Jun 2, 2024

PEKERJA DI WARUNG BUNIAN PUN JADI PELUPA

 




Ahad, 2 Jun 2024.

Pagi2 sudah berlarian ke warung Bunian.
Wak pesan nasi lemak telur bungkus dengan roti canai.
Juga teh o panas.

Roti canai dan air teh o sampai dahulu.
Tapi wak hairan juga.
Sebab orang lain yg lambat pesan pun sudah terima nasi lemak mereka.

Wak mengamuklah.
Wak ke dapur.
Rupanya mereka terlupa.

Petang pula berlarian ke kampung Teluk Penglima Garang.
Tujuan untuk diurut badan.
Sebab wak terkehel sakit leher sejak kelmarin.

Sebenarnya bukan mengurut pun.
Cuma terasa ditindih guna siku.

Dengan harga RM150 per sessi wak rasa agak mahal.
Dan leher wak masih terasa sakit lagi.

Kemudian pulang singgah di warung Bakso Jawa Dengkil.
Pekena nasi ayam penyet.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

2 comments:

Comment at your own risk.

MAHU MAKAN LOBSTER TAPI SEPERTI LECEH PULA MENGUPASNYA

  Ahad, 20 Oktober 2024. Tengahari sudah berlarian ke Bukit Belacan, Ampang.