Jun 28, 2024

YA, LANGIT TIDAK SELALU CERAH

 

Lorong Haji Hussein 2 Chow Kit @2024
Can you see the moon?


Jumaat, 28 Jun 2024.

Pagi tadi sudah berlarian ke Kampung Baru.
Mencari nasi dagang.
Singgah di warung makcik berdekatan Chow Kit.

"Masih takleh lawan nasi dagang Makang Putrajaya,"

Tiba di kantor ada pula orang belanja sarapan.
Ada nasi lemak, mihun goreng, dan roti canai.

Tengahari sudah berlarian ke Masjid Jamek Ibnu Mas'ud Jalan Damai.
Sebelum tiba dari Ampang Campuran.
Hujan mula turun.
Wak pun terpaksa pakai baju hujan.

FASAL SEDEKAH MAKANAN

Tiba di perkarangan masjid.
Ada orang sedekah lontong sayur dalam tupperware.
Mula2 wak tidak mahu ambil sebab sudah makan pagi tadi.

Kemudian wak terus ke tandas perempuan seperti biasa.
Ada pula sorang pakcik ni membebel.

"Ade ke patut bagi makanan dlm masjid?"
"Patutnya solat 2 rakaat dulu,"
"Kan ada hadis nabi - jgnlah kamu duduk dalam masjid sblm solat 2 rakaat?"

"Tapi ada juga hadis nabi kata makanlah dulu walopon azan sudah berkumandang,"

"Itu waktu Isyak sahaja,

Ehh.

FASAL KHUTBAH BAHASA ASING

Sebelum khutbah.
Ada khatib jemputan datang dari Melbourne, Ostolia.
Bagi tazkirah tentang sejarah ringkas al-Quran.
Dalam bahasa Melayu.

Kemudian ada bacaan qari dari Bangladesh.
Surah al-Isra ayat 8 hingga 13.
Sedap alunan bacaannya.

Khatib tadi membaca khutbah jumaat dalam bahasa Inggeris.
Sejak bila masjid Wilayah Persekutuan khutbah bahasa Inggeris?
Mentang2 dari obersi - down under.

Bertahun2 wak tinggal di KL.
Cuma masjid India je yg pakai bahasa Tamil.

"Pak Arab Jordan tuari selalu je baca khutbah dalam bahasa Melayu..." kata dalam hati saja.
"Bangla2 Indon2 semua faham je bahasa Melayu..." hati berkata lagi.

FASAL BUDAK AUTISME

Ehh.
Dalam masjid tadi wak duduk di saf belakang sekali.
Senang bersandar untuk terlelap.
Ada budak autisme depan barisan wak tadi.
Cakap sorang2 kat cermin dinding masjid.
Ada pakcik ni sudah sound suruh diam.
Pakcik yg suar terlondeh nampak lurah bontot duduk atas kerusi.

"I got scolding you know, bla bla

Fikri namanya sebab wak tanya.
Budak autisme yg remaja usianya.

FASAL HUJAN LEBAT ANJING DAN KUCING

Lepas solat mahu berangkat pulang ke kantor.
Tapi hujan sudah turun lebat selebat2nya.

Lepak dulu dgn teman2 kantor yg lama.
Hujan masih belum mahu reda.
Terpaksa wak buat pilihan.
Pakai baju hujan semula dan redah.
Kasut dibungkus dengan plastik.
Sebab mahu kejar masa ke TBS naik bas jam 4.45pm.

FASAL NAIK BAS KE MASAI

Keluar dari kantor agak awal, yakni jam 3.15pm.
Jalan kaki dalam hujan lebat limpas Lintasan Saloma Link.
Oleh kerana sepatu basah, wak pakai selipar jepun je.
Terus ke stesen LRT Kampung Baru.

Tiba di TBS jam 4.15pm.
Terus checkin ke dewan penungguan pintu 6.

Bas pun tiba di waktu yg tepat, yakni jam 4.45pm.

Bas singgah di plaza tol Ayer Hitam - kencing.
Kemudian singgah di terminal Kulai.
Kemudian terus ke stesen minyak BHP di Larkin - kencing.
Kemudian langsung ke terminal bas Pasir Gudang.
Ada penumpang yg baru naik bas untuk ke KL.

Anak lanang sudah menunggu di terminal bas Masai.
Tiba jam 11.10pm.

FASAL ANAK LANANG BERHENTI KERJA.

Ajak anak lanang lepak di kedai mamak Curry House Tasek.
Anak lanang kata sudah berhenti kerja.
Akan mula di tempat baru di Kempas 2 minggu lagi.

"Habis 2 minggu ni xde kerja lah?"
"Nak balik Kuchng tengok anak2 sekolah,"

Blog bukanlah hakmilik kekal.






5 comments:

  1. byk betul kisah dlm satu entry!! moga yg baik2 ajer utk kita semua..aamiin

    ReplyDelete
  2. Tapi cerah betul langit dalam gambar pertama tu wak!

    ReplyDelete
  3. mehla try makan nasik dagang di trg...

    ldy dlu pnh pergi kl... cari nasi dagang.. dlu2 la, xde lg org jual nasi dagang di kl.. lps tu jumpa.. meloncat seronok.. lepas makan tu, terasa hancus hati... huhuhu.. xtahu la nasi apa diberi nama nasi dagang.. sian pembuatnya mesti silap cara n resepi.. tp alhamdulillah skrg dah ramai org sini ke sana n buat nasi dagang... ldy pun dah tua... :D :D :D

    ReplyDelete
  4. Tak apa Wak, anggab aja variasi ceramah 😄. Di sana mending ada bahasa lain di mesjidnya. Di sini tak pernah pula saya denger ada ustad ceramah pakai BHS inggris. 🤣. Kecuali di pedalaman atau kampung2, pakai bahasa daerah mereka.

    Eh di KL kemarin saya coba cari lah nasi lemak yg Wak bilang Deket kubur. Tak ketemu 🤣. Ujung2nya saya makan nasi lemak wanjo jadinya. Tapi sambalnya saya kurang cocok, sebab manis 😅. Yg penting dah merasa.

    ReplyDelete

Comment at your own risk.

PENGALAMAN MENONTON PERLAWANAN AFC CHAMPIONS LEAGUE DI STADIUM SULTAN IBRAHIM JOHOR

  Selasa, 5 November 2024. Kelmarin pulang dari stadium Arena Sepaktakraw JB. Wak terus pesan tiket atas talian. Untuk tonton perlawanan bol...