Going to Kebayoran Baru @2022 |
Rabu, 19 Oktober 2022.
Jakarta Selatan, Pulau Jawa, Indonesia.
Esok, rakan2 bertiga itu akan pulang ke gagang.
Berjumpa kaum kerabat masing2 setelah 2 purnama di pulau Jawa ini.
Tengahari kami sudah berlarian ke kedai ole2 Nusa Indah, Kebayoran Baru.
Banyak juga jajan yg mereka beli.
Sehingga terpaksa pinjam duit tunai yg wak bawa.
Setelah berbulan2 di sini.
Wak rasa wak sudah dapat menangani masalah uang tunai di tangan.
Ramai rakan2 wak itu yg bermasalah dengan kad debit dan kad kredit masing2.
Walaupun ada kad Bigpay dsb.
Wak selalu bantu juga.
Tapi wak pun perlukan uang tunai ditangan.
Mahu keluarkan uang selalu di mesin ATM pun dikenakan caj juga.
Makan siang pesanan burger di restoran Carl's Junior didepan kedai ole2 itu.
Itupun terpaksa guna kad kredit wak pula.
Wak oke sahaja.
Harap2 tidaklah kena tunggu 2-3 bulan baru dapat kembali.
======
Petang wak berlarian ke Plaza Blok M.
Hujan turun dengan lebat.
Nasib baik pesanan kereta Gojek senang di terima.
Wak dipaksa keluarkan uang dari mesin ATM CIMB di lantai 4.
Mula2 periksa dalam apps Xe, tukaran ada Rp2juta (RM620) termasuk caj RM12.
Tapi bila sudah dikeluarkan uang, wak periksa dalam apps Maybank2U jadi RM650.
Perbedaan RM30 haruslah ditunaikan segera.
Makan malam wak ialah Beef Original Bento.
Solat maghrib di lantai 8.
Masa nak balik ke kost.
Hujan masih turun.
Mula2 pesan Grabcar.
Tapi kena tunggu agak lama - 16 minit.
Jadi sudah tukar naik teksi Bluebird yg memang dalam antrian itu.
Rupanya amat mudah sangat dan jujur naik teksi Bluebird ini.
Naik terus pasang meter.
Tidak perlu bergaduh pasal harga tambang.
Dan harga tambang lagi murah dari tambang Grabcar tadi.
Blog bukanlah hakmilik kekal.