Jan 10, 2017
TRUE COST OF NOT MAINTAINING YOUR CAR
Tadi sore lepas bertugas memotong rumput, penulis telah menghantar semula cikputih itu ke bengkel ditepi lebuhraya Pasir Gudang itu. Tutup bawahnya telah terlondeh semula walaupun sudah ditukar dengan yang baharu. Gara-gara melanggar monyet yang tidak bersekolah melintas di lebuhraya Plus.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 9, 2017
MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI: PART 2
Salam pagi Senin kengkawan semua-semua lah.
Untuk membaca entri Melayan Kerenah Birokrasi Jabatan Kerajaan Negeri Part 1 sila hentam di SINI.
9.06am, pagi Ahad yang hening, penulis telah berlarian ke Jalan Dhoby untuk mendapatkan chop Pesuruhjaya Sumpah. Sebelum ini penulis hanya mendapatkan perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah di bandar Kulai berdekatan dengan rumah flat murah penulis itu. Tetapi uncle India selalu tidak menepati ikrar janji untuk buka pejabat pada jam 9 pagi tajam.
9.26am, dari Jalan Dhoby, penulis pun terus berlarian ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan dokumen-dokumen permohonan pindah milik. Dipendekkan cerita, setelah disemak oleh cik A (bukan nama sebenar), hanya bil cukai harta sahaja yang penulis tertinggal.
1.11pm, tengahari yang panas terik, penulis berlarian dan tiba di kaunter Majlis Perbandaran Kulai untuk membayar cukai harta terkini.
Dari bandar Kulai, penulis terus berlarian semula ke Pejabat Kerajaan Negeri SUK untuk menyerahkan kesemua dokumen. Sementara tunggu jam 2 petang, penulis ambil nombor giliran dan sempat makan tengahari di kafe disitu. Nasi goreng kampung sudah.
Kaunter dibuka jam 2 petang, tidak lama kemudian tiba giliran penulis. Walaupun ramai orang menunggu, nombor giliran penulis cepat saja dipanggil oleh kerani yang sama, cik A (bukan nama sebenar). Tetapi cik A telah menekan laju dan penulis terpaksa menunggu sementara cik A melayan pelanggan sebelum penulis. Pada mulanya penulis bersabar sahaja, tetapi cik B yang duduk bersebelahan menekan nombor selepas nombor giliran penulis, penulis agak terkilan juga. Urusan cik A dengan pelanggan itu agak lama dan selepas urusan pelanggan cik B selesai, penulis pun bertanya kepada cik B untuk uruskan permohonan urusan. Nasib baiklah cik B faham dan melayan penulis seperti biasa. Tapi ingatkan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Dokumen penulis yang dibawa walaupun sudah lengkap masih tidak boleh diterima kerana permohonan pembatalan tempohari masih belum di kemaskini dalam sistem atas talian (online system) jabatan. Kannina. Penulis mulalah berasa hangat dan hairan kenapa tidak diberitahu bila penulis datang pagi-pagi tadi. Aiyah. Cik A (bukan nama sebenar) memohon maaf kerana kesilapan itu. Dan cik B kemudian masuk ke dalam bilik pejabat sambil membawa surat permohonan yang sudahpun disahkan kelmarin. 5 minit kemudian cik B keluar dan memberitahu, "orang yang incharge cuti lah wak, m
2.33pm, penulis pulang dengan rasa kuchiva.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 8, 2017
JEM DAN KAYA
Jan 7, 2017
THIS IS WHY I AM FAT
Jan 6, 2017
WHAT TO DO IF YOUR CAR BREAKS DOWN ON THE ROAD - FOR DUMMIES
The last car. |
Selepas sarapan lontong masai, penulis pun berlarian ke tempat tugasan memotong rumput.
Tiba-tiba isteri penulis (yang itu) menelefon dan berkata dia terlibat dalam kemalangan. Habislah cikbibah pepel itu - siapalah tak sayang bini, tapi ada mkcik kann, kanns. Lalu penulis pun terus ke tempat kejadian tersebut. Lima buah kereta sedang bercium bontot ke bontot, pipi ke pipi. Aduhai.
Penulis telefon balai polis masai. Balai polis telefon balik penulis.
Abang ahKuang trak tunda pun tiba, kata balai polis yang suruh datang.
Dua kereta boleh dipandu terus ke balai polis trafik seri alam.
Tiga kereta terpaksa ditunda.
Buat laporan polis. Tunggu sarjan yang tidak dapat dihubungi untuk buat siasatan.
Ahkak polis suruh balik dulu tapi kene hubungi sarjan dalamasa 24 jam.
Nota lalat. Sebenarnya penulis ingin bercerita pasal melayan kerenah birokrasi balai polis trafik juga. Dengan arahan tidak boleh membawa kereta ke dalam kawasan parkir balai walaupun ruang parkir punyalah besar semedang. "Wak bukan pegawai penyiasat kan? Wak kene parking kat luar tepi longkang, tapi jangan parkir kat line double kuning ya," perintah abam polis penjaga pintu masuk yang sedang pegang senapang m16 itu. Begitu juga dgn sarjan yang bertugas tak dapat dihubungi itu walaupun sudah hampir sejam menunggu, "mukin sedang naik motor, mukin tengah dalam dewan bicara mahkamah ada kes, dia off tefon," kata ahkak polis kaunter. "Mukin sarjan dah kene langgar lori masa naik motor tu," getus penulis dalam hati sahaja.
Abang ahKuang tunda trak ikut saja kemana kami pergi sebab berharap kereta yang rosak akan masuk ke bengkelnya.
Isteri penulis (yang itu) kehilangan iphone nya juga semasa sibuk panik kehulu kehilir tadi. Salah letak dimana kemana.
Malamnya, bila penulis bertanya kepada isteri (yang itu), beliau pun memberitahu yang abang ahKuang trak tunda akan kawtim dan minum kopi dengan sarjan polis pasal kes kemalangan itu pada malam ini juga. Good lah.
Nota lalat lain. Tajuk entri penulis sengaja tukar dari "kancil tersepit ditengah-tengah" ya.
Nota lalat lain lagi. Sebenarnya baharu minggu lepas isteri penulis (yang itu) sibuk bercerita dan berkeinginan untuk membeli kereta myvi yang baharu. Memang betullah kata orang, sehinggakan kereta viva itupun sudah pandai merajuk pula seperti meminta-meminta disondol. Kann.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
The fourth car. |
The culprit is the old proton saga which engine suddenly died and stopped in the middle of the Pasir Gudang highway. |
Are you looking at me? |
Lanun Johor - the pirates. |
Kancil yang tersepit ditengah-tengah. |
Jan 4, 2017
SELAMAT PAGI MASAI
Masai this morning. |
Sarapan lontong biasa pagi tadi di restoran Zarahman Masai.
Tengahari ke BSN Bukit Dahlia untuk menebus Sijil Simpanan Premium (SSP). Setelah diperiksa dikaunter, tiadalah lagi sijil-sijil SSP atas nama penulis yang menang cabutan bertuah rm1 juta. "Rejeki Wak takde lagi lah," kata cik adik manis kaunter yang bila senyum nampaklah gigi taringnya yang berlapis.
Dan bibik penulis akan kembali ke pulau Jawa minggu hadapan dan langsung ke Timur Leste. Mungkin tiada lagi bibik lain untuk menjaga rumah dan anak lanang bocah cilik selepas ini.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 3, 2017
CAT MAY YAWN DUE TO BOREDOM
Hari ini (Isnin) hari cuti bertugas memotong rumput sempena Tahun Baharu 2017. Tetapi di negeri JDT yang aman damai sejahtera sentosa senantiasa ini, rakyatnya mula bersekolah sejak semalam (Ahad) kerana tiada cuti umum.
Sempatlah juga, penulis menghantar anak lanang bocah cilik ke sekolah agamanya. Juga, penulis sempat mengirimkan dokumen peguam menggunakan poslaju. Tetapi oleh kerana tiba di pejabat pos Tesco Seri Alam, jam pun sudah pukul 4.04 petang, jadi ahkak kaunter bilang, "kami hantar paket wak ni esok saja lah ya." Penulis angguk angguk saja.
Nota lalat. Gambar kucing Leo dalam entri ini penulis tangkap menggunakan kamera dalam aiPhone cap aiYam penulis ya. Bukan rakaman video. Dan, harap-harap tiadalah pembaca yang menguap kerana membaca entri penulis yang hambar dan biasa-biasa sahaja ini. Link: the day we bought the kitty (5/3/16) ten months ago.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 2, 2017
MELAYAN KERENAH BIROKRASI JABATAN KERAJAAN NEGERI
Semalam ditengahari yang panas tapi mendung seperti mahu turunnya hujan, pembeli rumah flat murah itu menelefon selepas penulis menghantar anak lanang bocah cilik penulis ke sekolah agamanya. Pembeli sudah pening dan panik sebab surat pembatalan pindah milik rumah tersebut masih belum dilepaskan oleh jabatan perumahan negeri di nusajaya. Sepatutnya surat tersebut sudah diterima 2 minggu lepas, tetapi sekarang sudah masuk 3 minggu masih lagi berada diawang-awangan. Pembeli sudahpun menelefon pejabat tersebut tetapi ahkak yang bertanggungjawab masih belum naik bercuti sejak cuti Krismas lagi. Dipendekkan cerita, penulis pun berlarian ke SUK Nusajaya dan masuk ke pejabat dengan tenang. Bila sudah tiba didalam bilik gelas itu, abang pegawai (baju batik dan beruban) pun tidak tahu menahu tentang surat itu dan memberitahu ahkak yang bertanggungjawab baru saja naik dari bercuti. Jadi, penulis pun tunggulah disitu kehulu kehilir menanti ahkak yang menghilang entah kemana. "Mungkin sedang lena tidur disurau agaknya," getus hati penulis yang bersangka baik-baik belaka. 23 minit kemudian, penulis datang kembali ke bilik gelas yang sama, masih tiada bayangan ahkak yang MIA itu, tetapi ada abang sorang lagi (baju batik dan agak muda) sedang melayan anak lanangnya yang masih kecil bermain komputer pejabat yang akhirnya menjumpai surat pembatalan hakmilik dan segera menyerahkannya kepada penulis. Penulis amatlah berasa gumbira. Walaupun begitu, urusan permohonan pindahmilik yang baharu belum lagi bermula. Dan nampaknya penulis akan sering kembali ke pejabat yang sama melayan kerenah orang-orang yang sama untuk 6 bulan mendatang. Aduhai.
Cerita lain lalat. Petang pula, penulis terpaksa menguruskan borang-borang dari 2 orang anak penulis yang baru memulakan sessi persekolahan itu. Dan penulis terpaksa ke kedai fotostat untuk menyalin kad pengenalan yang berkenan. Alhamdulillah, urusan penyalinan fotostat selesai juga. Sebelum pulang, penulis dan anak lanang bocah cilik singgah mengeteh di kedai mamak bersebelahan. Dan sempat juga penulis membeli cd lanun terbaharu bertajuk "Moana" dan "Doctor Strange" yang "gambarnya belum jelas lah wak," kata uncle penjual cd haramjadah itu.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Jan 1, 2017
PANTUN MINYAK PETROL NAIK
Petron Jalan Tasik |
Salam pagi Ahad. Hari ini sudah tahun baharu. Selamat tahun baharu lah.
Semalam penulis sudah terlupa hendak mengisi minyak walaupun penulis diberitahu bahawa harga minyak akan naik 40 sen. Aiyah.
Hari ini terpaksalah penulis mengisi minyak juga. Nasib baik naik 20 sen walaupun harga minyak mentah seantero dunia semakin naik melebihi paras 50 US dollar setong. Dan bila penulis mengisi sebanyak 38 liter minyak ron95, selepas dikira2, penulis kerugian rm7.60 sahaja. Padan muka penulis.
Berakit-rakit ke hulu,
Berenang-renang ke tepian,
Minyak RON97 naik dahulu,
Minyak RON95 naik kemudian.
Cerita lain lalat. Pagi-pagi tadi selepas menghantar anak wedok ke sekolah menengahnya, penulis bertanyalah dengan isteri (yang itu) samada beliau hendak membuat sarapan atau pun tidak. Kalau tidak, penulis hendak keluar bersarapan di kedai mamak sahaja. "Kanda keluar lah!" titah permaisuri itu yang masih terbongkang diperaduannya sambil menekan-nekan skrin Samsung S7 edge yang masih baharu dibelinya.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Tasik Curry House, alone matcham biasa. |
Dec 31, 2016
SELEPAS 16 TAHUN TINGGAL BERJAUHAN, MALAM JUMAAT BUKANLAH MALAM YANG DINANTI-NANTIKAN
Salam pagi Sabtu ya kengkawan penulis semua lah. Hari ini sudah tiba ke penghujung tahun 2016.
Semalam hari Jumaat ya. Tiada yang menarik untuk diceritakan. Penulis ingin kuatkan semangat untuk mengemaskini blog penulis yang biasa-biasa ini.
Jumpa kengkawan ditahun hadapan ya. Amin ya robbal alamin.
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Dec 29, 2016
ALL THE WEEKEND HUSBANDS OUTING
Selera Seafood Senibong (SSS), Permas, Johor Bahru. |
Assalamualaikum kengkawan penulis semua-semua lah.
Semalam, syarikat memberitahu kontrak "memotong rumput" penulis ditempat yang baharu ini akan disambung tiga purnama lagi. Alhamdulillah, bercukur sahaja kan.
Malam tadi, bos telah bermurah hati membelanja penulis dan rakan rakan setugas yang lain ke tempat makan makanan laut Senibong Seafood yang popular itu. Penulis layan sahaja. Tujuan utama bermakan malam ini hanyalah untuk meraikan pekerja baharu dan menyatakan terimakasih kepada pekerja lama yang bakal meninggalkan jabatan untuk "memotong rumput" dipadang yang lebih menghijau. Kata orang kampung penulis, "looking for greener pastures."
Menu biasa: siakap goreng biasa, udang masak butter, ketam sambal telor bawah, sotong goreng tepong, lala, kupang sambal, sup sayur. Air limau ais dan sirap bandung.
Menu luarbiasa: teh tarik potong kaki.
Cerita nan lepas: 6 CORNER SENIBONG (21/8/15).
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Diambil dengan aiPhone cap aiYam |
Nota lalat:
Subscribe to:
Posts (Atom)
IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.
-
Please hover your mouse (or click if you use smartphone) to see Now and Then of me. Minggu, 30 Oktober 2022. Prelude: Kenapa Harus S...