Oct 31, 2023

JALAN-JALAN DI BANDAR BATAM RIAU TANPA TUJUAN

Citra Plaza Nagoya Batam @2023

 

Isnin, 30 Oktober 2023.

Pagi tadi pak Dodi datang ke kamar sebentar.
Atas urusan kerja kantor potong rumput.
Sebab semalam sudah diambil laptopnya.

Selepas itu Wak terasa bosan.
Dan terus keluar berjalan2 di tengah bandar.
Tiada yg menarik.
Tidak lama kemudian Wak pun pulang ke gagang.
Wak pulang jalan kaki sahaja.
Tidaklah jauh kesasar dan ada google maps membantu.

Ooh.
Semasa berjalan2 tadi.
Adalah 2 3 orang gojek motor teriak2.
Mengejar Wak untuk tolong hantarkan kemana2.
Wak tolak pelawaan mereka sahaja.
Haha, sangat penasaran dorang kann.

Movie lalat.
Nowhere 2023.
Kong: Skull Island 2017.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Citra Plaza Nagoya Batam @2023
Nagoya City Batam @2023
Hana Hotel Batam @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023
D'Penyetz Batam Center Square (BCS) @2023

Oct 30, 2023

AKHIRNYA TERPAKSA JUGA BELAYAR KE PULAU SECARA TIBA-TIBA

 

Ahad, 29 Oktober 2023.

Tengahari wak terus berlarian ke terminal feri Berjaya Stulang Laut.
Beli tiket pepe (PP - Pulang Pergi). RM181

Tapi tiket jam 1.45pm sudah ditutup jualan.
Terpaksa beli tiket keberangkatan jam 3.30pm.

Tukar duit rupiah dulu.
Kadar terkini, 1juta rupiah = RM320.

Naik feri jam 3.30pm pun berangkat menyusuri Selat Johor.

Jam 5.30pm (waktu tempatan) baru tiba di terminal Harbour Bay, Batam.

Di terminal, wak cuba aktifkan kad sim yg lama.
Tidak boleh kerana kad sim sudah tamat tempoh.
Terpaksa beli kad sim yg baharu. Rp100k

Nota lalat.
Di terminal Batam tadi Wak periksa kadar tukaran uang.
Ijuta rupiah = RM322.
Nasib baik Wak sudah tukar di JB tadi.
Kalau tidak, sudah rugi RM2 sahaja.

Periksa masuk (check-in) hotel sudah malam. Hotel Hana

Blog bukanlah hakmilik kekal.



Pak Dodi Batam and Family 2023

Oct 29, 2023

KENAPA WAK SUKA AMBIL GAMBAR BULAN

 

Partial lunar eclipse this morning in Masai at 2.54am @2023

Ahad, 29 Oktober 2023.

Hari ini harijadi anak lanang wak yg baru mendarat di negeri matahari terbit itu.
Mahu berjumpa dengan keluarga angkatnya di Osaka, katanya. Jepun
Semoga selamat pergi dan pulang.

Pagi ini juga ada fenomena gerhana bulan.
Bila wak terbangun pagi tadi pada jam 2.45am.
Bulan sudah terang benderang diatas kepala.
Kelihatan jelas dari luar tingkap kamar.

Solat tahajjud dan hafazan surah al-Waqiah dulu.

Tapi rasanya wak tak nampak bulan warna kemerahan ketika sampai waktu puncak gerhananya.
Yg penting langit cerah tiada awan yg mengganggu pemandangan.

Nota astrologi.
Nama bintang yg bersinar cerah berhampiran bulan adalah planet Zuhrah (Venus).

Nota tepi lalat.
Pagi tadi bila bangun jam 2.45am
Wak tidak tidur sehinggalah ke subuh.
Kena bersiap2 untuk ke Batam pula.
Mgr AYU sudah menunggu di terminal feri Stulang Laut.
Updated. Tidak jadi atau tidak ke Batam? Tungguuuu...

Masai: 
Starts at: 2:01 am
Peaks at: 4:14 am
Ends at: 6:26 am

Blog bukanlah hakmilik kekal.


Photos taken with Huawei P40 Pro @2023




Oct 28, 2023

TAKING A BREAK AT MASAI TOWN FOR A CUP OF TEA

 


Sabtu, 28 Oktober 2023.

Petang wak berlarian ke pekan koboi Masai itu.

Movie lalat.
The Dark Knight Rises 2012.
Evening 2007.
Brightburn 2019.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 27, 2023

MASJID PAGOH TEPI HIGHWAY DAN MEE BANDUNG UDANG GALAH DI TENGAHARI JUMAAT

Universiti Pagoh @2023

 

Jumaat, 27 October 2023.

Tengahari wak sudah berlarian ke Masai.

Sempat singgah di Masjid Muhammad Yasin, yakni masjid tepi highway dekat plaza tol Pagoh.
Dan solat jumaat berjemaah.
Usai solat, tidur sebentar di dalam masjid yg nyaman ataas karpet itu.

Oct 26, 2023

LALUAN PANAS TEROWONG MENORA - JAJARAN MAUT DI BANJARAN KELEDANG

 

The Menora Tunnel or Meru-Menora Tunnel is a highway tunnel in Perak, Malaysia. It is an 800-metre tunnel on the North–South Expressway Northern Route near Jelapang. It runs underneath the Keledang Range. The Menora tunnel was opened officially on 24 September 1987.

Khamis, 26 Oktober 2023.

Semalam sudah di Lumut - 2023.
Dan sempat singgah di Muzium Kapal Korek 2023.
Dan langsung ke Kuala Kangsar 2023.

Pagi tadi sudah berlarian dari Kuala Kangsar menuju ibukota.
Kenderaan di lebuhraya pun tidak sesak.

Dan sempat juga singgah di Petron RnR Dengkil arah selatan.

Malam wak berlarian ke rumah makan tomyam madhani lah sangat.
Wak pesan mihun tomyam sudah.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Buah Tunjuk Langit (18SX, Geng Skyfruit) at Petron RnR Dengkil @2023



Hentian Bas Jenderam Hilir (left), Madhani Tomyam Teras Jernang Bangi @2023

Madhani Tomyam Teras Jernang Bangi @2023

Kampung Teras Jernang Bangi @2023


Oct 25, 2023

KALI TERAKHIR KUALA KANGSAR DILANDA BANJIR TAHUN 2014

 

Rabu, 25 Oktober 2023.

Dari pekan Lumut di waktu pagi.
Dan singgah di muzium sejarah Kapal Korek Tin Dredging Tanjung Tualang.
Wak terus berlarian mahu masuk ke lebuhraya Plus.
Tapi tiba2 ada panggilan pulau pula.

Terpaksa berpatah balik ke Kuala Kangsar.
Nginap di hotel yg ada bunyi pelik. Hotel Seri Kangsar KK 

Malam sempat singgah ke Masjid Ubudiah.
Dan istana Kenangan Iskandariah, yakni muzium diraja Kuala Kangsar.

Youtube: Kuala Kangsar Di landa banjir tahun 2014.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

WHY I LOVE TO VISIT MUSEUMS DURING HOT SUNNY AFTERNOON

 

Rabu, 25 Oktober 2023.

Dari pekan Lumut.
Wak terus berlarian ke muzium warisan Kapal Korek Tanjung Tualang TT5.

Kali terakhir sampai di sini - 2010.
Dengan kamera DSLR yg besar gedabak.

Bila tiba di pintu pagar.
Beli tiket luaran sahaja, yakni rm8.
Bateri henfon cap ayam wak pun tinggal nyawa2 ikan sahaja.
Sempatlah juga ambil gambiran 2 3 keping.

Blog bukanlah hakmilik kekal.




Oct 24, 2023

LUMUT PERAK MEMANG SUDAH BERLUMUT ATAU SEMAKIN MENARIK

 

Selasa, 24 Oktober 2023.

Tengahari sudah berlarian ke Lumut.
Ada mesyuarat rahsia.

Kali terakhir sampai di sini - 2019.

Nginap di hotel tepi laut. Brezza Hotel
Tidak puas hati dengan air mandi yg perlahan. 

Drama Culture Shock - Parkir Kupon.
Masa beli parkir kupon di kedai cenderahati itu.
Tiba2 awek jual kupon kata, "kupon ni rm4 untuk sehari,"
"Dan boleh pakai satu perak," agak pelik bunyinya.
Wak terfikir sebentar.
Satu perak, macam satu emas begitulah.

Rupa2nya parkir kupon itu boleh dipakai dimana2 didalam negeri Perak.
Haha.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

On the second day and leaving Lumut town:

Oct 23, 2023

NASI LEMAK MAKLONG ITIK SALAI MASTHAR SUNGAI MERAB YG SEDAP

 

Nasi lemak Maklong Sungai Merab @2023

Isnin, 23 Oktober 2023.

Pagi2 tadi jam 9.30am sudah berlarian ke medan selera Itik Salai Masthar.
Wak pesan nasi lemak sambal kerang.

Tengah makan tiba2 mgr AYU panggil (call).
Disuruhnya wak beli tiket pesawat ke Jakarta esok.
Masalahnya problem.
Sebab kena pakai duit sendiri dahulu.

Wak cakap wak tidak jadi pergi.
Kalau guna duit sendiri walaupun nanti boleh dituntut semula.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





Oct 22, 2023

NONTON LES PARFUMS DE FRANCE DI AMPANG DAN MEE KOLOK SARAWAK DI PUTRAJAYA 2023

 

Mee Kolok Jalan Diplomatik Putrajaya @2023

Ahad, 22 Oktober 2023.

Petang sudah berlarian ke Jalan Diplomatik.
Teringin makan mee kolok pula.
Di restoran Dayang Sarawak Corner Cafe.
Mee kolok daging dengan air limau kasturi dingin - RM10.80.

Kali terakhir tahun lepas: 5/2022, 12/2022

Movie lalat.
Les Parfums (Perfumes) 2019 (French).

Hafazan lalat.
Surah al Humazah - 104.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 21, 2023

THINGS EVERY HOMEOWNER MUST KNOW BEFORE COLLECTING YOUR NEW HOUSE KEYS

 

Corner lot Double Storey House @2023

Sabtu, 21 Oktober 2023.

Pagi2 sudah berlarian ke Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Tengok2 rumah orang yg baru siap.

Movie lalat.
God of Gamblers 1989.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Master Bedroom of Double Storey House @2023


Oct 20, 2023

NATURE'S GREEN IS GOLD

 

Friday prayer at Masjid Bukit Indah @2023


Jumaat, 20 Oktober 2023.

Tengahari solat jumaat di Mesjid Bukit Indah.

Movie lalat.
Green Is Good 2016.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Oct 19, 2023

LAYANAN STAFF KL HOP ON HOP OFF YG SOMBONG DAN TIDAK MESRA ALAM UNTUK WARGA EMAS

 

Bukit Bintang during blue hour @2023

Khamis malam Jumaat, 19 Oktober 2023.

Ini entri panas hati.
Tenang, tenang.
Huhu.

PERTAMA KALI PARKIR DI LOT 10 

Petang wak sudah berlarian ke Bukit Bintang.
Parkir di atas tingkat 5 Lot 10.

Tiba di loket (kaunter tiket) depan Sungei Wang jam 7.35pm.

DRAMA I - Terlupa emel.

Boleh pula wak terlupa periksa emel yg diguna.
Emel penting yg ada cetakan tiket bas HOHO (Hop On Hop Off).

Sudahlah staf disitu tidak dapat membantu.
"Wak harus guna tiket dari emel yg dikirim ejen wak beli," kata staf2 disitu.

"Nama wak ada dalam pendaftaran kami," 
"Tapi perlukan QR Code dalam emel,"

Kelam kabut dan panik juga.
Wak cuba buka emel2 yg biasa wak pakai.
Tiada pemberitahuan berkenaan tiket bas Hoho ini.
Punyalah ramai staf2 semua buat2 muka langsung tidak mahu menolong.
Rupanya wak guna emel 3lalat@gmail.com pula.
Aiyah.

Akhirnya setelah mencuba akhirnya berjaya mendapat baucer tiket yg sepatutnya.
"Yang penting ada QR code nya wak," kata staf disitu.

Lesson learned.
Kena periksa emel yg betul untuk tunjukkan kod QR code itu. Huhu.

DRAMA II - Bas terakhir.

Sudah siap didaftarkan dan terima tiket kertas.
Boleh pula sorang staf perempuan ini suruh wak tunggu dulu dibangku.
"Wak duduk dulu, tunggu bas yg dibelakang," katanya.
Sambil melayan penumpang bas yg lain naik.

Jam sudah hampir pukul 8.00 malam.

Tapi tiba2 ada staf yg lain suruh wak naik.
"Ini bas akhir, takde bas lain wak,"
Tapi staf yg mula2 tadi masih tidak benarkan.
Bengang lah wak.

Akhirnya wak pun naik bas itu.
Dan tiada kata minta maaf dari staf yg mula2 itu.
Sungguh kurang ajar kan staf KL Hop On Hop Off.

PERJALANAN PUSING KL BERMULA

Tepat jam 8.00pm bas pun bermula.
Dari Sungei Wang menyusuri Jalan Sultan Ismail.
Kemudian memasuki lebuhraya AKLEH melintasi Lintasan Saloma.
Dan kembali ke Lintasan Saloma.

Kemudian masuk semula ke Jalan Sultan Ismail.
Terus ke Menara KL Tower - berhenti 5 minit.

Kemudian ke Pudu Sentral.
Melimpasi Petaling Street, yakni China Town.
Dan terus ke Central Market.

Kemudian ke Brickfields, yakni Little India.
Dan melimpasi Plaza Sentral.

Terus ke Istana Negara - berhenti 5 minit.
Sempat ke tandas dan ambil gambar gerbang.

Kemudian ke Dataran Merdeka Square.
Berhenti disini selama 5 minit.

Dalam perjalanan pulang ini.
Hujan gerimis pun mula turun.
Ramai yg masuk ke dalam bas yg berbumbung.
Tapi ada juga yg tinggal di luar tanpa bumbung.

Dan akhirnya kembali ke titik mula, yakni di Sungai Wang plaza.
Tepat jam 10.00 malam sampai dan turun dari bas.

Movie lalat.
Concrete Utopia 2023 (Korean: 콘크리트 유토피아).

Blog bukanlah hakmilik kekal.



























AMWAY PHILIP PERFECT CARE STEAM IRON

  PROMO JANUARI 2025 !!! BULAN INI IRON PHILIPS AMWAY YANG TERBARU ADA OPEN 4X ANSURAN TAU Yang paling menarik, Amway telah menaik taraf i...