Mat Rock Food Truck Bukit Indah Ampang @2024 |
Selasa, 18 Jun 2024.
Anak lanang cadang mahu pulang ke ibukota semalam (Isnin sore).
Tapi wak kata baik pandu kereta awal pagi ini (Selasa).
"ok, tapi ayahnda pandu ye,"
Gerak jam 2.30am.
Wak pandu sampai RnR Ayer Keroh jam 4.30am.
2 jam pemanduan memang letih dan mengantuk.
Anak lanang tukar pandu keretanya.
Sampai ke kantor potong rumput jam 5.30am.
Agak awal.
Sempat lagi wak lepak di surau.
Dan solat subuh - jam 5.52am.
Mahu tidur di surau tapi tidak mahu terlelap pula.
Jadi segera naik ke kantor.
Seorang diri di waktu subuh sepi-e.
Tidur di meja.
Jam 8am turun ke kedai mamak NZ.
Wak makan nasi lemak.
Petang pula hantar motorsikal anak buah ke bengkel motor.
Sebab kelmarin rantai putus ditengah2 jalan.
"lu kanna tinggal moto sini 3 hari,"
Kemudian wak suruh apek pomen itu.
Pasang suis signal yg rosak.
Suis signal yg baru wak beli di shopee (rm5).
Belum sempat wak mahu tunjuk masalah problemnya.
Apek sudah siap pasang. Ehh!
"kita hali2 pomen pasang alat2 moto maa,"
Blog bukanlah hakmilik kekal.
Arriving KLCC at 5.30am @2024 |
Yamaha LC135 got broken chain @2024 |
Salam Aidil Adha Wak boleh lagi kan heheee..
ReplyDeleteSeperti biasa gambar-gambar wak mesti clear yaamat ajarlah sikit camne buat tu