Feb 5, 2017
SUAMIKU BEKAS PEMANDU UBER
Tajuk bukanlah TELENOVELA.
Semalam tengahari, dari tempat memotong rumput, penulis terus berlarian ke pusat servis Perodua Taman Cendana. Ini adalah servis pertama kereta baharu cikMaiBee. Meter pun hampir capai 2000 km. Sebenarnya penulis masih fobia untuk menghantar kereta servis disini kerana kejadian yang berlaku pada cikBibah pepel beberapa tahun yang lepas. Tapi pusat servis ini adalah satu-satunya yang dibuka pada hujung minggu.
Olehkerana pembelian cikMaiBee tiada promosi servis, siang-siang lagi apek pomen tu sudah beritahu bahawa kos penyelenggaraan adalah RM188. Aiyah. Ingatkan ada servis percuma tiga kali.
Sementara tunggu cikMaiBee diservis selama sejam, penulis pun memanggil kereta Uber untuk ke pekan koboi Masai. Bila dapat, Uber apps memberitahu pemandu akan tiba 15 minit lagi kerana pemandu terdekat sedang berada di Tanjung Puteri. Penulis tak kisah. Tapi bila pemandu itu, bro Malim (bukan nama sebenar), telefon penulis memberitahu akan tunggu di stesen Petron diseberang jalan saja untuk mengguna mesin ATM. Tetapi setelah beberapa lama menunggu berbaris di mesin ATM dibelakang 5 orang, penulis terpaksa batalkan kerana lambat. Bila keluar saja dari kedai Petron, pemandu Uber barulah tiba dengan kereta Persona. Didalam kereta, bro Malim agak peramah orangnya dan kami berbual-bual sehingga ke destinasi di depan pejabat pos Masai. "Sekarang saya keje di Johor Port lah wak, ni keje part time saja," katanya. "Uber lebih baik berbanding Grab walaupun tambang Grab lebih mahal. Penumpang Uber tak putus2 ya wak, tapi kalau dapat penumpang Grab memey lebih lumayan dan hebat," bro Malim beriya2 bercerita.
Usai membeli barang2 di kedai Sukan dan kotak catur untuk anak lanang penulis, penulis memanggil kereta Uber sekali lagi untuk pulang ke bengkel Perodua tadi. Pada mulanya penulis lihat dalam apps, pemandu akan tiba dalam masa 5 minit. Bila pemandu telefon, penulis cadangkan supaya menunggu di pejabat pos Masai ditepi jalan besar, tetapi JASMEN (bukan nama sebenar) beritahu akan ikut gps. Lantaklah kau minah. Tetapi beberapa minit kemudian penulis lihat ketibaan pemandu menjadi 9 minit. Mungkin pemandu tersesat jalan agaknya. Penulis tak kisah dan tunggu sahaja. Bila hampir tiba, Jasme telefon, "saya kat depan pejabat pos nih, wak dimana?" Aiyah, bukankah tadi penulis sudah menawarkan diri untuk tunggu didepan pejabat pos itu? Didalam kereta, kami tidak berbual pada mulanya. Selepas 6 minit, penulis cuba memecah ais dan Jasmen membalas berbual dengan ramah juga. Olehkerana kereta Proton Saga FLX plat KL yang diguna, Jasmen memandu di JB kerana beliau kerja di Singapura. "Sekarang saya drive part time lah Wak," katanya. Penulis saja bernada pelik dan sinis kerana kerja di Singapura mestilah pendapatan yang agak lumayan. "Sekarang semua mahu dibayarlah wak, hutang piutang saya," keluhnya lagi.
Kedua-dua pemandu Uber telah penulis berikan 5 bintang. Semoga mereka terus maju jaya memandu dan hati-hati dijalanraya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Feb 4, 2017
ADAT TURUN KE BENDANG
Feb 3, 2017
BUKAN SALAH ABAM POSMEN LETAK SURAT DAN POSKAD DI CELAH PAGAR
Petang tadi, bila tiba penulis di rumah kelihatan sekelompok surat2 dan poskad2 penulis yang diikat dengan gelang getah telah diletak di celah pintu pagar. Nasib baik jugalah hujan gerimis, bukan hujan banjir yang baru turun. Sebenarnya bukan salah abam posmen tidak meletakkan surat di dalam peti surat di tembok rumah penulis yang ini, tetapi kerana kereta cikBibah pepel penulis masih parkir sejak semalam menghalang diluar pagar.
Pautan lalat tentang poskad untuk hari ini, sila bergolek2 ke SINI.
#abamposmenxsalah
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Mouse hover technique. |
Feb 2, 2017
SIKIT SIKIT LAMA LAMA HABIS
Dua minggu lepas penulis pernah beli rempeyek wak tunot yang dahsyat itu ke pejabat tempat penulis memotong rumput ini. Rempeyek telah penulis beli di Mydin Taman Rinting. 3 balang sahaja, satu balang penulis tinggalkan di rumah, satu balang penulis bawa ke dalam kabin dipejabat, dan satu balang lagi penulis tinggalkan di pantri pejabat utama. Belum sampai petang, kedua-dua balang pun sudah tinggal habuk. Alhamdulillah.
Semalam pun penulis beli lagi 3 balang rempeyek yang sama.
Cerita lain lalat. Malam tadi sempat lagi penulis berlarian dengan anak lanang bocah cilik dan kakaknya bermain bowling di kompleks pusat bandar. Main dua pusingan sahaja pun penulis sudah sakit pinggang.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dan satu bonus klip video.
Feb 1, 2017
PENGALAMAN MEMBELI KERETA PERODUA MYVI ADVANCE 1.5 BAHARU, PART TRAVEL
"Ahmoi pun tada cuti raya maa?" Ahmoi is fixing by gluing the fell off plat number. The damage is RM3. |
Untuk baca entri sebelum ini tentang pengalaman membeli kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu, sila ketik di SINI. Dan cerita nak beli kereta pun perlukan surat masuk Islam, sila terajang di SANA.
Untuk baca pengembaraan cikMaibee Dimana Mencari Poskad di Alor Setar, sila golek di SINI. Dan entri Corcodyliphobia, sila gigit di SANA.
Pengalaman penulis yang ringkas ketika memandu kereta cikMaiBee baharu dibeli beberapa hari yang lepas. Pemanduan sejauh 800km lebih, pergi dan balik.
1. Tangki minyak petrol yang kecil, isi ron95 sebanyak rm50 pun sudah penuh dan dapat berlarian sejauh rm400.
2. Steering yang ringan, tapi bukan power steering. "Power pakai elektrik, takde minyak steering lagi wak," kata jurujual di Perodua Plentong tempohari.
3. Tidak kedap udara, bunyi yang bising. Tidak dengar percakapan orang yang duduk dibelakang.
4. Kamera undur belakang yang ohsem siap dengan penanda hijau kuning dan merah ketika memarkir kereta.
5. Tempat letak cawan air yang banyak, dipintu kiri pemandu, dipintu kiri penumpang, ditengah-tengah depan dan belakang.
6. Panduan GPS Perodua yang tidak berapa dahsyat. Tetapi ada amaran kalau melebihi halaju. Boleh digunakan untuk mencari arah destinasi walaupun kereta sedang bergerak laju.
7. Ada pemain DVD yang hampeh. Hanya boleh bermain DVD ketika kereta berhenti dan ditarik brek tangan. Lebih baik tiada.
8. Nombor plat pendaftaran kereta dihadapan tertanggal satu digit, entah jatuh dimana. Dijamin tidak kena saman ekor.
9. Penyaman udara yang tidak berapa nak sejuk di tengahari yang panas terik.
10. Ketika GPS digunakan, tidak ada penanda waktu di skrin utama atau di dashboard pemandu. Terpaksa tekan butang rumah atau radio untuk lihat jam pukul berapa.
11. Ada penunjuk baki jarak untuk mengisi minyak. Tetapi kadang-kadang penulis tidak perasan dan pernah terpaksa keluar dari lebuhraya berdekatan persimpangan Labu mencari stesen minyak Petronas.
12. Sarung kulit leather steering juga tidak selesa tangan penulis memegangnya. Mungkin sebab masih baharu. Gatal-gatal telapak tangan penulis kalau mendapat durian runtuh tidak mengapa juga.
13. Brek cikMaiBee yang tidak berapa dahsyat. Bile tekan pedal brek, cengkaman brek seperti tidak berapa mencengkam.
Malam tadi, penulis sudah singgah di kedai alat-alat tambahan untuk menambah angka "1" yang tertanggal di plat cikMaiBee itu. (Gambar atas.)
Hujung minggu ini pula akan menghantar ciMaiBee untuk diservis bodinya, luar dan dalaman. Odometer pun sudah mencecah 2000 km.
Secara keseluruhan, penulis amatlah berpuas hati dengan mutu keunggulan kereta Perodua Myvi Advance 1.5 Baharu ini. Walaupun kecil, tapi comel, dan stabil dijalanraya. Yang penting, kereta Myvi baharu ini tiada masalah teknikal ketika penulis melenjan dengan memandunya jauh ke utara naa. Alhamdulillah.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 31, 2017
CROCODYLIPHOBIA
Ayuni Hotel on top of PappaRich, Bandar Baru Bangi. |
Dari Alor Setar, tiba di Bandar Baru Bangi pukul 1.33pagi. Tidur di hotel Ayuni yang bajet sudah.
Usai bersarapan di Old Town White Coffee, penulis terus berlarian ke Taman Buaya Ayer Keroh. Pengunjung tidaklah ramai seperti di Zoo Melaka.
Oops hampir terlupa. Penulis sempat lagi keluar dari lebuhraya PLUS di Labu untuk mengisi petrol yang agak jauh ke pendalaman. Tidak mengapa, asalkan tidak terkandas dilebuhraya. Kemudian masuk semula ke lebuhraya dan keluar menjenguk kedai cenderamata di Muzium Negeri Seremban. Tetapi seperti yang penulis jangka, buah cempedak memang dah jadi nangka, kedai belum dibuka walaupun jam sudah menunjukkan pukul 10.33 pagi. Untunglah.
Nota lalat. Crocodyliphobia adalah takut pada buaya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Breakfast at Old Town White Coffee, Bandar Baru Bangi. |
Muzium Negeri, Seremban. |
Open Tapi Tak Bukak. Galleria which I used to buy Negeri Sembilan postcards, Muzium Negeri Seremban. |
Crocodile show, Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. |
Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. |
Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. |
Mini structures, Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. |
On the green screen. Taman Buaya Ayer Keroh, Melaka. |
Somewhere near Kulai. |
Jan 30, 2017
DIMANA ANDA MENCARI POSKAD DI ALOR SETAR
Jam 7.33am, pagi Ahad penulis sudah berlarian ke Jalan Gunung Keriang yang agak jauh dari kota mencari sarapan. Gara-gara mengikut entri blogger pernah mencuba sarapan sedap disini. Penulis tiba di restoran Roti Doll Mee Shiam yang popular itu walaupun indah khabar dari rupa. Rupa-rupanya hanyalah kedai mamak yang biasa-biasa. Layan sahajalah, yang penting isteri penulis tidak meroyan.
Jam 9.30am, sudah mengambil anak lanang di Kolej Mara Kuala Nerang.
Jam 10.40am, tiba dan melawat Muzium Padi. Kedai cenderamata yang baru ditukar pengurusan tidak menjual poskad. "Kami jual kraftangan je wak," kata abam tuan punya kedai itu.
Jam 12.51pm, tiba dan melawat Muzium Negeri. Tiada kedai cenderamata, dan poskad tidak dijual disini.
Jam 1.21pm, tiba di pusat beli belah Aman Central. Makan di restoran Sushi King sudah.
Jam 3.33pm, balik ke hotel bajet (Hijrah), lepak dan istirehat.
Jam 4.14pm, periksa keluar (check out) walaupun penulis bayar sehingga esoknya. Penulis terus ke pekan Kuala Nerang untuk menghantar anak lanang bergunting di belakang restoran KFC.
Jam 6.06pm, dari asrama kolej Kuala Nerang, penulis terus berlarian ke Lapangan Terbang Kepala Batas. Nasib baiklah juga ada kedi cenderahati disitu dan ada menjual poskad. Tapi bukanlah poskad negeri Kedah seperti yang penulis cari. "Lima keping empat hinggit wak," kata ahkak kaunter. Penulis beli 25 keping sudah.
Kemudian penulis terus pulang ke Bangi dimalam hari yang sibuk di lebuhraya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Sengkuang calit, Muzium Padi food court. |
The Kedah Paddy Museum is is dedicated to the rice plant, paddy, the world's most important crop. The word "paddy" is derived from the Malay word padi meaning rice plant. The Paddy Museum is big, with an area of 12,000 square meters spread over three floors.The architecture of the building is designed to symbolize bushels of harvested rice stalks. Rice motifs decorate the external facade and are used on railings in the interior. |
Paddy harvester machine, Jalan Kampung Hutan near Gunung Kerian. |
Muzium Negeri Kedah. |
Muzium Negeri Kedah. |
Muzium Negeri Kedah. |
Muzium Negeri Kedah. |
Salmon steak set. Diambil dengan iPhone cap aiYam. Sushi King, Aman Central Shopping plaza. |
Finally, I got the postcards from the Kedah airport, but no Kedah based though. Also known as the Alor Setar Airport, the Sultan Abdul Halim Airport serves Kedah and neighbouring states. |
The postcards belong not to Kedah. Also known as the Alor Setar Airport, the Sultan Abdul Halim Airport serves Kedah and neighbouring states. |
Jan 29, 2017
6 TEMPAT MAKAN POPULAR DAN SEDAP DI ALOR SETAR KEDAH
Pagi Sabtu semalam penulis telah berlarian sebelum subuh jam 5 pagi terus ke Alor Setar, Kedah. Tujuan utama hanyalah untuk menziarah anak lanang yang sedang belajar di Kuala Nerang.
Tiba di Alor Setar dan periksa masuk hotel bajet murahan (Hijrah Hotel) pun sudah jam 4.30 petang. Dua belas jam perjalanan, dengan setiap RnR dipenuhi ramai orangramai seperti ulat taik, tapi tidak mengapa, janji selamat tiba. Alhamdulillah.
Petang pula, bila penulis keluar dan hendak mencari tempat makan, penulis google juga dan dapati ada beberapa tempat makan yang sedap dan popular. Tapi bila penulis cadangkan, isteri penulis (yang itu) bilang anak lanang bocah cilik hendak makan piza. Aiyah. Penulis pada mulanya tidak setuju sebab hendak juga merasa makanan tempatan sedap di sini. Penulis beritahu, anak makan mengikut apa yang emak bapanya makan. Tapi isteri penulis tetap juga hendak makan piza, sambil sebelah kaki menguis-nguis tanah. Gitu. Weh, siapalah tidak sayang bini, tapi ada makcik kan.
Usai makan di restoran piza itu, penulis pun bercadang hendak memanjat Menara Alor Setar, mercu ibu negeri jelapang padi itu. Tapi isteri penulis pula lebih rela duduk didalam kereta Myvi baharu. "Penatlah kanda, malaslah," katanya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...
-
Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...