Jun 20, 2024

CARA REFUND DUIT DALAM KAD TOUCHNGO YG TAMAT TEMPOH SECARA ONLINE

 


Khamis, 20 Jun 2024.

Hari Sabtu lepas semasa hantar anak lanang ke Senai airport.
Baru perasan kad Touchngo wak sudah tamat tempoh.

Jadi tadi wak cuba dapatkan duit kembali (refund).
Masuk ke portal Touchngo.
Agak mencabar juga.
Sebab tidak boleh masukkan nombor siri kad.
Akhirnya terpaksa hantar emel ke admin.

Emel: careline@touchngo.com.my

NASI LEMAK IN THE MORNING

Tengahari tadi terasa mahu makan buah potong.
Gerai buahan yg terdekat di stesen LRT Kampung Baru.
Berjalan kaki sahaja ke sono.
Limpas pintasan Saloma Link.

VERY VERY CHEAP TWS EARBUDS 

November 2020 - earbuds wak beli dgn harga rm29.
Tak puas hati sebab tak sampai sejam sahaja penggunaannya.

Walaupun sekarang kurang guna headphone atau earphones atau earbuds.
Kerana jarang2 ada mesyuarat atas talian.
Tapi kadang2 mahu dengar bacaan ayat al-Quran sahaja.
Untuk menajamkan lagi aktivitas hafalan surah al-Kahfi.
Terutama semasa menunggang mat Fatariss.

Selepas bertanya rakan2 sekantor yg punya earbuds harga hatusan hinggit.
Wak sudah beli earbuds yg baharu.
Harga murahan rm5 sahaja.
Penghantaran pun rm5.
Kalau ikut kata buku manual yg tulisan kecil susah dibaca.
Boleh tahan sehingga 2 hingga 4 jam.

Updated. 16/8/24. Earbuds murahan itu bermasalah pula. Yg kiri ok, yg kanan sekejap saja hidupnya. Kemudian mati sendiri. 

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Pintasan Saloma Link @2024

TWS cheap earbuds @2024


12 comments:

  1. Earbuds yg branded memang harga beratus2 rm

    ReplyDelete
  2. Mahal tu....

    uncle beli yg jual kat Mr. DIY je (malu)

    ReplyDelete
  3. dana tak pernah pun beli earbuds tu wak... lagi kesian kan... hehehhe

    ReplyDelete
  4. tak sampai sejam tu sbb kena cas selalu ya Wak? hehe

    ReplyDelete
  5. Yang ratusan ringgit tu kadang tahan 2 3 hari baterinya. Oranglah kata.

    ReplyDelete
  6. Saya pun nak cari earbuds baru yg ada fungsi noise-cancelling.

    ReplyDelete
  7. Tak tau kenapa memang tak selesa pakai earbuds ni. Tak pernah beli. Tapi elok ada untuk yg memerlukan.

    ReplyDelete
  8. dah lama sungguh x makan buah potong.. skrg beli buah n potong sendirik jerk... :D

    ReplyDelete
  9. Nak cari jugalah kat TNG yg lelama. Mana diamnya ntah.
    Kad komuter pun nak kene minta refund juga sbb KTM dah tak guna lagi dah.

    Sy dan earbuds tidak dpt dipisahkan. Setiap hari balik kerja mesti kena ada sbb boring kot perjalanan KL seremban tiap hari

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

SHOULD I WORK UNPAID OVERTIME ON THE WEEKEND

  Ahad, 13 Oktober 2024. Semalam dan hari ini buat kerja potong rumput di rumah sahaja. Guna apps Anydesk yg boleh dipantau dari jauh. Walau...