Sep 22, 2015

OLE-OLE KUWAIT



Selasa, 22 September 2015.
PAGI-pagi tadi masa dalam perjalanan ke padang memotong rumput seperti biasa, tiba-tiba penulis terasa kotak petisurat di kaunter penyambut tetamu itu seperti memanggil-manggil penulis untuk menjenguknya. Kata orang, kalau tiada angin bertiup masakan pokok bergoyang. Tetapi zaman sekarang ini banyak saja monyet-monyet bergayutan atas pokok kann.

Dipendekkan cerita, memang seperti yang penulis sangkakan, buah cempedak pun sudah menjadi nangka. Ole-ole dari Kuwait sudah tiba dan penulis mengucapkan ribuan terimakasih pada cik kak Sham yang jauh dimata, atau adakah beliau sudah tiba di Cheras? Penulis merasa amatlah terharu, tanpa kawan-kawan yang best-best sebegitu, siapalah wak yang ini kan. Kannns.

Penulis hendak berpantunlah juga,

Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.

Blog bukanlah hakmilik kekal.









KISAH BENAR CIK SITI AMINAH JOHOR YANG JALANG



Sabtu, 19 September 2015.
SETELAH 6 tahun, penulis pun menziarah semula ke makam Cik Siti Jalang, atau Cik Siti Aminah Tanah Masyhur. Berbanding dahulu, dimana untuk ke makam penulis kena menceroboh kilang papan, tetapi sekarang, kilang papan itu sudah pun tiada. Tetapi masaelahnya, tiada papan tanda arah untuk ke makam. Nasib baiklah juga, memori penulis masih kuat mengingati kedudukan makam tersebut.

Makam yang sekarang ini telah dinaiktaraf dan nampak lebih cantik dan bersih.

ALKISAH 1:

Cerita Cik Siti yang diadaptasikan ke televisyen Astro Citra pada tahun 2011, lakonan Erra Fazira dan arahan Sabri Yunus:

Kisah bermula seorang wanita jelita; Siti Aminah yang baru berkahwin dan sedang merancang untuk membunuh suaminya pada malam pertama selepas bernikah, dengan menitis beberapa titik racun (bisa kala jengking) dari botol kecil yang disorok di dalam sanggul cantiknya. Kenapa?

Kisah ini adalah kisah benar (mitos atau dongeng?) dan berlaku semasa zaman Malayan Union (tapi batu nesan Aceh menunjukkan kejadian masa kesultanan johor lama) dulu, sebelum Tanah Melayu merdeka. Siti Aminah, seorang gadis yang dilahirkan buruk dan sering menjadi hinaan dan kutukan orang-orang kampung.

Disapa tiba-tiba oleh seorang “pakcik” dan ditawarkan pertolongan, sehingga terpedaya secara ajaib, menjadi cantik. “Pakcik syaitan” itu memberikan kegembiraan dan kehidupan baru buat Siti Aminah tetapi harus mengikut syaratnya. Untuk kekal cantik dia harus membunuh suaminya sehingga 100 orang dan setiap perkahwinan tidak boleh melebihi 3 bulan.

Tetapi diakhir cerita, cik Siti telah terminum racunnya sendiri. Begitula juga dengan suaminya yang ke 100 itu.

- rujukan dari blog Azieazah (2011).

ALKISAH 2:
Catatan pada batu tanda di makam cik Siti di Kampung Tembioh, Kota Tinggi:
Makam Cik Siti ini juga dikenali dengan nama Makam Cik Siti Aminah Tanah Masyuhur atau Cik Siti Jalang. Terdapat cerita yang menarik tentang sejarah Cik Siti ini. Menurut sumber, beliau dipercayai adalah anak salah seorang pembesar di istana. Cik Siti Aminah ini dikatakan seorang wanita yang kaya dan jelita. Gelaran 'Jalang' diberikan kepadanya kerana jumlah perkahwinan beliau yang berjumlah sebanyak 99 kali. Kesemua yang menjadi suaminya akan mati setelah mengahwininya. Tetapi kerana kecantikan yang dimiliki oleh Cik Siti inilah yang membuatkan ramai lelaki terpikat dan ingin memperisterikannya. Mereka bersetuju untuk menjadi suami Cik Siti walaupun mengetahui mereka akan dikenakan syarat menyediakan sebuah keranda serta tiga papan kain kapan sebagai persediaan bagi pengebumiaan mereka. Dengan takdirtuhan, Cik Siti telah mendapat seorang suami yang kekal hidup bersama dengannya setelah berkahwin bagi kali yang ke seratus.

ALKISAH 3:
Manakala ada rakan sekampung penulis dulu yang berjenaka tentang kemistikan Cik Siti Jalang:
Ada seorang Siti. Yg sungguh kaya dan jelita. Ber’getah’ orangnya. Kulitnya mulus. Kerana sering disental dan dilulur dengan bedak kulit langsat. Senyumannya macam bulan lima belas. Lantas, lelaki manalah yang tidak jatuh hati kepadanya, alahai.

Maka, Siti Jalang diberi nama. Kerana pernah berlaki sembilan poh sembilan orang kesemuanya. Kahwin siang, malam mati. Kahwin malam, siang mati. Kahwin siang, malam mati. Hatta, sembilan poh sembilan orang kesemua lakinya pun habis matilah.

Tapi ditakdirkan juga, laki siti jalang ke sehatus yg masih hidup kekal hingga akhir hayat mereka adanya.

Soalannya, yg pertama, kenapa kesemua sembilan poh sembilan lakinya mati pada malam pertama?

Dan soalan yg kedua, kenapa lakinya yg ke sehatus tidak mati pula?

Yg me ingat, jawapan soalan pertama. Sebabnya vagina cik siti seperti ada pisau cukur didalamnya. Akan men’zrass’ kote kesemua suami yg bersenggama dengannya. (Ahdoii - ada unsur-unsur kengiluan disitu). Bilang kawan me yg bercerita itu. Entahkan betul entahkan tidak.

- en_me, Memang Lumayan Six (14/9/2009)


Nota lalat. Updated. 20.12.15. Ada rakan penulis memberitahu tv3 ada menyiarkan rencana majalah 3 cerekarama bertajuk Cik Siti tentang Siti Jalang ini. Dan sejak semalam blog penulis dihentam (baca: hits) dari sumber seluruh dunia. Ai laike. Tapi ada kawan-kawan yang tahu macamana hendak download video tv3 itu kah? Updated. 21.12.15. Link.
Search: cik siti jalang kisah cik siti jalang cik siti aminah cik siti aminah jalang siti jalang kisah cik siti aminah sejarah cik siti jalang makam cik siti jalang sejarah cik siti aminah makam cik siti aminah kisah siti jalang di johor kisah benar cik siti jalang cerita tentang cik siti yang kahwin 100 suami cik aminah bersuami 100 cik siti 100 suami cik siti aminah aka cik siti jalang cik siti aminah cik jalang cik siti kahwin 99 kali

ALKISAH 4:
Sinopsis Telemovie Cik Siti Cerekarama TV3 - 9 malam 19.12.15
Mengisahkan mengenai seorang gadis muda yang diberi nama Cik Siti yang disumpah oleh nenek kebayan semata-mata mahu mengubati penyakit kulit yang dihidapinya. Sebaik sahaja Cik Siti kembali cantik dan jelita, dia kembali merampas cinta hatinya iaitu Awang. Kejadian pelik mula berlaku apabila suami cik siti mula meninggal satu persatu hinggalah suami ke 99.

Translation. The Grave of Cik Siti. According to folklore, Cik Siti (or Miss Siti), whose full name was cik Siti Aminah Tanah Mahsyur, daughter of a senior court official in Johor. She had looks that could (literally) kill. cik Siti and each time her husband died. Men were willing to marry her even though they knew they certain death. They were required to ready a coffin and Muslim burial cloths known as 'kain putih' of their marriage. The curse was finally lifted when she married the 100th time and who could share her life forever.

Updated 2020.
Kelmarin (2/10/2020) bila penulis datang semula ke kawasan makam cik siti Jalang, tiada lagi jalan yg jelas ke sana. Sebab penulis tiba dgn menaiki cik Jnulekasnova, walaupun terjumpa bumbung makam, tapi tiada jalan kesana yg penuh semak samun. Jadi penulis batalkan hajat sahaja.


Blog bukanlah hakmilik kekal.











===============================================
Dari blog rakan penulis yang lama tahun 2009:
Storyboard 2009 at aminus. Link.







Sep 21, 2015

MUZIUM NELAYAN TANJUNG BALAU



KELMARIN, selepas singgah di Pizza Hut Bukit Dahlia, penulis terus merempit ke Tanjung Balau. Hajat asal penulis ingin membawa kaum kerabat bersantai di tepian pantai sahaja. Tapi kerana cuaca masih panas di tengahari, penulis pun singgah dahulu di Muzium Nelayan. Muzium yang cantik dan penuh informasi yang menarik. Keadaan hiasan dalaman yang tersusun baik dan kesejukan penyaman udara yang menyegarkan.

Selepas keluar dari muzium, tiadalah kaum kerabat penulis yang bersemangat lagi hendak bermandian dipantai. "Malaslah, penatlah, panaslah," kata mereka semua. Jadi, penulis terus kembali ke gagang via Kota Tinggi sahaja.

Di Kota Tinggi, ramai yang dahagakan air kelapa pula.

Sebelum meneruskan perjalanan pulang, penulis pun terjah makam Cik Siti Jalang setelah genap 6 tahun tidak melawatnya. Entri Siti Yang Jalang di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

































Sep 20, 2015

MANEKI NEKO

The maneki-neko (Japanese: 招き猫, literally "beckoning cat") is a common Japanese figurine (lucky charm, talisman) which is often believed to bring good luck.

HARI minggu yang biasa-biasa saja.
Main-main dengan anak lanang bocah cilik,
main-main dengan emak anak bocah cilik.

Sep 19, 2015

POCKY



KELMARIN dalam perjalanan untuk bersolat jumaat, penulis ternampak ada budak-budak jurujual mempromosi produk stik biskut Pocky yang popular ini di stesen LRT. Bila pulang dari surau Tabung Haji itu, penulis pun membeli 6 kotak dengan harga RM10 sahaja. Gadis jurujual itu berkata, "wak, beli 4 dapat percuma 2." Penulis tidaklah pasti samada harga itu betul-betul murah berbanding harga di kedai biasa. Tetapi tujuan penulis membelinya kerana teringatkan anak lanang bocah cilik (baca: anak lelaki) yang itu yang penulis sudah 2 minggu tidak berjumpa. Wehh, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak, kannns. ;p

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 18, 2015

PUNCA UTAMA Imam Masjid Negara DITAMPAR Pak Arab Kini TERJAWAB



JUMAAT, 18 September 2015.

TIADA yang menarik penulis hendak tuliskan dalam diari penulis yang biasa-biasa sahaja ini (baca: mundane life). Lagipun sejak dua menjak ini kesihatan penulis sedikit terganggu selepas turun dari mendaki Bukit Tabur East kelmarin. Sengal-sengal dan kebas-kebas terasa seluruh badan dan otot-otot penulis. Nampaknya kenalah selalu penulis mendaki bukit dan bukau dan busut lagi. Dan lagi.

Nota lalat. Sila abaikan tajuk. Sebab PUNCA UTAMA rakaman video penuh cctv Imam Masjid Negara DITAMPAR Pak Arab Kini TERJAWAB !!! Google saja, ini cerita viral hari ini. Jangan marah dan selamat beramal. Updated: gambar dibawah dari Utusan Malaysia, Sabtu, 19 September 2015.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Sep 17, 2015

SEKALI TEPUK 3 RUMAH LALAT



Hari Malaysia, Rabu, 16 September 2015.
SILA abaikan tajuk entri penulis kali ini.

Untuk mengelakkan kesesakan dan keselamatan dari demo si Baju Merah di tengah bandaraya, penulis telah berlarian ke Port Dickson pula.

Satu, Ostrich Farm. Dibuka 9.30 am.

Dua, Rumah Terbalik Port Dickson. Dibuka 10.00 am.

Tiga, Alive 3D Art Gallery. Dibuka 11.00 am.

Balik pula, penulis
singgah dan lepak-lepak selama 2 jam di Putrajaya.

Nota lalat. Entri terdahulu pasal Rumah Terbalik Melaka di SINI (24/5/15). Dan the Upside Down House di Kundasang, Sabah bah ada di SINI (2/6/13).









The Upside Down House, Teluk Kemang:










The Alive 3D Art Gallery, pekan Lukut:









Alamanda shopping center:

Sep 16, 2015

THE SHIP



MALAM kelmarin penulis sudah merempit ke Kampung Baru. Mula-mula penulis teringin hendak menangkap gambiran KLCC tetapi jerebu teruklah sangat. Jadi, penulis menjamu selera daging panggang (baca: blackpepper steak) di restoran The Ship sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

IN THE END: BYE BYE MMHE YARD PASIR GUDANG 2024

  Khamis malam Jumaat, 14 November 2024. Hari terakhir penulis potong rumput di limbungan kapal yg tandus.