![]() |
| Greens on the pathway @2022 |
Rabu, 9 November 2022.
Siang tadi rakan2 bertiga baru tiba dari KLIA.
Dari bandara CGK terus ke kantor kami.
Wak dengan mgr AYU pun ikut sekali.
Langsung terus ke kost baharu lah sangat.
Selasa, 8 November 2022.
Malam selepas solat Isyak.
Wak pun berlarian ke kost yg baharu di Jalan Panglima Polim.
Bawa kesemua barang2.
Konon mahu terus pindah dari kost yg wak pernah inap 3 bulan.
Atas perintah urusan seri baginda.
![]() |
| My laundry in a blue trash plastic bag @2022 |
Senin, 7 November 2022.
Sebenarnya esok sudah hari terakhir menginap di kost ini.
Esok wak akan berpindah ke kost di Blok M.
Kelmarin, kak Milla ada bertanya.
"Kenapa kok kamu harus pindah?"
"Deket dengan kantor ya buk."
Padahal kalau diikutkan sama sahaja jaraknya ke kantor.
Tapi antara sebab musabab utama ialah masalah pencucian pakaian (laundry).
Walaupun nampak remeh tapi kak Milla tidak boleh uruskan dgn baik.
Cerita lalat lain.
Tengahari wak sudah berlarian ke kantin PLN.
Makan nasi ayam penyet di gerai 3.
Tauhu goreng tiada, dan tempe goreng dia adalah mendoan.
Dan ibuk gerai 3 masih ingat tentang duit baki kelmarin.
Ibuk gerai 3 pulangkan 2rb sahaja.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
![]() |
| Peron Skycafe at Yello Hotel @2022 |
Ahad, 6 November 2022.
Pagi tadi sudah merayau ke monumen Pancasila Sakti itu.
Ini adalah entri kedua hari ini.
Petang tadi dari kost wak jalan kaki ke halte Kementerian PUPR berdekatan.
Wak naik bis nomor 1N dan turun di halte Dukuh Atas.
Tapi jambatan rentas ke seberang jalan sudah tiada.
Kena ke halte Dukuh Atas yg satu lagi berdekatan terminal BNI City.
Tanya dengan bapak cleaner baju oren.
Bapak suruh tunggu di tepi jalan.
Atau jalan kaki ke halte seterusnya, Tosari.
![]() |
| I am still trying to understand this ad @2022 |
Sabtu, 5 November 2022.
Ini adalah entri kedua wak dalam blog wak yg ini untuk hari ini. Harap fyp.
Pagi tadi sudah ke makam Mbah Priok di Tanjung Priok.
Petang tadi balik dari jalan2 di Tanjung Priok.
Lepak didalam bilik kost dan terlelap seketika.
![]() |
| A trishaw parking on the Transjakarta bus stop @2022 |
Sabtu, 5 November 2022.
Pagi tadi wak sudah berlarian ke Tanjung Priok menaiki bis Transjakarta sahaja.
Ini adalah kali kedua wak sampai ke terminal Tanjung Priok.
Tidak seperti dahulu wak naik bis ke Kota Tua.
Hari ini wak tukar bis di halte Harmoni Sentral.
![]() |
| Asean MRT Station @2022 |
Jumaat, 4 November 2022.
Disclaimer. Ini entri minggu lepas ya kawan2. Harakmaklong.
Tengahari wak sudah berlarian ke Cilandak Barat.
Dari kantor wak jalan kaki ke stasiun MRT Asean.
Turun di MRT Fatmawati. 3,5rb (rm1)
Wak pesan Grabbike ke masjid cina Babah Alun Desari. 11,5rb (rm3.50)
Terletak berdekatan Kebun Binatang (Zoo) Ragunan yg wak pernah lawati.
![]() |
| Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see far-sight and near-sight. |
Rabu, 2 Oktober 2022.
Tengahari wak sudah berlarian ke Blok M Plaza.
Makan di restoran Imperial Kitchen & Dim Sum.
Wak pesan kue tiaw dan green tea dalam teko.
Rasanya mestilah mantap.
Tapi rasa pedasnya tak boleh dibawa berbincang.
Dibawah ini wak tunjukkan gambar kue tiaw indonn.
Ini bukan kuetiaw tepi longkang Jalan Hang Jebat kelmarin ya kawan2.
Kihkih2
Sebelum itu, ada demo di depan mahkamah agung.
Kumpulan rakyat dari Papua.
Kelmarin ada juga demo di tempat sama.
Kes penangkapan Alvin Lim angkara korupsi.
Cerita lain.
Wak sudah pesan mesin basuh Toshiba 10kg atas talian. rm1183
Kerana mesin basuh yg lama sudah tidak berfungsi lagi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Selasa, 1 November 2022.
Pagi2 tadi dari kost wak jalan kaki ke Maybank berdekatan.
Sejauh 1.2km.
Arah bertentangan ke kantor.