Showing posts with label KELANTAN DARUL NAIM. Show all posts
Showing posts with label KELANTAN DARUL NAIM. Show all posts

Nov 30, 2015

BUNOHAN



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 0/30
Post of the Day: 1/4

SELEPAS urusan dengan anak wedok dirumah sewanya, penulis terus ke Pengkalan Kubor, berdekatan sempadan Siam itu. Mencari papan tanda nama kampung Bunohan dimalam hari yang gelap gulita juga agak mencabar walaupun ada terpapar pada alat gps yang tergantung di kereta.

Dan dari kampung Bunohan, penulis terus pulang ke ibukota malam itu juga dimalam hari yang hening.

Nota lalat. Hari ini 30 November 2015 adalah hari terakhir penulis dengan entri cabaran harian foto, Daily Photo Challenge.

Blog bukanlah hakmilik kekal.





somewhere between Gua Musang and Kuala Krai, around 2.12 am.

Nov 29, 2015

PANTAI TIMOR WITH ANAK WEDOK



Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 4/4

PENULIS dan anak wedok keluar makan malam di restoran B, padahal restoran A lebih dekat dengan rumah sewanya. "makanan situ mahal bah," ngadu si anak wedok. "tuan kedai tu prejudis dengan orang luar," anak wedok meluahkan perasaannya lagi. Selepas makan, penulis dibawa berbelanja barang dapur di pasaraya berhampiran.

Nota kamus lalat. Anak wedok = anak perempuan

Blog bukanlah hakmilik kekal.

SOME RANDOM PHOTOS ON THE ROAD

near Kuala Krai.

Daily Photo Challenge: 4 Photos 4 Posts for 1 Month
Days left: 1/30
Post of the Day: 3/4

PERJALANAN 9 jam ke Newcastle berjalan lancar seperti biasa, kecuali kesesakan teruk di Bentong kelmarin.

Nota lalat. Updated. Membalas komen cik kak Nasa Mulia, "Wak highway dari lipis dah buka sepenuhnya ker?". Ya, dah dibuka, tapi masa pergi penulis telah terbabas sehingga ke Chegar Perah baru masuk lebuhraya. Patutlah penulis rasa seperti memandu seorang diri ditengah-tengah hutan belantara. Seram kan tapi nasib baik bukan malam gelap gulita.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

Mangosteen replica at Kuala Krai town.

Bukiba, Bentong, Pahang.

Hotel and BSN, Gua Musang.

Light rains behind an army truck, Kuala Krai to Kota Bharu.

Jun 29, 2015

MBAK JAMBU LAWA

Jambu Lawar, Jalan Kuala Krai, jajahan Machang.

HARI INI baru hari kedua belas kita berpuasa.

KELMARIN penulis sudah menghantar anak wedok penulis pulang ke kolejnya di Red Sands itu, tetapi beliau akan sewa bilik dirumah sewa baharu bersama-sama dengan rakan-rakannya yang lain. Perjalanan sejauh hampir 9 jam yang memey meletihkan di bulan puasa ini. Penulis ada teringat ceramah dari ustaz di radio berkata diharuskan berbuka puasa untuk musafir yang jauh perjalanannya melebihi dua marhalah (91? kilometer). Tetapi bagi penulis, menggantikan puasa yang kita tinggalkan nanti adalah lebih mencabar.

Pergi ke New Castle limpas kampung Jambu Lawar dan baliknya penulis singgah di Masjid Kristal yang menarik juga diwaktu malam.

Blog bukanlah hakmilik kekal.

7.44am, somewhere between Raub and Kuala Lipis.

Masjid Kristal mosque chandelier, Pulau Wan Man.

Masjid Kristal, Pulau Wan Man.

Jun 9, 2015

PERTANDINGAN BURUNG CANDIK



KELMARIN semasa dalam perjalanan pergi mengambil anak dara penulis di kolejnya, mata penulis tiba-tiba tertancap ada sekumpulan orang orang kampung yang sedang berkerumun di satu padang pertandingan burung bersebelahan dengan Pusat Pemulihan Akhlak di Red Castle.

Ini adalah kali pertama penulis melihat pertandingan burung secara dekat. Walaupun matahari sudah hampir menegak di kepala, panasnya memey panas berdeting, pertandingan masih dijalankan dan semasa penulis tiba, pusingan akhir baru saja hendak bermula.

THIS IS THE END

Rabu, 31 Disember 2025. Jumpa anda di sana. Di SANA. Blog bukanlah hakmilik kekal.