Jun 22, 2024

YOU ARE NOT MODEL IF YOU ARE NOT GETTING PAID

 


Sabtu, 22 Jun 2024.

Hari ini lembur (kerja lebih masa) potong rumput di kantor.

Hari ini terperasan.
Wak sudah lama jadi model pakaian tidak berbayar rupanya. 
Huhu.

Tengahari usai solat zuhur di surau.
Bro UJAng kata mahu cari kasut yg wak pakai.
Ini bukanlah kali pertama dia berkata begitu.
Sebenarnya dia sudah lama mencari.
Tapi kelmarin kedai Decathlon yg dia pergi tiada stock.

"Beli je kasut lain kan banyak,"
"Taknak, aku nak yg mcm ko pakai je,"

Tadi di meja kantor.
Uncle BALan pula suka jaket yg wak pakai.
Bukan dia tiada jaket.
Tapi tidak suka jenis kainnya.

Cerita lalat lain.
Petang tadi wak berlarian ke Pandan Perdana.
Tujuan mahu perbaiki henfon cap aiyam yg rosak.
Mula2 ke kedai SPR di Pandan Indah.
Ahmoi kata akan ganti LCD harga rm180.
Agak mahal.

Kemudian wak berlarian ke Pandan Perdana pula.
Singgah di Shamelin mall.
Ada kedai baik pulih henfon Alibos Gadget.
Mula2 kata setengah jam akan siap untuk ganti skrin LCD.

Setengah jam kemudian dia keluar untuk cari spare parts.
Lebih sejam juga lah wak tunggu di dalam mall yg sunyi sepi-e itu.
Kebetulan ada pertandingan Scrabble.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




3 comments:

  1. ganti scren hp memang mahal la wak...ari tu i ganti screen phone samsung A50, abih dekat RM300 laaaa (rasanya dia caj RM280) kat wangsa walk

    ReplyDelete
  2. Mungkin Wak nampak bergaya bila mengenakan kasut dan jaket tu 😄

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...