Ini bukan tag atau GA atau Blogs Review.
Bulan ini, setiap hari Khamis dan Isnin penulis akan buat satu entri istimewa untuk kengkawan yg best-best itu. Penulis akan temubual rakan blogger untuk Top Commentator bulan September 2015 yg jauh dan dekat, yg selalu sudi singgah-singgah, jenguk-jenguk dan komen-komen blog penulis yang biasa-biasa ini.
Tanpa membuang masa, untuk hari Isnin hari pertama kita bertugas ini, kita tengok siapa yg kena. Tidak lain dan tidak bukan ialah cik JM yg jelita yg punya blog ‘
Jari Manis: Travel List‘ lah pula. Cik JM adalah blogger kedua yang penulis temuramah untuk segmen ini. JM or Jari Manis adalah nama PENA katanya ehehe. Hobi JM adalah travel, kalau boleh semua tempat dia nak explore but money is her constraint. JM juga minat baca blog travel dan kongsi pengalaman dengan blogger yang lain and at the same time she can get more friends. I'm still learning how to publish a creative blog, katanya. Jom kawan-kawan, kita layan.
Q1. Cik JM yang jelita ini sekarang bekerja sebagai apa?- Tak nak jawab soalan ni boleh..ia terlalu sensitif to me
Q2. Berapa lama cik JM sudah berblog?- Sejak tahun 2012 so hampir 3 tahun
Q3. Kenapa cik JM mulakan blog? Dan kenapa masih memblog?- JM mula travel ke Beijing ada tahun 2010, travel dengan agent. Sejak dari tu timbul minat untuk travel ke negara-negara lain. Dulu memang tak pandai ber blog dan tak pernah baca blog. Ada kawan sama study dia create blog then JM mula belajar dari beliau dengan tujuan untuk semadikan kenangan semua destinasi yang JM telah pergi dan pada masa yang sama untuk berkongsi info, tips travel kepada rakan reader terutama yang minat travel
Q4. Cik JM pernah terfikir untuk berhenti berblog? Kenapa?- Kekadang tu timbul juga perasaan tu bila mood untuk menulis hilang..kemudian bila di fikirkan semula...melalui blog JM dapat ramai kenalan..then niat untuk berhenti berblog tu hilang sikit demi sedikit....
Q5. Masa travel, ada tak satu benda yang cik JM selalu menyesal membawanya bersama?- Kunci rumah..sebab...kunci rumah tu di kepilkan sekali keychain...keychain tu nampak tajam sebenarnya x...setiap kali check luggage x lepas..so bila dah beberapa kali jadi mcm tu JM keluarkan keychain tu dari kunci
Q6. Kenapa tajuk blog ‘jari manis travel’? Apa kena mengena ‘jari manis’ dengan ‘travel’?- Jari Manis adalah nama pena penulis seperti Tiga Lalat bukan nama sebenarkan....dulu di ofis ada staff suka call me manis! manis!...then JM dapat idea untuk letak nama pena Jari Manis sesuai dengan jari jemari manis menulis dan ini adalah blog perkongsian kisah travel so wujudlah blog Jari Manis : Travel List
Q7. Cik JM pernah travel ke Australia, New Zealand, Cambodia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea, Macau, Singapura, Thailand dan Vietnam. Ada tak negeri dalam Malaysia yang cik JM belum lawati?- Negeri dalam Msia...hurmmm semua dah pergi. Mulai dari Sabah, Sarawak, Labuan, Kedah, Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, KL, N9, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu dan Putrajaya. Ada negeri yang tertinggal tak?
(Nota penulis. Negeri Pahang tertinggal secara tak sengaja. Dan New Zealand sekadar wishlist, semoga impian menjadi kenyataan.)
Q8. Pantun yang cik JM suka dengar?Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati...eh..itu pantun ke
Q9. Harga minyak naik dan turun pada awal bulan, kadang-kadang 10 sen, kadang-kadang 15 sen. Pernah terfikir tak kenapa tak naik sampai RM5?- tak pernah terfikir...kalau naik ke turun ke..isi minyak seperti biasa..malas nak fikir or mengamuk sebab diri sendiri yang sakit hati nanti bukan harga minyak akan turun bila kita x puas hati
Q10. Cik JM pernah cuba makan di restoran Korea di Malaysia?- Pernah...salah satunya Restoran Seoul Garden
Q11. Sebulan cik JM cuma updet blog 4 – 5 entri saja, tapi komen selalu mencecah berjuta-juta lemon. Rasa penat tak melayan komen saja?JM memang tak rajin seperti Wak boleh update entri setiap hari tetapi bagi JM 4-5 entri sebulan sudah cukup byk kerana tulis entri biasa nya pada hujung minggu dan ambil masa almost sehari untuk setiap entri. Ia mendatangkan satu kepuasan apabila rakan reader datang baca dan komen...sangat hargai kehadiran mereka jadi tiada istilah PENAT di situ
Q12. Pernah bergambar dengan ular sawa?- Apa kaitan soalan ni dengan entri top commentar tu eheheh....PERNAH ketika pergi Zoo tetapi ular tu dalam sangkar...kalau nak bergambar sambil pegang ular sawa tu..oh TIDAK...kalau Wak nak bagi RM1000 pun JM x nak
Q13. Jarak bulan ke bumi ialah 384,400 kilometer. Berapakah jarak dari rumah cik JM ke pejabat?- Ini pun JM rasa tidak selesa untuk menjawabnya...minta maaf ye Wak
Q14. Selain blog ‘Jari Manis Travel’ ini yg hanya bercerita tentang travel, adakah blog lain kepunyaan cik JM?- itulah satu-satu nya blog yang JM ada..Jari Manis : Travel List
Q15. Pernah terfikir untuk menulis novel cinta?- Tidak PERNAH..JM tak pandai menulis lagi-lagi novel cinta...JM tiada bakat untuk itu
Q16. Kalau cik JM ada duit dua puluh enam juta hinggit, apa yg cik JM rasa akan lakukan?- kah kah kah mimpikah dapat duit byk ni...macam-macam JM akan lakukan, kalau nak listkan memang tak cukup satu kertas kajang
Q17. Sekarang cik JM single, pernah terfikir untuk menjadi suri rumahtangga sepenuh masa?- TIDAK PERNAH terpikir untuk menjadi suri rumah sepenuh masa tetapi ingin menjadi ISTERI BEKERJAYA
Q18. Selain bunyi katil yang bising diatas rumah cik JM itu, apakah bunyi atau suara yang cik JM suka dengar?- ahahahah....aduhlah soalan...hurmm....JM suka dengar SUARA AZAN
Q19. Sebutkan lagu kumpulan Wali Band yang cik JM suka dengar?- kalau lagu kumpulan WALI BAND semua JM suka...kiranya semua lah..salah satunya taubat maksiat
Q20. Cik JM pernah naik belon panas samada di Melbourne atau Putrajaya?- TAK PERNAH. Belum sampai Melbourne so mmg x pernah. Setiap tahun ada pesta belon di Putrajaya..sekali pun x pernah jejak kaki ke pesta tu mcm mana nak naik heheheh
Cik JM tidak rasa puas hati kerana soalan-soalan yang terlalu sedikit yang penulis ajukan kepadanya. Tetapi soalan diatas pun ada yang cik JM tidak dapat menjawabnya, jadi penulis rasa memadailah buat masa ini. Kalau ada soalan-soalan lain, bolehlah nanti penulis ajukan dalam emel seperti biasa.
Sekarang ini penulis difahamkan cik JM kita sedang berpeleseran (baca: berwisata) ke Indon katanya. Main teka teki lagi. Tapi penulis hendaklah berpantun juga:
"apa diharap padi seberang, padi kat mesia pon banyak uooolss"
Penulis mengucapkan ribuan terimakasih kepada cik JM yang suka bersukan (baca: sporting) kerana sudi melayan temubual ini. Dan siapa pula yg bakal menduduki kerusi merah jambu diatas sambil silang kaki pada hari Khamis nanti? Penulis pun tidak tahu uooolss. Kita tungguuuuu.. ;-P
Blog bukanlah hakmilik kekal.