Sep 2, 2015

ANGRY BIRD ACTIVITY PARK



KELMARIN isteri penulis (yang itu) telah mengajak penulis berjalan-jalan ke JBCC iaitu bangunan KOMTAR yang lama yang baharu sahaja dinaiktarafkan. Bila tiba didalam pusat membeli-belah itu, tiadalah aktiviti yang menarik selain membeli-belah tingkap (baca: window shopping) sahaja. Jadi, bila anak lanang bocah cilik penulis memohon untuk bermain-main di taman aktiviti burung marah, maka penulis pun melayannya. Tapi hanya penulis, anak lanang bocah cilik dan abang ngahnya sahaja yang berminat masuk.

Nota lalat. Tiket masuk ialah RM60 seorang, tidak termasuk 2 pasang stokin (RM4 sepasang). Jumlah ialah RM188. Bila habis aktiviti, penulis juga di'pau' sebijik bantal angry bird oleh anak lanang bocah cilik itu yang berharga RM64. Aduhai, siapalah tidak sayang anak, tapi ada kan mak? Kanns.


Blog bukanlah hakmilik kekal.















Updated: Ramai kawan-kawan penulis hendak melihat bantal angry bird yang berharga RM64 itu.

Sep 1, 2015

MOVIE REVIEW | MISSION IMPOSSIBLE: ROGUE NATION



MALAM kelmarin anak lanang penulis sudah mengajak menonton filem Tom Cruise yang terbaru. Bebienornya filem 'Mission Impossible: Rogue Nation' atau dipanggil 'Moroccan Pursuit' yang menjadi kotak pejabat (baca: box-office) tersebut sudah lama ditayangkan. Seni efek dengan skrin Imax 2D yang besar dan stunt yang hebat dan menarik tetapi malangnya ditambah dengan efek suara sumbang tidak enak dari selang beberapa kerusi kosong oleh xxxxxx (baca: censored) sekeluarga yang gelak berdeking-deking 'hihihi' dan bunyi makanan jajan cip kentang 'kerup kerap kerup kerap' tidak kehabisan dari awal sampailah akhir filem. Menyampah sahaja bukan.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 31, 2015

SEHATI SEJIWA



SELAMAT hari kebangsaan 2015. Semoga negara akan tetap aman damai sejahtera aman sentosa senantiasa. Amin ya robbal alamin.

Nota lalat. Ini adalah entri penulis yang ke 31 dan terakhir untuk bulan ini. Jumpa rakan-rakan semua dibulan hadapan ya.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Aug 30, 2015

FARAH & AYIE



KELMARIN penulis telah mengunjungi rumah adinda penulis yang jauh di Bahau itu sempena undangan perkahwinan anak wedok (baca: anak dara perempuan) beliau yang sulong.

Semoga jodoh berkekalan hingga ke akhir hayat diucapkan kepada anak keponakan wak ini dan suaminya. Amin ya robbal alamin.


Blog bukanlah hakmilik kekal.

















Aug 29, 2015

JAM TAWAF | POLVORON



KELMARIN jam tangan tawaf, yang pusingan jarumnya terbalik mengikut arah lawan jam biasa, telah diterima oleh rakan sekerja penulis juga. Beliau memesan diatas talian dengan harga RM159. Terimakasih penulis ucapkan kepada Zek, model rakan sekerja diatas, tetapi beliau bukanlah pemilik jam yang sebenar.

Tetapi selain kebaikan saintifik dalaman yang ditulis oleh penjual jam tawaf tersebut seperti orang menjual ubat sensei sahaja bunyinya, penulis tidak nampak kebaikan luaran yang ketara. Walaupun cantik rekaannya, unik dan modern, namun tulisan nombornya agak sukar dibaca (warna biru berlatarbelakang warna hitam). "Ini semua bida'ah. Nabi dulu pun tak penah pakai jam," kata rakan penulis, si wak ustaz poyo itu.


Nota lalat terkini. Rakan penulis hendak menjual tawaf itu. "Besar dan berat," katanya.

Cerita lain, penulis berterimakasih kepada rakan sekerja, awek Filipina, yang memberikan satu makanan dari Filipina dipanggil Polvoron, rasanya seperti sagun kelapa sahaja.

Nota lalat lain. Jumaat 28 Ogos 2015. Petang jumaat selepas bertugas seperti biasa penulis ke TBS dan terus ke kaunter City Ekspres untuk membeli tiket. Jam pukul 6.10pm. Biasanya ada tiket bas pukul 7 petang, tapi petang itu ramailah pula orang dan tiket ke Johor Bahru hanya ada jam 12 tengahmalam. Penulis terlupa atau tidak endah agaknya sebab hujung minggu itu bukankah cuti panjang sempena cuti Hari Kebangsaan pada hari Ahad pula. Mula-mula penulis ke kaunter tiket utama, tapi penulis mengubah fikiran, penulis ke kaunter City Ekspres yang tadi dan setuju untuk membeli tiket ke Johor Bahru pada pukul 12 tengahmalam. Tiada bas ke Masai pada malam itu. Tapi awek kaunter itu bilang dia ada satu lagi kerusi kosong bas jam 6 petang kerana ada pelanggan yang memesan masih tidak sampai. Jadi dijualnya tiket itu dengan harga biasa untuk ke Masai dan penulis mendapat tempat duduk bujangan lagi (single seat). Alhamdulillah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 28, 2015

TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK



"Demikianlah perempuan,
dia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya,
walaupun kecil,
dan dia lupa kekejamannya sendiri kepada orang lain
walaupun bagaimana besarnya."
- tenggelamnya kapal Van Der Wijck, Hamka

INI bukan ulasan buku. Dan persembahan bangsawan di Istana Budaya nanti tiadalah siapa yang hendak mengajak penulis menontonnya juga. Sedih kan.

Tenggelamnya Kapal van der Wijck merupakan siri dan novel kemudian Indonesia oleh Haji Abdul Malik Karim Amrullah (Hamka; 1908-1981) yang diterbitkan pada tahun 1938. Ia berkisarkan kegagalan percintaan antara Zainuddin, seorang lelaki kacukan, dan Hayati, seorang wanita Minang tulen.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Tiket boleh dibeli disini: LINK. Poster tayangan teater:

Aug 27, 2015

SMALL CARS BIG CARS & FOMEMA

"alahh kereta mainan saja"

TIADA yang menarik berlaku hujung minggu lepas. Cuma, penulis telah menghantar pembantu rumah (baca: bibik) yang baharu bekerja ke klinik untuk urusan pemeriksaan kesihatan tahunan Fomema.


Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 26, 2015

KNM - KENA NAIK MOTOR



KELMARIN rakan sekerja penulis pun sudah mendapat motor Y15ZR baharu beliau.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Aug 25, 2015

PINGGAN TAK RETAK

kopitiam, Todays Market, Masai

KATA orang tua tua berumur, tidak elok minum atau makan mengguna pinggan mangkuk atau cawan yang retak, nanti dapat anak sumbing. Betul kah?

Di dalam kitab Sunan Abi Daud diriwayatkan hadis dari Abu Said Al-Khudri bahawa ia mengkhabarkan: "Rasulullah Sallalahu 'Alaihi Wasalam melarang minum (makruh) dari bahagian cawan yang pecah dan melarang untuk bernafas dalam air minum."

Erti dari peribahasa melayu 'pinggan tak retak, nasi tak dingin,' pula adalah orang yang cermat dalam mengerjakan suatu pekerjaan. Atau boleh digunakan untuk anak dara yang terlalu cermat dan berhati-hati dalam memilih suami. Sebab itu ada pantunnya,

pinggan tak retak,
nasi tak dingin,
orang tak hendak,
haku pun tak hingin.

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Aug 24, 2015

BLOGGER INSPIRASI | JOE BANGLA

"Burung pulang petang," AEON Permas Jaya

MINGGU kelmarin masa dalam bas, penulis terjumpa satu blog yang penulis blog itu pernah tinggal di Amerika (2000) selama 10 tahun, akhirnya ditangkap (2010) ditahan dipusat tahanan Buffalo dan dihantar pulang ke tanahair. Sekarang beliau menanam kacang saja di kampungnya di Pahang (2015). Kisah terkini beliau sedang menguruskan projek rumah peranginan di Cherating. Itu semua ada dalam blog dan FB beliau:

Kisah terkini (2015) bersambung di sini : Keeping The Dream Alive 
Kisah 2010 di pusat tahanan Buffalo: Kisah Seorang Banduan
Kisah semasa aku di US (2000-2010) : Dendam Perantau
Twitter: https://twitter.com/A_Changed_Man
Facebook: A Changed Man
Updated: 21 Oct 2018, blog Keeping The Dream Alive (abangtam) sudah 8 bulan aktif semula. Demm.

Walaupun blogger (abangtam) itu telah lama menulis dalam blognya, hanya minggu lepas penulis baru mengetahui dan kagum dengan kegigihan dan kecekalan beliau mengharungi hidup diperantauan dan ditangkap polis (pihak imigresen). Blog yang berbentuk diari harian yang sungguh terperinci dan membacanya seperti kita berada ditempat beliau di New York dan juga didalam tahanan di Amerika.

joe bangla in NY
Kelmarin setelah diluluskan (baca: approved) di mukabuku, penulis sempat bertanya kepadanya tentang berkemungkinan kisah hidup beliau selama ini dibukukan saja. 'Tak.tak nak jadi popular.I can't handle fame', katanya. Penulis ada juga meminta untuk berjumpa tetapi beliau tiada memberi sebarang respon apa-apa setakat ini. Mungkin beliau sedang sibuk menyiram kacang atau sibuk dengan memorex dan forexnya.

Dan setakat hari ini, penulis masih belum dapat menamatkan pembacaan blog beliau kerana terlalu banyaknya entri-entri yang terkebelakang. Satu lagi yang penulis perhatikan, bila membaca blog beliau, mata penulis akan berpinau apabila melihat tetingkap warna putih yang lain disebabkan blog beliau ditulis dengan tulisan putih berlatarbelakangkan warna hitam. Penulis agak mesti penulis blog tersebut pernah belajar matapelajaran 'psychology'.

Dan rentetan dari kisah beliau ditahan di US, penulis telah sengaja menonton beberapa wayang (baca: youtube full movie) yang berkaitan tentang pati (baca: bangla, illegal immigrant) yang penulis jumpa dan layan seperti 'A better life', dan 'Frozen River', dan 'The Visitor'. Abangtam juga mengesyorkan 'Film the Untouchables Intouchables, film perancis, ITU sebijik mcm kisah masa aku jga org kaya (yahudi) yg cacat dulu tu. Film Sin Nombre, best gak.film Dari south america', katanya lagi dalam wajah buku.

Updated. 4/9/15. Jumaat. Penulis masih membaca blog beliau setiap hari. Sekarang ini penulis sudah tiba entri beliau bekerja di kedai cuci pakaian (laundry) selepas berhenti kerja di KFC. Entri beliau bekerja di Florida pula penuis belum berjumpa.

Updated. 14/9/15. Penulis masih membaca blog beliau. Dan baru terjumpa cerita beliau di Kosmo Ahad di SINI dan mirror. Satu lagi, penulis bila buka blog beliau, Keeping The Dream Alive, dan setiap kali baca entri terbaru akan kedengaran lagu Deep Purple, Soldier of Fortune. Kebetulan (persamaan?), penulis dulu pun pernah letak lagu (youtube) autoplay juga dalam blog yang lama. Sekarang pun penulis suka mendengarnya.


Updated. 16/11/15. Penulis dah lama tak membaca blog beliau. Cuma bila kadang2 teringat, penulis pun punya citarasa yang sama tentang lagu video yg ada dalam blog itu - 'Soldier of Fortune - Deep Purple'. Kebetulan saja kan?

Updated. 6/12/15. Blog Keeping The Dream Alive telah ditutup. Laman peribadi FB beliau pun telah ditidakaktifkan.

Nota lain lalat. Pasal gambar Aeon diatas, penulis singgah untuk jamuan malam di Sushi King bersama kaum kerabat saja. Penulis pesan untuk pertama kalinya Mixed Bento (deep fried salmon and chicken with spicy sauce and mayonnaise served with edamame salad, crabstick and fried fish cake. RM14.90, 1035 kcal).

Blog bukanlah hakmilik kekal.






Aug 23, 2015

BERITA DARI SEBERANG



KADANG-KADANG bila penulis membaca suratkhabar dari seberang tambak seperti membaca berita dari parti pembangkang sahaja.

Cerita lain. Kelmarin penulis sudah membawa setangkai pisang emas lemak manis (Musa acuminata Colla, Lady's Finger) ke tempat penulis memotong rumput ini. Rakan tugasan dari India memberitahu, di India pisang ini dipanggil pisang cina. Manakala di negara orang putih, bangsa cina selalunya dipanggil kuning (baca: yellow) kerana kulitnya yang berwarna kuning dan hatinya yang putih bersih. Kahh.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

AMWAY DISH DROP: HOW TO USE

  HOW TO USE: If you use DISH DROPS Concentrated Dishwashing Liquid with a sponge: Dilute one part of the dishwashing liquid with one to fiv...