|
This is the hospital cloth that my sister was wearing on the ICU bed. Warning: this is a restored image may not as sharp as you would like to see. OTL |
Hari Ahad yang biasa-biasa.
Tengahari tadi penulis bersama
anak lanang remaja itu sudah berlarian ke
pusat bandaraya. Isteri penulis (yang itu) tidak ikut sebab ada
temujanji dandanan rambut katanya.
Pertama, penulis tunjukkan jalan ke
pusat servis Perodua Plentong untuk anak lanang hantar
cikBibah pepel esoknya.
Kedua, penulis
menziarah kakak penulis yang masuk ke
wad ICU semalam kerana
serangan jantung pula. Cerita
mirikel sila meroyan di
BAWAH.
Ketiga, penulis singgah di
pusat belibelah yang
hidup segan mati tak mahu itu untuk mengambil
hardisk luaran (baca,
external hardisk) yang baharu sebagai
pengganti lama yang
rosak dan masih dalam
waranti.
Keempat, makan tengahari
nasi ayam penyet di
LC Catering Jalan Tebrau sahaja.
Untuk baca
waktu lawatan Hospital Sultanah Aminah yang patut kau tahu, sila injek di
SINI.
Pasal tajuk adalah berkenaan pasal lawatan penulis ke wad ICU tingkat satu di hospital Sultanah Aminah JB. Bila sudah sampai dikatil kakak penulis, kelihatan dua orang misi (baca,
nurses atau jururawat) sedang berbual dalam bahasa yang penulis tidak faham. Punyalah khusuk mereka berdua berbual pasal kerja dan cara penggunaan alatan hospital agaknya sehingga penulis terpaksa menyampuk kerana ingin bertanya perihal keadaan kakak penulis. Misi yang jaga cakap, "
wak ni sapa?" Penulis beritahu bahawa penulis adiknya. "
Ahh, doktor boleh bagitahu situasi dan kondisi kakak wak ni pada suami dan anak2 dia saja," kata misi itu. Penulis beritahu suami dan anak2 kakak akan tiba sebelah petang. Kemudian penulis berdiri sekejap sebelah katil kakak yang agak uzur dan tidak boleh berkata-kata. Penulis tangkaplah gambar, tetapi tiba-tiba misi itu herdik belakang penulis, "
wak kene padam gambar depan saya sekarang jugak!" Wak kata wak tak ambil gambar lagi, tapi misi tak percaya, membebel sebelah penulis, "
wak tunjukkan galeri henpon wak saya nak tengok sekarang! Kita tak mau nnti ade aduan dan saman pasal gambar2 mcm nih!" Akhirnya penulis akur dan terpaksa tunjukkan juga gambar-gambar dalam henpon cap aiYam penulis dan padamkan gambar-gambar kakak penulis barulah misi itu berpuas hati dan terus pergi ke katil hujung disana. Geramlah juga hati penulis. "
P*ndalela lah misi!," kata penulis dalam hati sahaja.
Selepas mengucapkan selamat tinggal pada kakak penulis yang lumpuh dan tidak boleh berkata apa2 itu, penulis berjalanlah ke parkir kereta dan tanya anak lanang penulis. "
Senang je bah," katanya dan seterusnya menunjukkan cara-cara nak dapatkan semula gambar-gambar dalam folder gambar yang baru dipadam dalam henpon cap aiYam penulis ini. Kacang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.