Apr 13, 2017

HARAPKAN PAGAR, PAGAR PUN TAKLEH HARAP



Tadi malam, penulis telah menemankan anak lanang untuk memperbaharui paspot antarabangsanya. Selepas pulang dari bertugas, penulis pun berlarian ke UTC Kotaraya. Urusan selesai jam 9.15pm.

Pagi tadi, dalam jam 11.00am, anak wedok penulis yang baharu bekerja itu telefon memberitahu dia terpaksa ke pejabat KWSP JB (dekat Wisma Persekutuan) atas arahan jabatan HR untuk mendaftar nama dan mendapatkan nombor akaun baharu. "Kalo x gi skunk, nnti gaji x dpt bah," katanya. Bila sampai, di kaunter pertanyaan dan sedang beratur, ada abam pegawai ini kehulu kehilir bertanya dan cuba membantu pelanggan disitu. Bila diberitahu, abam pegawai kata, "ni tak perlu kaunter, buat kat kiosk saje, sekarang dah online." Penulis dan anak wedok layankan saja. Tapi bila anak wedok mencuba di kiosk sambil abam pegawai berdiri tercegat disebelahnya, adalah 5 minit disitu namun akhirnya sistem ada masalah. Sila ke kaunter juga. OTL. Jadi penulis dan anak wedok pun beraturlah semula untuk mengambil nombor giliran. Nasib baiklah juga tidak ramai orangramai ketika itu.

Bila tiba giliran, abam kaunter pula memberitahu masalah tidak boleh daftar atas line juga. Anak wedok sudah mula panik. Sebab cik HR suruh datang ke kaunter KWSP, tapi kaunter KWSP kata tidak boleh daftar sebab cik HR sudah daftar atas talian. Pening pale kan. Abam kaunter suruh anak wedok beritahu cik HR untuk telefon KWSP. Macam bola sudah jadinya.

Dipendek cerita. Petang semasa dalam perjalanan pulang kerumah dari pejabatnya, anak wedok beritahu bahawa cik HR dipejabatnya sudah telefon pejabat KWSP KL. Nombor akaun tidak diperlukan lagi. "Suka suki dorg je bah, menyusahkan btolla..." rungut anak wedok itu. Penulis nasihatkan supaya bersabar sahaja bahawa semuanya ini adalah pengalaman bekerja dan melayan kerenah birokrasi jabatan kerajaan adalah normal, manalah tahu anak wedok terpaksa lagi ke pejabat KWSP JB itu dimasa akan datang dan sekarang sudah tahu lokasinya dan bagaimana caranya membuat aduan di kaunter. Masa itu mungkin, ayahndanya sudah tiada.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 12, 2017

ANAK KERA DI PULAU DISUSUKAN, ANAK SENDIRI MATI TAK CEBOK



Untuk baca cerita orang suratkhabar sultan: swastakan air kesilapan terbesar Johor, sila hirup di SINI.

Diwarwarkan bahawa air dicatu dikawasan perumahan penulis pada hari Ahad kelmarin. Isnin semalam kembali seperti biasa.

Bila ketempat kerja pagi tadi (Selasa), air tandas ditempat memotong rumput ini tiada lah pula. Anak wedok yang bekerja di syarikat bersebelahan pun mengadu tiada air disana. Rasanya satu kawasan perindustrian Pasir Gudang tidak kedapatan air. Aduhai. Sikit lagi penulis hendak ke seberang tambak untuk bersiram dan membeli sebongkah berlian. Jadi, tengahari tadi, penulis dan anak wedok pun pulang kerumah untuk menggunakan tandas dengan jayanya.

Nota gambiran lalat. Nyalaan api diatas yang penulis lihat setiap hari adalah kepunyaan Lotte Chemical Titan Pasir Gudang yang sedang meradang panas dan membara ganas.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Apr 11, 2017

GAMBAR KLASIK UNTUK MASA DEPAN

"Jodoh, mali mali ..."

Luka lama berdarah kembali,
luka yang baharu nak letak kat mana uooolss ...

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Framed old photo of Julie's wedding, circa 2011.


"Doa pendekat jodoh"


Apr 10, 2017

SULTAN MELAKA FANS: MELAKA UNITED MAIN MACAM BIAWAK

Visitors fans. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Itu lagu dari penyokong tim Melaka United sendiri yang kecewa ketika ketinggalan 0 - 4 kepada tim JDT tadi malam di Stadium Larkin JB.

Penulis teringat dahulu, rakan penulis, abang Long (bukan nama sebenar), ketika baru dapat kahwin isteri muda orang Melaka yang jelita dan rupawan. Pagi2 malam pertama, mak mertua tegur sebab lambat bangun pagi, "hawau, ingatkan orgtua nih dah MAMPUS agaknya." Haha, sibbaik abang Long tak kena sakit jantung.

Orang Melaka memey sopan santun kan.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

A little fan. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.


Me and aDm. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 1 by  Gabi Guerra (22), 6th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 2 by Safiq Rahim (8), 17th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.


Goal no. 3 by Amirulhadi Zainal (5), 22nd min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 4 by Gonzalo Cabrera (11), 33th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 5 by Azammuddin Akil (2), 46th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



Goal no. 6 by Safiq Rahim (8), 58th min. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.



The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Goal no. 7 by Safiq Rahim (8), 87th min, penalty. The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.









The Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos Stadium, also simply known as Larkin Stadium, is a multi-purpose stadium in Larkin, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

Updated. Video penyokong keji Ini Semua Memang Sial (Hanjing) di SINI.

Apr 9, 2017

ASSALAMUALAIKUM USTAZAH DAN KARIPAP KAMBING PALING SEDAP DAN ROTI OVEN TRADISIONAL DI SALAHUDDIN BAKERY JALAN DHOBY JB

Sila goyangkan inul untuk lihat gambiran lama 2014 & 2015. Lokasi: SJK Cina Nam Heng Masai Johor Malaysia.

Ahad pagi sudah berlarian ke sekolah cina anak lanang bocah cilik untuk mengambil buku penyata (baca, report book).

Untuk baca SCHOOL REPORT CARD COLLECTION DAY 2015, sila menconteng di SINI.
Untuk baca 南兴国民型华文小学 SJK (C) NAM HENG 2014, sila salin di SINI.

Tengahari sempat lagi berlarian ke Jalan Dhoby JB kerana isteri penulis (yang itu) sudah seminggu bergulingan hendak membeli roti buku oven tradisional dan karipap kambing paling sedap dan fofuler di Salahuddin Bakery. Penulis layankan sahaja. Terimakasih kepada blog Knizam | Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery | 1937 | Jalan Dhoby | Johor Bahru | Johor Darul Takzim | Malaysia. Kedai roti yang buruk dan klasik, tapi pelanggan memanglah ramai keluar masuk.



Usai beli roti yang isteri penulis idamkan, singgah makan tengahari di kedai mamak bersebelahan. Usai makan, tiba-tiba anak lanang bocah cilik ada bercerita yang dia kena buli di sekolah agamanya. Penulis pun apa lagi, berlarian lah pula di sebelah petang ke sekolah agama. Nasib baiklah ustazah kelas anak lanang bocah cilik itu muda, cantik dan jelita dan bertudung labuh pula. Maka sejuklah sedikit hati penulis.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Alisah and Hidayah (left or right?), his girlfriends and classmates of 2017, SJK Cina Nam Heng Masai Johor Malaysia.

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Karipap Kambing Paling Sedap & Roti Buku Oven Tradisional di Salahuddin Bakery, No. 26, Jalan Dhoby, Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia

Google maps location (jangan cakap wak tak payung) :

JOM ASAH SENJATA KE STADIUM ESOK MALAM



Minggu lepas, semasa tunggu sebelum masuk menonton wayang di Todays Market itu, penulis mengajak anak lanang penulis itu untuk ke stadium larkin. Tidak sampai 13 minit, anak lanang kata dia sudah tempah tiket. Tidak perlu lagi beratur berhimpit-himpit bertolak-tolak takut tidak dapat tiket. Bolasepak Johor sudah maju kan?

Pagi tadi, anak lanang sudah ambil tiket di stadium.



Esok malam bolehlah penulis menembak-nembak perlawanan bolasepak setelah berpuluh-puluh tahun tidak menjejakkan kaki ke stadium Larkin itu. Kamera Nikon lama penulis yang berzoom tinggi itu pun sudah bersawang dan berhabuk pula.

Jumpa kawan-kawan disana disana. Majulah sukan untuk FAM, erkk!

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Apr 8, 2017

SHOULD YOU LET YOUR LITTLE BOY WIN AT SCRABBLE

Just let him win.

Untuk baca birthday gift idea for 10 year old boy, sila kutip di SINI.

Sahibba adalah permainan dalam pintu (baca, indoor game) seperti Scrabble®.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

LEMPENG ANAK DARA & SHELLOUT MAK ETON

aTi with her Double Mcmuffin set.

Untuk baca entri Big Big Girl with a Big Big Breakfast hari Jumaat lepas, sila gostan di SINI.

Jumaat pagi tadi sebelum berlarian ke tempat bertugas, penulis dan anak wedok bersarapan di restoran makanan segera itu. Isteri penulis (yang itu) sudah pun berlarian ke tempat kerja beliau terlebih dahulu. Biarkan biarkan.

Tengahari, ada rakan penulis mengajak mencuba makanan laut Shellout di Kampung Pasir Putih. Dulu pernah datang ke sini, tetapi tutup lah pula. Ini adalah pertama kali dan terakhir penulis mencuba makanan Shellout. Baca, the first and the last ghiteww.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Hotcakes set.

First and last time trying Shellout Mak Eton Kampung Pasir Putih - not as I expected it. Sorry ;(

Apr 7, 2017

WAHAI CIK ADIK JANGAN MARAH SANGAT

Suka hati saya lah nak Sentap lama mana pun...

Amvoiii. Amvoiii. Amvoiii.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Siapa yang pedas, sebab dia makan cili ye...

Apr 5, 2017

CADBURY YANG HALAL & LANGIT YANG TINGGI



Pagi tadi dapat cokelat Cadbury (dll) dari rakan sekerja penulis yang baru pulang bercuti jalan-jalan ke Langkawi.

Hari ini pun panas hingga ke petang. ;)

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.