lebih sama.

Tapi tak beli pun poskad dan fridge magnet disitu.

Wak keluar dan singgah di warteg. Penjualnya seorang nenek tua. Wak pesan nasi goreng jawa telur dadar dan teh tawar. Total 17rb. Wak bagi 18rb keep the change. Tapi dia salah dengar ke apa. Dipulangnya duit 2rb sebab tiada uang recehan. 

"Ehh ibu simpan aja."
"Terimakasih ya wak."

Usai makan nasi goreng, wak kembali ke kedai cenderamata semula. Tanya pasal ojek untuk wak balik ke Malang. Dia pun tak pasti.

Dalam perjalanan ulang alik antara warung makan mbah tadi dan kedai cenderamata tadi. Wak ternampak cewek ada jual jagung bakar. Macam teringin nak usha cewek eh makan. Wak pun terus pesan dan tunggu sebentar disitu. 10rb.

"Bayarnya dikasir ya wak."

Wak pun langsung pulang ke guesthouse. Tapi sempat singgah di rumah utama guesthouse jumpa mas Imam berbincang pasal penghantaran wak ke bukit Seruni (Penanjakan 2) esok dinihari. Mas Imam memang mula2 suruh wak bersiap jam setengah tiga (jam 2.30am). Tapi wak bilang tidak mahu lama2 kedinginan diatas - 2jam lebih. Kemudian dia cakap jam 3am. Akhirnya setuju dia akan hantar jam 3.30am.

7.13pm Sedang update blog merapu wak ni tiba2 blackout pula. Wak keluar kamar dan lihat satu pekan Cemorolawang gelap guliter. Ada beberapa rumah yg start generator masing2. Tapi nasib baik jugalah blackout tidak lama. 

Nota lalat. Wak memang suka update blog guna henfon cap aiyam wak ini bila2 masa ada peluang walaupun sedang dalam perjalanan bercuti seperti ini. Tulis yg penting2 sahaja dahulu, nanti boleh update lagi dan lagi. Tidak perlu tunggu berbulan2 baru nak update. Agar aku tidak lupa. ;p
Ooh. Ini entri sengaja tertunggak 10 hari yg lepas ya kawan2.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

The soft touch of Penari2 Jaipongan at Cemorolawang @2022


KKN di Desa Penari2 Jaipongan at Cemorolawang @2022
My Top Commentators at Gunung Batok & Bromo @2022

Kawah Gunung Bromo @2022
Apakah ini? @2022
Kawah Gunung Bromo @2022

Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Kawah Gunung Bromo @2022
Gunung Batok @2022
Gunung Batok @2022
Me at Gunung Batok @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
Gunung Batok & Bromo @2022
A view from Cemara Indah Hotel Cemorolawang @2022
Sunset view of Gunung Batok & Bromo @2022
Sunset view of Gunung Batok & Bromo @2022

Chilly night at Cemorolawang @2022

Nov 19, 2022

WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY 1 PART 2

 Sabtu, 19 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Van Damri tiba di pekan Wonokitri jam 10.35am. Pak Aziz Damri sudah panggil kawan jeep dorang. Drama sindiket dan konspirasi pun bermula. Pak Reden mula2 cuba pujuk wak kalau nak naik motor akan dibayar 250rb. Kalau naik jeep harus bayar 350rb. Motor wak minta kurang lagi tak boleh. 

Kami duduk dulu di warteg. Pesan teh tawar. Boleh pula makcik indon itu terlupa. Sampai wak datang ke dapur dan bertanya lagi. Tawar menawar harga samada naik motor sepeda atau jeep masih berlaku antara wak dgn pak supir Reden. Motor wak minta 100rb, dia turinkan ke 200rb. Kalau jeep masih 3t00rb walaupun wak seorang diri. 

Hujung2 tu wak ugut nak tanya jeep lain atau cari dan kongsi dgn orang lain. Dia masih berkeras dgn motot 200rb dan jeep 300rb. Wak bayar harga teh tawar 3rb, ehh wak bagi je 5rb kat makcik indon kedai tu.

Wak keluar dari warteg. Boleh pula dia suruh call pak Aziz Damri tadi. Pelik juga. Ini semua sindiket dorang. Last2 dia turunkan sikit jeep jd 325rb. Wak pun setujulah sebab sudah kesejukan disitu dan malas nak cari oranglain.

Dalam jeep boleh pula dia yg call pak Aziz Damri kata wak yg ikut jeep lain. Boleh pula bahasa ibunda Jerman yg dia ingat wak tak faham ke? Tak mahu bayar royalti letteww.

Tidak jauh, wak kena turun dan bayar tiket masuk taman negara. Drama lain pula disitu. Mamat2 penjaga pintu pos situ kata wak kena bayar online guna Tiket Bromo. Bukan apps. Nampak canggihlah sangat tapii. Wak pun panik juga. Mamat2 itu tolong isikan tapii masih tidak boleh. Masalah mahu transfer uang dari akaun maybank wak ke maybank Tiket Bromo online tadi. Mamat cuba sekali lagi. Tidak berjaya juga.

Akhirnya mamat itu suruh wak berlarian ke kedai kiosk didepan. Ahkak kedai kata boleh buat. Sekejap sahaja. Wak bayar 39rb campur upah kedai 5rb jadi 44rb. Ahkak print struk dan tulis nomor tramsaksi dibelakang tiket. Dan wak serahkan nomor itu pada mamat2 pos tadi. Tisak lama urusan selesai. 

Nota lalat. Sebenarnya taklah banyak sangat tiket masuk taman negara untuk WNA (warga negara asing) yakni cuma 39rb sahaja. Tapi ramai ejen yg naikkan harga pakej jadi dua kali lipat jadi 650rb. Memang semua ni bangsa lintah darah.

Semasa dikedai kiosk ahkak indon itu tadi wak nampak beberapa keychain dan poskad. Jadi wak masuk balik dan beli 1 poskad dan 1 key chain sahaja.

Naik jeep terus ke Cemorolawang. Tidaklah jauh mana. Tidak sampai 10 menit sudah nampak gunung Batok yg ikonik itu. Dorang ini semua scammer - memang sengaja main drama nak patok tengkuk pelancong. HaramJ betullah.

Dan apalagi bila sudah nampak Gunung Batok yg jelas tanpa gangguan awan tebal, wak suruh pak supir Reden berhenti di tepian jalan yg curam untuk mengambil Gambiran. Dia pun tidak komplen apa2.

Cuma bila tiba di tempat parkir dibawah bukit Batok. Kalau wak nak pergi ke kawah Bromo dia kena minta tambah 100rb lagi. HaramJ sekali lagi betul lah. Jadi wak tangguhkan dulu hajat wak disitu. Hari pun masih siang. Tapi sempat lah wak ambil Gambiran di tepi pagar dengan beberapa ekor penunggang kuda yg datang mengejar wak tadi. Haha wak seorang je pun tadi. 

Tiba di guesthouse tidak lah susah mana mencarinya. Siap wak buka Gòogle maps. Cuma pak Reden buat2 jadi orang bengap. Padahal hari2 dia datang ke sini bawa pelancong. 

Urusan checkin mudah sebab wak pun sudah booking.com. Bilik yg agak besar - queen bed. Tapi tiada anduk (tuala) disediakan yg kemudian wak minta. Wak terus mandi lah sebab tidak mandi lagi dari semalam. Tapi badanku tetap bau wangi.  *Tak tun tuang. Ehh nak buka air panas guna water heater itu pun wak kena panggil mamat guesthouse datang tolong. Dia pun terangkan. Air pili memang sejuk okeh. Kecut telur.

Sebelum itu sudah janji dgn mamat guesthouse yg sorang lagi tu. Mas Imam namanya. Dia nak hantar wak ke kaki gunung Bromo naik motor - 150rb. Wak setujulah. Janji jam 1.00pm.

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.





WAK CAN WALK IN BROMO TOO 2022 - DAY 1 PART 1

4.03am in the morning at Surabaya terminal @2022

 Sabtu, 19 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Perjalanan 15jam menaiki keretapi yg jauh dan lama dari Jakarta - Cirebon - Surabaya - Lawang - Malang. Hujan sepanjang malam hingga ke pagi. Hajat untuk melihat sunrise di puncak Bromo mungkin tidak kesampaian.

Tiba di Malang jam 6.30am pagi. 

Harus mencari musholla dan toilet dahulu.

Keluar ke pintu timur. Beli roti o dan black tea panas dan tawar. Takut juga kalau mamat indon tu bancuh dgn gula.

Tanya cewek dipintu masuk terminal pasal van Damri ke Wonokitri. Cewek pun tidak pasti. Disuruhnya ke patung 3 Singa. Wak jadi bingung.

Tanya pada bapak porter baju kuning baru yakin untuk keluar ke pintu sebelah Barat. Didepan patung tiga singa juga.

Di pintu keluar barat tercari2 juga van atau bis Damri. Sampai tanya makcik dalam kedai senang dan mudah itu. Barulah wak ternampak van putih dgn tulisan Damri sedang parkir disebelah patung 3 singa. Patung singa ditutup dgn kain rentang demo.

Tanya pak supir Damri akan berangkat jam 8.00am. Lagi 10menit. Disuruhnya masuk dalam van dahulu. Ada seorang sahaja cewek gendut.

Bila pak supir tiba dan masuk. 30ribu jawabnya bila wak tanya pasal tarif harga ke Wonokitri. Mulalah perdebatan untuk hantar wak ke Cemorolawang. Sampai dia call kawan jeep dia yg minta 350rb untuk hantar wak. Waduh, sakitnya tuh disini.

Pak Aziz nama supir Damri ini masih muda dalam lingkungan 30an. Pak Aziz mati2 suruh wak sewa sahaja homestay yg lg murahan di Wonokitri. Padahal wak sudah tempah guesthouse di Cemorolawang. Wak tahu dia akan serahkan pada konco2nya di Wonokitri supaya dia pun dapat komisen juga. Lahabau betullah.

Buat masa ni wak masih stet mahu turun dulu di Wonokitri. Mungkin wak akan cari motor sahaja. Tapi melihatkan keadaan hujan yg masih turun.

Dua jam perjalanan dari Malang tadi dan keluar di simpang pekan Lawang dan singgah di pekan Tosari untuk ke Wonokitri ini masih belum sampai2. Jam sekarang menunjukkan pukul 10.00am pagi.

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Patung 3 Singa at Terminal Kampung Baru Malang @2022




Nov 18, 2022

NAIK KERETAPI KE MALANG DENGAN TENANG

I'll bring the top commentators to Bromo @2022

Jumaat, 18 November 2022.

Pengembaraan solo wak ke Gunung Bromo 2022.
1. The Prelude - Apakah Nasib Diriku Yg Malang Pergi ke Malang
2. Naik keretapi ke Malang dengan Tenang (Jakarta - Surabaya - Malang)
3. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 1 (Malang - Wonokitri)
4. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 2 (Wonokitri - Cemorolawang)
5. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 1 Part 3 (Gunung Bromo & Batok)
6. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 1 (Bromo Sunrise)
7. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 2 (Cemorolawang - Toempang)
8. Wak Can Walk in Bromo Too - Day 2 Part 3 (Malang - Jakarta)
9. Wak Can Walk in Bromo Too - The Postmortem (and total damage)

====================================

Tengahari jam 1.00pm wak sudah pesan Grabbike ke kantor potong rumput. Kaki yg terkena asam urat (gout) pun sudah mending (lebih baik) daripada semalam.

Dikantor jumpa teman2 sebentar. Adalah nasihat untuk pesakit asam urat. Macam2 petua ada. Dan kesimpulannya makan dan minumlah bening yg tawar2.

NAIK BAS SERINGGIT

Jam 1.50pm wak sudah berjalan ke stesen bis Asean. Ambil bis nomor 1 ke Monas. Turun di stasiun Monas dan keluar stasiun. Tunggu di halte bis seberang jalan.

Lama juga menunggu bis nomor 1P itu. Hampir setengah jam baru terhegeh2 bis tiba, tepatnya jam 2.56pm.

3.15pm turun di stasiun Pasar Senen dan terus ke terminal KA (kereta api) Pasar Senen. Wak masuk kedalam terminal. Baru teringat mahu solat asar. Macam tiada musholla didalam. Keluar kembali ke masjid diluar terminal.

Usai solat masuk kedalam terminal. Singgah kedai senang dan mudah. Beli jajan dan kudapan. Beli juga set ayam gorengan di restoran CFC, bukan KFC ya.

Print boarding pass di kiosk. Senang sahaja dengan masukkan kod pesanan.

VAKSINNYA MANA PAK?

Tapi bila nak masuk ke departure hall. Pak guard itu sudah minta sertifikat vaksin pula. Demm. Wak lupa mahu print sebelum berangkat tadi. Apps mysejahtera pun sudah lama uninstall. Kelmarin cuba install semula tapi login id guna nombor henfon yg lama pula. Aduhai. Terpaksa keluar ke tempat kerusi banyak2 itu. Wak cuba fokus dimana pernah simpan salinan vaksin yg lama2. Panik ya amat. Sudah terbayang tidak dapat ke Bromo dan tiket keretapi akan hangus menjadi debu dari kawah Bromo juga.

Akhirnya ketemu juga salinan sertifikat vaksin itu. Lega sangat. Dan wak pun tergesa2 masuk ke departure hall semula.

4.10pm, kerusi wak ialah 4C. Wak pun duduk disebelah tingkap. Siap pasang charger di tepi tingkap itu. Tapi tidak lama selepas itu ada pula mamat ini dgn laptop tiba. Dia kata seat dia 4D sebelah tingkap itulah. Yo wes. Wak pun pindah seat sebelah.

Dan masa wak angkat bagpack keatas tempat barang atas kepala itu. Baru wak teringat pasal baju jaket hitam tebal itu. Matiklah kalau tertinggal. Mesti tertinggal di kerusi banyak2 tadi.

Terus wak keluar semula. Dan nasib baik jaket busuk kesayangan wak intan payung itu masih ada dikerusi itu. Alhamdulillah syukur sangat2. Sudah terfikir tadi kalau tidak jumpa dimana mahu dibeli jaket yg baharu.

4.45pm dengan tepatnya seperti terjadual bunyi siren dan keretapi pun mula meluncur membelah bumi pulau Jawa. Jom kita berangkat ke gunung Bromo via kota Malang.

NO MUSHOLLA ON THE TRAIN

Tiada fasilitas mushoĺa didalam kabin. So he says. Jayabaya dari Jakarta ke Malang. Tawakal sahajalah.  Tapi kemudian diberitahu ada musholla di kereta makan.

I'LL BRING THE TOP COMMENTATORS TO BROMO

1 - SalbiahM (yg genit tapi ringan)
2 - Kak Sue (yg selalu cakap gambar dlm blog wak cantik)
3 - uncle gedek (yg sporting kalo sebut pasal janda)
4 - Suria Amanda (yg nak kahwin tahun depan katanya)
5 - Azhafizah MH (yg gambar2 fotografi dalam blognya yg ohsem)
6 - norhidana (yg hari2 update blog dan wordless wednesday)
7 - nohas (cikkak bukit tapi ga ada cerita pasal bukit)
8 - fzy fuzzy (yg pernah jumpa sekali di alam bunian)
9 - anamizu (yg ada gambar anime jepun sahaja)
10 - Ujie Othman (yg merantau ke PP)

Bersambung...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to zoom in the trail (Gambir Jakarta to Malang by car).


IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.