Jun 9, 2015

PERTANDINGAN BURUNG CANDIK



KELMARIN semasa dalam perjalanan pergi mengambil anak dara penulis di kolejnya, mata penulis tiba-tiba tertancap ada sekumpulan orang orang kampung yang sedang berkerumun di satu padang pertandingan burung bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak di Red Castle.

Ini adalah kali pertama penulis melihat pertandingan burung secara dekat. Walaupun matahari sudah hampir menegak di kepala, panasnya memey panas berdeting, pertandingan masih dijalankan dan semasa penulis tiba, pusingan akhir baru saja hendak bermula.

Kategori yang dipertandingkan ini ialah bagi suara tepik (jerit) paling banyak dalam masa cin (1 mangkuk hayun ditenggelamkan dalam air) untuk jenis burung merbah jambul saja. Uniknya, setiap sangkar burung diukir indah dengan maksud tersendiri. Pemunya burung merbah jambul memanggil nama burung masing masing dan memberi pelbagai makanan. Ada juga pemunya yang menutup sangkar dengan kain untuk mengelak merbah jambul takut atau terkejut dengan suasana padang yang riuh rendah. Semasa penulis mendekati salah satu sangkar pun, ada pemunya yang menghalau penulis untuk mengelakkan merbah jambul takut dengan kamera dslr penulis yang besar gedabak seperti ditembak.

Seramai 118 peserta mengambil bahagian walaupun penganjur pada mulanya mensasar untuk mendapat 128 peserta yang mengakibatkan hadiah para pemenang dikurangkan.

Bila pertandingan akhir bermula, dengan 24 peserta yang tinggal hanya 3 pengadil berada dalam kawasan deretan sangkar manakala, pemunya merbah jambul berada diluar garisan. Pengadil akan mendekati sangkar untuk mencatatkan jumlah bunyi jeritan (tepik) yang dikeluarkan burung itu selama satu cin (22 saat). Masa itulah penulis dapat merakam pelbagai aksi lucu pemunya burung yang memanggil burung mereka. Bukan saja dalam kalangan Melayu, malah ada juga pemilik Siam dan Cina turut serta.

Encik Chat yang merangkul johan dengan membawa pulang wang tunai RM1700, tanpa sijil atau piala memberitahu penulis nama merbah jambulnya ialah 'Formula 2'. Penulis perhatikan juga dengan hadiah yang lumayan, pertandingan ini juga terlibat dengan kontroversi apabila ada peserta yang tidak berpuashati dengan cara pertandingan dijalankan.

Nota lalat. Betullah kata alim ulama, pertandingan lawan suara burung ini berdosa disebabkan ada unsur perjudian dan menyiksa binatang dalam kurungan sangkar yang sepatutnya dibiarkan bebas. Wallahualam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.































Dan selepas itu, penulis pun mengambil anak dara di Asrama Puteri dengan selamatnya.

No comments:

Post a Comment

Comment at your own risk.

TASIK 3 BERADIK YG SEPI SEBELUM PEKENA LONTONG MASAI

  Tasik 3 Beradik Plentong @2024 Ahad, 3 November 2024. Kali terakhir ke sini: 2020 & 2024 . Pagi2 subuh sepi-e. Wak berlarian ke tasik ...