Jun 5, 2015

UDIN DAH KAHWIN



HARI Ahad kelmarin penulis sempat menghadiri jemputan abang kandung penulis di Felda Tenggaroh 2 itu untuk majlis perkahwinan anak keponakan penulis juga. Bagi abang penulis, ini adalah anak lanang ketiga yang sudah mendirikan rumahtangga. Tinggal anak dara beliau yang masih cilik lagi yang masih bujang.

Ayahnda mendoakan semoga jodoh Udin dan isteri berkekalan. Amin ya robbal alamin.




Blog bukanlah hakmilik kekal.










Jun 4, 2015

WHEN MOM IS NOT HOME

When your mother is not in the house. Tesco Seri Alam.

CUTI sekolah selama 2 minggu pun sudah bermula. Kaum kerabat ada rancangan masing-masing. Anak wedok yang baru meningkat remaja yang bakal menyambut harijadinya pada bila bila masa ini hendak mengikuti rombongan ke Langkawi katanya. Anak lanang remaja juga ada kelas tambahan. Isteri penulis pula telah pulang beraya ke rumah panjang untuk meraikan hari gawai.

Nota lain lalat. Henfon cap aiYam penulis yang ini pun rasanya hendak ditukar sarung badannya. Tapi sarung baru Cube rasa lebih keras dan tiada ciri-ciri keselamatan jika terjatuh ke lantai.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

A beautiful Cube iphone casing, but no no thank you.

Jun 3, 2015

RAMPASAN PIALA



KELMARIN sekali lagi penulis bekejaran menaiki bas menyeberangi Tambak Johor itu. Kali ini penulis hanyalah melepak-lepakkan diri minum secawan air tin sambil membaca suratkhabar tempatan saja sebelum pulang semula ke tanahair tercinta.

Berita lalat 1. Jom bunuh Perdana Menteri Singapura, kata belia sekiranya tidak dibenarkan ke Syria. [+ link ]

Berita lalat 2. Piala FA milik Singapura. Fandi Ahmad menjadi hero kebangsaan.

Berita lalat 3. Kes buli pelancong Vietnam beli telefon bimbit seperti kejadian yang pernah berlaku di Medan Mara. Penjual disini telah ditangkap dan dibicara.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Jun 2, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: ON THE WAY

A beautiful sunset above the clouds while I was On The Way home from Beijing, China. Taken on 11 April 2012.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'On The Way' atau Dalam Perjalanan. Contoh ayat seperti 'Dan dalam perjalanan ini saya dapat menemukan nur, cahaya tersembunyi dari Afganistan. And in this way I could find noor, the hidden light of Afghanistan.'.

Nota lalat. Gambiran matahari terbenam diatas penulis rakam ketika dalam penerbangan pulang dari berwisata ke Beijing beberapa tahun yang lepas.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 10: On The Way
Weekly Photo Challenge 9: Broken
Weekly Photo Challenge 8: Enveloped
Weekly Photo Challenge 7: Forces of Nature
Weekly Photo Challenge 6: Intricate
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Jun 1, 2015

DIA SUDAH KUCERAIKAN SEMALAM, TITIK

Wanita Tahanan Reman & KL Di mana Suamiku - Sri Diah

ALHAMDULILLAH baru siang tadi penulis menamatkan pembacaan buku cerpen-cerpen karya Sri Diah yang pernah diterbitkan dalam suratkhabar tempatan. Buku Wanita Tahanan Reman yang penulis beli bulan September tahun lepas langsung dari penulisnya sendiri, Sri Diah, adalah gabungan 28 cerpen yang kebanyakannya mengisahkan kehidupan suami isteri. Kebanyakkannya juga dari perspektif seorang perempuan.

Penulis suka membaca cerpen berbanding novel kerana tidak perlu menunggu lama pengakhiran ceritanya.

Nota lewat lalat. Cik puan Sri Diah pun ada kemaskini blog dia pasal penulis di SINI.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

"Tuan, menjadi lelaki itu mudah, namun payah dengan tanggungjawab.
Simpanlah rasa curiga. Sukar, namun mujarab. - Sri Diah


"Dia sudah kuceraikan semalam. Titik!"

May 31, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: COPTHORNE

Copthorne Hotel. The Cameron Highlands (Malay: "Tanah Tinggi Cameron") is one of Malaysia’s most extensive hill stations. Discovered by Sir William Cameron in 1885, and developed in the 1930s, the tableland is one of the oldest tourist spots in Malaysia. Apart from its tea estates, the plateau is also noted for its cool weather, orchards, nurseries, farmlands, waterfalls, rivers, lakes, wildlife, mossy forest, golf course, hotels, places of worship, bungalows, Land Rovers, museum and its aborigines (Orang Asli). The Cameron Highlands can be accessed by road via Tapah, Simpang Pulai, Gua Musang or Sungai Koyan.

INI cerita lama. Oleh kerana kebosanan tahap sederhana penulis telah membawa diri berlarian ke Cameron Highlands, semata-mata hingin menangkap gambiran bunga-bungaan saja.

May 30, 2015

I WAS ON NATIONAL TELEVISION AWARD LAST NIGHT

Penyokong Syafeek. Auditorium Perdana - tempat untuk siaran langsung utama yang disiarkan di sini. Juga dikenali sebagai Audiotorium Besar dan Audiotorium RTM.

KELMARIN mata penulis telah tertancap pada skrin television 14 inci yang penulis jarang-jarang buka dan terlihat ada sessi siaran langsung anugerah Juara Pujaan Akhir TV2 di Auditorium Perdana. Masuk adalah percuma.

May 29, 2015

FELIS CATUS, NENEK DAN ANAK DARA



Kisah lalat 1. Kenapa anak dara dilarang duduk ditangga?
Dulu semasa penulis berwisata di Pontianak, Kalimantan Barat, pernah terdengar ada nenek ini berseloroh agaknya, katanya, 'anak dara dilarang duduk ditangga kerana zaman dulu anak dara tidak memakai seluar dalam.' Berkemungkinan kalau anak dara duduk ditangga dan ada orang lalu lalang, kalau terselak kainnya akan ternampak anunya juga. Dan orang yang melihat anunya mungkin beranggapan buruk terhadap anak dara itu, mungkin akan menghebah-hebahkan dan memburukkannya kepada orang lain. Dan mungkin sebab itu ditakuti tiada pemuda yang mahu melamarnya. Wallahualam.

May 28, 2015

LAGI LAGI GILA GILA



SELEPAS melayan kerenah pelancong-pelancong asing di taman KLCC, penulis tiba-tiba teringat ada pameran majalah Gila-Gila di Galeri Petronas di tingkat tiga. Jadi, tanpa membuang masa penulis pun masuk secara percuma dan mengambil gambiran dalam galeri amatlah dialu-alukan. Alone matcham biasa.

Nota lalat. Gambiran 'ahkak' diatas penulis tangkap sebelum penulis masuk ke Galeri Petronas.



Blog bukanlah hakmilik kekal.

















May 26, 2015

WEEKLY PHOTO CHALLENGE: BROKEN

My treadmill circuitboard is broken. Taken on 15 Jan 2013. After 2 years of replacing it, the treadmill is still hot and running, just like the owner.

SETIAP hari Selasa penulis akan meletakkan entri Weekly Photo Challenge. Dan minggu ini untuk Weekly Photo Challenge ialah bertajuk 'Broken' atau Rosak atau Pecah atau Patah. Contoh ayat seperti 'Memang benar kalau orang yang sedang patah hati, selalu saja kata kata sedih yang terucap di bibir, padahal mereka tidak melihat di sekitar..'.

Entri-entri Weekly Photo Challenge sebelum ini:
Weekly Photo Challenge 9: Broken
Weekly Photo Challenge 8: Enveloped
Weekly Photo Challenge 7: Forces of Nature
Weekly Photo Challenge 6: Intricate
Weekly Photo Challenge 5: Motion
Weekly Photo Challenge 4: Early Bird
Weekly Photo Challenge 3: Afloat
Weekly Photo Challenge 2: Blur
Weekly Photo Challenge 1: Ephemeral

Blog bukanlah hakmilik kekal.

May 25, 2015

KEBOSANAN MENCIPTA KELAINAN: A'FAMOSA



SELEPAS menangkap gambiran tunggang terbalik dirumah Upside Down House, Jalan PM 7, penulis terus berlarian lagi ke ikon pintu kubu Portugis A'Famosa yang popular itu. Ditengahari yang panas terik berdeting memey boleh membakar tembakau, atas dan bawah.



Blog bukanlah hakmilk kekal.































THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.